Thursday, May 29, 2025

Lawatan Kerja ke Bilik Bersih MARA-Japan Industrial Institute (MJII) oleh Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

 








1. Nama Aktiviti:

Lawatan Kerja ke Bilik Bersih MARA-Japan Industrial Institute (MJII) oleh Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

2. Tarikh:

21 Mei 2025 (Rabu)

3. Tempat:

MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Beranang, Selangor

4. Penglibatan:

8 orang kakitangan dari IMEN, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), terdiri daripada:


* Prof. Dr. Azrul Azlan Bin Hamzah

* Prof. Dr. Dee Chang Fu

* Dr. Ahmad Razif Muhammad

* En. Abdul Hafiz Mat Sulaiman

* En. Mohd Hannas Hosnon

* Ts. Herwan Sham Harun

* Prof. Dr. Mohd Nizam Ab Rahman

* Cik Azeera Zainudin\@Alias


5. Sinopsis Aktiviti:

Lawatan kerja ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta bertukar pandangan berkaitan pembangunan fasiliti bilik bersih (cleanroom) di MARA-Japan Industrial Institute (MJII). Selain itu, lawatan ini juga membuka ruang kerjasama antara kedua-dua institusi dalam aspek pembangunan teknologi, infrastruktur akademik serta jaringan kepakaran dalam bidang kejuruteraan mikro dan nanoelektronik.


Sepanjang lawatan, perbincangan antara wakil IMEN dan pihak MJII berlangsung dalam suasana profesional dengan penekanan kepada perkongsian maklumat teknikal, keperluan pembangunan fasiliti, serta peluang kolaborasi akan datang. Aktiviti ini dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam memperkukuh hubungan strategik antara institusi TVET dan universiti penyelidikan.


Secara keseluruhannya, lawatan kerja ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif utamanya. Ia diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pelbagai bentuk kerjasama akademik dan teknikal antara MJII dan IMEN pada masa hadapan.

by sensei Ezado

Kursus “Emerging Technologies in Teaching and Learning using Generative AI” untuk Pendigitalan PDP TVET MARA

 








1. Nama Aktiviti: Kursus “Emerging Technologies in Teaching and Learning using Generative AI” untuk Pendigitalan PDP TVET MARA

2. Tarikh: 21 - 23 Mei 2025

3. Tempat: Park Inn by Radisson, Putrajaya

4. Anjuran: JK Pendigitalan MJII

5. Sinopsis / Keterangan Aktiviti : 

Kursus ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran pensyarah MJII dalam penggunaan teknologi terkini, khususnya Generative AI, untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sepanjang kursus berlangsung, peserta didedahkan kepada pelbagai alat digital interaktif seperti ClassPoint, Quizizz, Padlet, dan Microsoft SharePoint. Penceramah-penceramah berpengalaman telah memberikan latihan praktikal yang intensif dalam membangunkan bahan PdP yang dinamik, responsif dan berfokuskan pelajar. Menariknya, peserta juga berjaya memperoleh pengiktirafan sebagai ClassPoint Certified Educator dan Quizizz AI Certified Educator. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pensyarah atas pencapaian ini.

by sensei Hafizan

Friday, May 23, 2025

Perkongsian Teknologi MikroTik oleh En. Mohammed Khomeini Bin Abu (Sempena MikroTik Certified Network Associate (MTCNA) Bootcamp)

 








1. Nama Aktiviti: Perkongsian Teknologi MikroTik oleh En. Mohammed Khomeini Bin Abu (Sempena MikroTik Certified Network Associate (MTCNA) Bootcamp)

2. Tarikh: 20 Mei 2025

3. Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi

4. Tempat: Makmal MikroTik

5. Sinopsis / Keterangan Aktiviti:

Sesi perkongsian ini merupakan salah satu komponen utama dalam program MTCNA Bootcamp yang berlangsung dari 19 Mei hingga 23 Mei 2025. Aktiviti ini menampilkan En. Mohammed Khomeini Bin Abu, iaitu jurulatih MikroTik pertama yang diiktiraf di Malaysia (MikroTik TTT – Train The Trainer), yang berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau dalam bidang rangkaian menggunakan peralatan MikroTik.


Sesi dua jam ini memberi pendedahan kepada peserta berkenaan teknologi dan aplikasi MikroTik dalam dunia sebenar, termasuk konfigurasi asas, pengurusan trafik rangkaian, dan amalan terbaik industri. Peserta turut diberi peluang untuk berinteraksi dan bertanya soalan secara langsung kepada penceramah, sekaligus meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep-konsep yang dibincangkan.

