Blog ini adalah untuk memaparkan aktiviti warga MARA Japan Industrial Institute yang dulu dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang. MJII menempatkan Program Diploma Elektronik, Japan Associate Degree Program dan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA
Wednesday, July 11, 2012
KKTMB...MARA - OISCA Business Forum
Pada 7 Julai 2012, telah berlangsung satu majlis MARA-OISCA International Business Forum bertempat di Menara MARA, Kuala Lumpur. Program ini telah menjadi platform pertemuan di antara usahawan Bumiputra dan usahawan Jepun bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Pada malam tersebut, para pelajar dari KKTM Beranang telah dijemput bagi menyertai Dinner MARA-OISCA Business Forum 2012. Pelajar MARA-OISCA telah membuat persembahan Soran Bushi. Soran Bushi ini ialah satu tarian dari Jepun yang menceritakan tentang kisah nelayan dari pulau Hokkaido.
Pelajar KKTM juga telah dilantik untuk menjadi penyambut tetamu VVIP dengan berpakaian lengkap Yukata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment