Tuesday, May 19, 2026

Kursus penyembelihan Halal menurut syarak 3.0

 








Nama Aktiviti: Kursus penyembelihan Halal menurut syarak 3.0

Tarikh: 17 Mei 2026

Tempat: Masjid Bandar Tun Hussein Onn Cheras

Penglibatan:

Pensyarah TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII) iaitu En Norizam bin Mohamed Yusoff dan En Zainal bin Ahamad.


Sinopsis:

Pihak Surau Riyadussolihin telah menghantar 2 orang staf TVETMARA MJII bagi mengikuti Kursus Penyembelihan Halal mengikut syarak yang dianjurkan oleh pihak Masjid Bandar Tun Hussien Onn Cheras. Kursus ini dibimbing oleh Presiden Persatuan Penyembelih Syar’ie Malaysia iaitu Ustaz Abd Halim bin Zakaria. Peserta diajar secara teori dan praktikal tentang kaedah pengurusan haiwan bagi tujuan penyembelihan. Peserta juga berkesempatan untuk menjalani latihan amali bagi menguruskan lembu bagi tujuan penyembelihan hingga ke proses melapah. Semoga dengan kursus ini dapat meningkatkan kefahaman dalam mempersiapkan ilmu penyembelihan haiwan mengikut syarak.

by sensei Norizam

No comments:

Post a Comment