Monday, June 15, 2026

Kursus Asas Komunikasi Bahasa Jepun

 













Nama Aktiviti: Kursus Asas Komunikasi Bahasa Jepun 

     Tarikh: 4 Jun 2026

     Tempat: TVETMARA MJII 

     Anjuran : Jabatan Pengajian Am 

     Penglibatan:  34 Peserta (13 tahun ke atas)

     Sinopsis: 

Program Kursus Asas Komunikasi Bahasa Jepun telah dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai asas bahasa dan budaya Jepun. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran komunikasi asas dalam Bahasa Jepun melalui pembelajaran yang interaktif dan mesra peserta. 


Sepanjang program, peserta telah didedahkan kepada penggunaan ucapan harian (greeting), pengenalan diri (Jiko Shoukai), nombor, masa serta asas tulisan Katakana. Selain itu, peserta turut berpeluang mengenali budaya Jepun dengan lebih dekat melalui aktiviti memakai Yukata dan pengalaman menghasilkan sushi secara amali.

Pendekatan pembelajaran yang menggabungkan teori dan praktikal telah berjaya menarik minat peserta serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.


Program ini terbahagi kepada 3 slot :

Slot Pertama (1) : Asas Komunikasi Bahasa Jepun 

Aktiviti dimulakan dengan sesi pengenalan Bahasa Jepun dan ucapan asas (greeting) yang biasa digunakan dalam komunikasi harian. Peserta dibimbing untuk memperkenalkan diri menggunakan ayat-ayat mudah seperti menyatakan nama, asal dan pekerjaan. 

Selain itu, peserta turut mempelajari tulisan Katakana serta cara membaca dan menulis beberapa perkataan asas. Sesi diteruskan lagi dengan pembelajaran nombor dan masa dalam Bahasa Jepun yang melibatkan latihan sebutan serta aktiviti yang interaktif bagi meningkatkan kefahaman peserta.


Slot kedua (2) : Aktiviti Membuat Sushi 

Dalam program ini, peserta akan melihat demonstrasi penyediaan bahan dan teknik menggulung sushi daripada fasilitator/pengajar sebelum peserta melakukan aktiviti secara praktikal. 

Peserta berpeluang menyediakan sushi sendiri menggunakan bahan-bahan yang disediakan serta mempelajari aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa penyediaan.

Daripada program ini, peserta berjaya menghasilkan sushi secara kendiri dan dapat merasai pengalaman baharu berkaitan penyediaan makanan tradisional Jepun.


Slot ketiga (3) : Pengalaman Memakai Yukata 

Peserta diberikan penerangan mengenai sejarah, fungsi dan etika pemakaian Yukata dalam masyarakat Jepun. Seterusnya, peserta dibimbing oleh fasilitator untuk memakai Yukata dengan kaedah yang betul. Aktiviti diteruskan dengan sesi bergambar dan perkongsian mengenai kepentingan pakaian tradisional dalam budaya Jepun.

Peserta dapat mengenali serta merasai sendiri pengalaman memakai Yukata, sekali gus meningkatkan penghargaan terhadap budaya dan tradisi Jepun.

by Sensei Azlah

No comments:

Post a Comment