Program Gotong Royong Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2025/2026
1.Ahli Jawatankuasa (AJK) MJII Beranang yang Terlibat:
CSR (Corporate Social Responsibility)
TVET (Technical and Vocational Education and Training) MJII Beranang
2.Penglibatan:
27 orang Pelajar Semester 2 MJII Beranang
2 orang Staf pentadbiran dan akademik (En. Rosllan bin Jamadin dan En. Ariff Putra bin Mustafar)
3.Kolaborasi:
MJII Beranang
Komuniti kampung
Surau
AJK PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) Sekolah Agama Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor
4.Aktiviti:
Gotong Royong Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2025/2026
5.Tarikh dan Masa Program:
11 Februari 2025 (Selasa)
8:00 pagi - 2:00 petang
6.Objektif Program:
i. Memupuk budaya kebersihan dan keceriaan alam sekitar: Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan dan keindahan lingkungan sekitar.
ii. Mendidik tentang semangat kekitaan dan peduli dalam kalangan pelajar dan staf MJII Beranang: Melalui gotong royong, peserta diharapkan dapat mempererat tali silaturahim dan menumbuhkan rasa kepedulian terhadap sesama serta lingkungan.
iii. Menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar MJII Beranang: Program ini menjadi wadah untuk menanamkan nilai-nilai positif seperti kerjasama, tanggung jawab, dan kepedulian sosial kepada para pelajar.
Tambahan:
Program gotong royong yang di sokong penuh oleh Pengurusan Tertinggi MJII Beranang terutamanya Pengarah Ts. Dr. Mahazani bin Ali dan Pengurus AJK CSR TVET MJII Beranang En. Azrul Erdy. Ia merupakan inisiatif yang sangat baik untuk mempersiapkan lingkungan sekolah yang bersih dan nyaman bagi pelajar dalam persediaan sesi persekolahan baharu. Selain itu, kegiatan ini juga memberikan kesempatan bagi pelajar dan staf MJII Beranang untuk berkolaborasi secara langsung dengan masyarakat serta mempererat hubungan baik dengan komunitas sekitar.
bu Abang Roslann
No comments:
Post a Comment