Friday, September 6, 2013

KKTMB...Perasmian Kelab Aikido





09hb Oktober 2010, KKTM Beranang mencatat satu lagi sejarah bersempena dengan penubuhan Kelab Aikido di KKTMB ini.

Walaupun setakat ini, kelab ini bersifat aktiviti wajib kokurikulum tetapi dengan perancangan yang rapi ianya boleh pergi jauh dan mengharumkan nama KKTM Beranang di kemudian hari.

Penubuhan kelab ini juga bertepatan dengan konsep KKTM beranang yang menerapkan pembudayaan kerja, etika Jepun dan kebudayaan Jepun.

Perasmian kelab disempurakan oleh Pengarah KKTM Bernanang, Tuan Haji Wan Sabri bin Wan Ismail. Turut hadir di dalam majlis ini ialah Timbalan Pengarah HEP Puan Siti Noor, Timbalan Epngarah HEA Tuan Hj Nuriman Yusop, Penyelaras Kokurikulum Khalid Sensei dan Ketua Jabatan Elektronik (Embedded System) Zaudin Sensei.

Kelab Aikido adalah di bawah penyelarasnya iaitu Zaid sensei.

Omedetou Gozaimashita.

No comments:

Post a Comment