Wednesday, October 25, 2023

Senamrobik Perdana Sempena Majlis Penutup Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat MARA-Japan Industrial Institute (MJII) 2023

 












1. Nama Program: Senamrobik Perdana Sempena Majlis Penutup Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat MARA-Japan Industrial Institute (MJII) 2023 

2.Tarikh : 25 Oktober 2023 (Rabu)

3. Masa :  8:00 pagi - 9:00 pagi

4. Lokasi : Dewan Hyogo MJII

5. Anjuran: JK Sukan & MPP MJII 

6. Sinopsis/keterangan: Aktiviti senamrobik perdana telah diadakan bersempena dengan majlis penutup Hari Sukan Negara Peringkat MJII tahun 2023.  Aktiviti senamrobik ini telah diketuai oleh jurulatih bertauliah Kementerian Belia & Sukan iaitu En Khanafiah bin Abu Samah dan dibantu oleh Pn Suriati binti Abdullah dari  Kelab Jom Sihat Body Fit. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakan staf dan pelajar mengamalkan cara hidup sihat dengan selalu bersenam dan menjaga kesihatan badan. Majlis penutup sambutan Hari Sukan Negara peringkat MJII telah dirasmikan oleh Pengarah MJII iaitu Ts. Dr. Mahazani bin Ali. Turut hadir dalam majlis ini adalah Pn Nordiana binti Awang, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan  dan Hal Ehwal Pelajar MJII. Aktiviti ini dicadangkan untuk menjadi aktiviti bulanan MJII kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf dan pelajar.


#FitMalaysia 

#HSN2023

by radzi sensei

No comments:

Post a Comment