Wednesday, November 5, 2025

Program Kouza DKR 2025

 













Program: Program Kouza DKR 2025

Tarikh: 31 Oktober 2025

Anjuran: Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR), MARA Japan Industrial Institute (MJII)


Program Kouza DKR 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR) pada 31 Oktober 2025 merupakan inisiatif berterusan dalam menyemai budaya inovasi, penyelidikan dan kolaborasi dalam kalangan pelajar TVET.


Program ini melibatkan penyertaan 37 orang pelajar Semester 5 serta pelajar-pelajar dari Semester 1, 2, 3 dan 4, dan dilaksanakan melalui tiga komponen utama berikut:


1. Sesi Lawatan & Q&A

Pelajar-pelajar Semester 1 hingga 4 berpeluang melawat dan bertanya soalan semasa Demonstrasi Projek Tahun Akhir (FYP) oleh pelajar Semester 5. Aktiviti ini memberi pendedahan awal terhadap proses pembangunan projek dan menggalakkan budaya inovasi di peringkat awal pengajian.


2. Penilaian Projek Tahun Akhir (FYP)

Panel-panel penilai FYP DKR menilai setiap projek dari aspek keaslian idea, aplikasi teknologi, dan potensi impak kepada masyarakat serta industri. Projek terbaik akan dipilih untuk mewakili jabatan ke Pertandingan INNO-X MJII 2025.


3. Pemilihan Supervisor Projek Tahun Akhir

Pelajar-pelajar Semester 1, 2 dan 3 turut menjalankan sesi pemilihan penyelia projek (supervisor) bagi FYP mereka, mengikut bidang kepakaran dan minat projek masa depan.


Melalui pelaksanaan program ini, pelajar bukan sahaja berpeluang mempersembahkan hasil kerja dan menerima maklum balas profesional, tetapi juga dapat membina jaringan akademik serta meningkatkan kesedaran terhadap inovasi berimpak tinggi selaras dengan aspirasi MJII dan matlamat Pembangunan Lestari (SDG).


Program ini secara tidak langsung memperkukuh peranan Jabatan DKR dalam melahirkan pelajar yang berdaya cipta, berfikiran kritikal, dan bersedia menghadapi cabaran industri 4.0.

by Kj Azhar

Thursday, October 30, 2025

Sesi Libat Urus Panel Penasihat Industri Bersama Program Transmisi Data & Rangkaian

 








Program : Sesi Libat Urus Panel Penasihat Industri Bersama Program Transmisi Data & Rangkaian Sesi Julai – Disember 2025

Tarikh: 29 Oktober 2025 (Rabu)

Tempat: MARA-Japan Industrial Institute, Beranang, Selangor

Penglibatan : 3 orang pensyarah jabatan DKR, 10 orang pelajar Semester 4 (Showa) dan 1 orang pelajar Semester 5 (Kinben)

Sinopsis / Keterangan Aktiviti :


Sesi Libat Urus Panel Penasihat Industri bersama program Transmisi Data & Rangkaian (DKR) bagi sesi Julai–Disember 2025 ini dihadiri oleh En. Hazrul bin Muhammad daripada Petronas Digital Sdn. Bhd. Sesi ini dimulakan dengan sesi penilaian projek proposal pelajar sesi Julai–Disember 2025, di mana pelajar membentangkan idea dan konsep awal projek tahun akhir masing-masing. En. Hazrul telah memberikan maklum balas yang membina serta menekankan aspek kebolehpasaran graduan melalui penguasaan kemahiran teknikal dan komunikasi industri sebenar.

Sesi ini turut menekankan perbincangan penambahbaikan program yang berfokus kepada usaha meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan pelajar agar lebih kompeten, yakin, dan relevan dengan keperluan serta cabaran dunia pekerjaan sebenar.

Secara keseluruhannya, program Sesi Libat Urus Panel Penasihat Industri ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil perbincangan dan maklum balas daripada panel industri memberikan panduan yang bernilai dalam usaha memperkukuh kualiti kurikulum serta meningkatkan kebolehpasaran pelajar. Diharapkan jalinan kerjasama antara pihak industri dan program Transmisi Data & Rangkaian akan terus diperkasa bagi melahirkan graduan yang berdaya saing, inovatif, dan memenuhi keperluan industri masa kini.

by sens ei Hajar Raman

Friday, October 24, 2025

DKS.... Sensei Ahmad Mukhlis di Silterra Kulim.... Lawatan Semiconductor

 




Rabu, 23 Okt 2025... sensei Ahmado dijemput mengiiringi TKP Pendidikan Ir Dr Mahzan Teh membuat lawatan kerja ke Silterra Kulim bagi industri Semiconductor. Semoga beliau akan terus terbang tinggi... bakal pembuka Program Baru Teknousahawan Semoconductor Bumiputera kito...

