Friday, September 6, 2013

KKTMB...Lawatan Pelajar Sekolah


28hb Julai 2010, KKTM Beranang telah menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Presint 14(1) Putrajaya. Rombongan mereka adalah seramai 40 orang bersama dua orang guru pengiring.

Rombongan telah diberikan taklimat pengenalan mengenai KKTM Beranang di Dewan Theaterate 1 oleh Jawatankuasa Promosi KKTM Beranang, yang meliputi sejarah KKTMB, kursus-kursus yang ditawarkan dan halatuju pelajar - pelajar KKTMB selepas menamatkan pelajaran di sini.

Rombongan kemudiannya dibawa melawat kawasan sekitar KKTM Beranang. Lawatan ini termasuklah lawatan ke bengkel-bengkel amali. Salah satu bengkel amali yang dilawati ialah bengkel Micro Controller and Embedded System.


Di dalam bengkel tersebut, pelajar-pelajar SMK Presint 14(1) telah didedahkan tentang keperluan Teknologi System Terpendam (Embedded System Technology) oleh Zaid sensei. Mereka kemudian diberi peluang berbual dan bertanyakan soalan kepada pelajar-pelajar kelas Kaizen yang kebetulan sedang menjalankan sesi amali pada ketika itu.

No comments:

Post a Comment