SLOT PEMBENTANGAN KAJIAN KESIHATAN MENTAL OLEH PENGARAH MJII BERANANG
Nama Aktiviti: Slot Pembentangan Kajian Kesihatan Mental Oleh Pengarah MJII Beranang
Tarikh : 3 Januari 2025
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Surau Riyadus Solihin, MJII
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling MJII
Penglibatan : Semua pelajar dan staf MJII Beranang
Sinopsis/Keterangan Ringkas Aktiviti:
Slot Kajian kesihatan mental yang telah disampaikan oleh Pengarah MJII, Ts. Dr. Mahazani bin Ali, mengupas tentang penyelidikan yang telah dilakukan oleh beliau dalam kajian kes terhadap skor kesihatan psikologi terhadap kakitangan KKTM Pasir Mas pada tahun 2021, kakitangan MARA (2023), dan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia pada tahun 2023. Kesihatan mental secara amnya merujuk kepada keadaan emosi, psikologi, dan sosial seseorang yang mempengaruhi cara mereka berfikir, merasa, dan bertindak. Dalam konteks ini, kajian ini juga menilai bagaimana kesihatan mental mempengaruhi prestasi akademik dan pekerjaan, hubungan sosial, dan kualiti hidup seseorang. Ia juga melibatkan penyelidikan tentang stigma dan diskriminasi terhadap individu yang mengalami isu gangguan kesihatan mental. Untuk memastikan kesihatan mental yang baik, individu perlu perlu mengambil langkah-langkah proaktif seperti bersikap positif, menghadiri majlis keagamaan yang kerap, mendapatkan sokongan sosial yang baik dari persekitaran dan komuniti, menjaga pemakanan seimbang, dan sentiasa melakukan aktiviti fizikal yang teratur adalah antara langkah yang boleh membantu mengekalkan kesihatan mental yang baik dan mengurangkan risiko ke arah gejala gangguan kesihatan mental. Kesihatan mental yang baik bukan sahaja memberi manfaat kepada individu tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan. Secara keseluruhannya, slot pembentangan kajian kesihatan mental yang disampaikan oleh Pengarah MJII ini bertujuan untuk memberikan pemahaman dan kesedaran yang lebih mendalam kepada semua pelajar dan warga MJII tentang cara menjaga dan meningkatkan kesejahteraan mental secara individual. Kesihatan mental yang baik adalah kunci untuk menjalani kehidupan yang seimbang dan berkualiti. Ia bukan sahaja penting untuk meningkatkan kesejahteraan individu, tetapi juga menyumbang kepada kejayaan sesuatu organisasi bahkan juga keharmonian dalam masyarakat sejagat.
by Kaunselor Yati
No comments:
Post a Comment