CSR Program Rise 2 Shine

 







Nama program : Program Rise 2 Shine

Tarikh : 18 Oktober 2025 

Tempat : Surau Hijr Ismail Kg Daching Seberang

Penglibatan :

Pengiring : En Rosllan Jamadin

Peserta : Pelajar MJII & KPM Beranang 


Sinopsis / Keterangan Aktiviti :

Sempena Program RISE 2 SHINE, barisan MPP MJII dan KPM Beranang turun padang menyantuni komuniti di Kampung Daching Seberang, Lenggeng. 💪

Bersama-sama warga kampung, aktiviti bergotong-royong dilakukan untuk membersihkan kawasan Surau Hijr Ismail dan kawasan perkuburan. Dengan usaha ini, ia menjadi tanda kecil kasih dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. 🤝


Dari pelajar untuk komuniti — menyinar dengan tindakan, bukan sekadar kata. 🌸

by Rosllan Admin

Wednesday, October 22, 2025

KURSUS DISTRIBUTED CONTROL SYSTEM (DCS) FOR MINI PLANT TRAINING SYSTEM

 















Nama Program: KURSUS DISTRIBUTED CONTROL SYSTEM (DCS) FOR MINI PLANT TRAINING SYSTEM

Tarikh: 13 - 17 Oktober 2025 

Tempat: Makmal SCADA, MJII, Beranang, Selangor

Penganjur: FOXBORO SCHNEIDER MALAYSIA SDN BHD

Penglibatan: 10 Orang Tenaga Pengajar MJII.


Sinopsis / Keterangan Aktiviti:

Seramai 10 Orang Tenaga Pengajar MJII telah menyertai kursus yang diadakan selama 5 Hari bertempat di SCADA Lab, MJII. Kursus ini bertujuan mendedahkan Tenaga Pengajar MJII berkaitan teknologi DCS menggunakan perisian dari FOXBORO.

by Azrul sensei

Friday, October 17, 2025

Pertandingan Robot Sumo, I-Ciro Tech 2025.

 







Nama Program: Pertandingan Robot Sumo, I-Ciro Tech 2025.

Tarikh: 14 - 16 Oktober 2025 (Rabu)

Tempat: IPG Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Penganjur: Kementerian Pendidikan, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional dan UiTM Raub

Penglibatan: Sensei Ahmad Mukhlis, Encik Azrul, Saudara Alif Iskandar, Muhamad Nursyafiq, Muhamad Firdaus, Muhamad Irfan Azni dan Mohd Aqil Danish dari kelas Sanyo dan Sakurai semester 3 DKS.


Sinopsis / Keterangan Aktiviti:


Pasukan Robot Sumo MJII telah menghantar 2 buah robot sumo bersama 5 orang pilot.

Perjuangan Pasukan MJII telah mencecah peringkat suku akhir dan menduduki kedudukan ke 5 dan 8 dari 25 pasukan.

sensei Jaaris

Ceramah Kerjaya TVET kepada Pelajar Tingkatan 3 hingga 5

 






Nama Program: Ceramah Kerjaya TVET kepada Pelajar Tingkatan 3 hingga 5

Tarikh: 15 Oktober 2025 (Rabu), 2.00 – 4.00 petang

Tempat: Musolla, Sekolah Menengah Ibnu Khaldun, Jalan Kebun, Shah Alam

Penceramah: Sensei Ja’aris bin Samsudin, Ketua Program Robotik & Automasi, MARA Japan Industrial Institute (MJII), Beranang

Penglibatan: Pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 5


Sinopsis / Keterangan Aktiviti:


Satu sesi ceramah kerjaya dan pengenalan kepada TVET telah diadakan di Sekolah Menengah Ibnu Khaldun, Jalan Kebun, Shah Alam dengan tajuk “TVET – Jalan Laju ke Dunia Sebenar.”

Pelajar telah didedahkan kepada topik seperti Asal Usul TVET, TVET dan Dunia Sekarang, TVET Sesuai untuk Siapa, Masa Depan Kerjaya TVET serta TVET Pembentuk Masa Depan.

Seterusnya, pelajar-pelajar diperkenalkan dengan TVET MARA dan MJII secara umum, termasuk program TVET Robotik & Automasi yang ditawarkan di MJII.

Pada sesi soal jawab, ramai pelajar mengemukakan soalan-soalan berkaitan TVET, kebanyakannya berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing.

by sensei Jaaris