Sesi ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan berjaya meningkatkan minat peserta terhadap bidang rangkaian serta memberi inspirasi kepada mereka untuk mendalami ilmu dalam pensijilan MikroTik.

by Azlin sensei

Sesi Perkongsian Pakar Industri & Alumni DKR " Semangat, Cabaran & Kejayaan Keusahawanan Dalam Industri Teknologi Rangkaian"

 






1. Nama aktiviti:  Sesi Perkongsian Pakar Industri & Alumni DKR " Semangat, Cabaran & Kejayaan Keusahawanan Dalam Industri Teknologi Rangkaian"

2. Tarikh: 25 April 2025 (Jumaat)

3. Masa : 11:00 pagi- 12:30 tenghari

4. Anjuran : Jabatan Transmisi Data & Rangkaian

5. Tempat: Tokyo Hall

6. Penglibatan:  Pelajar-pelajar Jabatan DKR MJII

7. Sinopsis: 

Program Sharing Session Bersama Alumni DKR melibatkan En Muhammad Haikal Bin Azizan (bekas pelajar Suika tahun 2016-2018) berkongsi pengalaman menubuhkan syarikat Mtronix Network Solution. Dalam program ini,  En Haikal turut berkongsi semangat dan cabaran perniagaaan dalam Teknologi Rangkaian. Antara perkongsian menarik beliau ialah Tips!: "Kalau korang suka godek benda, minat troubleshooting....itu adalah tanda awal korang adalah usahawan teknologi" dan "Kenapa nak jadi usahawan Teknologi?... kerja fleksible, kepuasan bila bantu orang selesaikan masalah, sumber pendapatan yang tiada had dan kurangkan beban keluarga". Beliau juga turut berkongsi teknologi rangkaian yang terkini dipasaran

by Azlin sensei

Thursday, May 22, 2025

Sesi Libat Urus bersama Panel Penasihat Industri (IAP) Jabatan Elektronik (Robotik & Automasi)

 



1.Nama aktiviti: Sesi Libat Urus bersama Panel Penasihat Industri (IAP) Jabatan Elektronik (Robotik & Automasi)

2.Tarikh :  13 Mei 2025 (Selasa)

3.Tempat: Bilik Mesyuarat, Emoovit Technology Sdn Bhd. Cyberjaya, Puchong 

4.Penganjur : Jabatan Elektronik (Robotik & Automasi)


5.Sinopsis:

1.     Aktiviti Pertama : Sesi Pembentangan Cadangan Perlaksanaan Kurikulum 4.0.

 

Ketua Jabatan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Robotik & Automasi) MJII, En. Ja’aris Bin Samsudin telah melakukan sesi Pembentangan Cadangan Perlaksanaan Kurikulum 4.0 dihadapan Ts. Ir. Dr. Shahibul. Antara isi kandungan sesi pembentangan itu ialah :-

 

a.               Misi dan Visi Mara (MJII)

b.               Academic Curriculum

c.               Cadangan penubuhan Pusat Kecemerlangan Industri (ICOE) Artificial Intelligent Bersama Robomy Sdn Bhd.

d.              Perkongsian kejayaan – kejayaan pelajar-pelajar Jabatan Robotik menerusi Pertandingan reka cipta, inovasi dan robot tempur.

e.              Perkongsian aktiviti pelajar bersama industry.

1.     Aktiviti Kedua : Sesi Mendapatkan Maklum Balas dari Panel IAP Ts. Ir. Dr. Shahibul

 

            Sebagai Ahli Panel Penasihat Industri bagi Program DKS, Dr. Shahibul telah memberikan sedikit sebanyak maklumbalas yang positif ke atas cadangan perlaksaan Kurikulum 4.0 yang akan dilaksanakan mulai sesi Julai - Disember 2025 ini nanti. Beliau juga berharap, Jabatan Robotik DKS akan lebih kerap berkomunikasi dengan beliau bagi melaporkan perkembangan dan perjalanan program DKS dan ini akan membolehkan beliau memberikan lebih banyak lagi Cadangan-cadangan demi memajukan Program Robotik & Automasi di MJII.

1.     Aktiviti Ketiga : Sesi Lawatan ke Tapak Projek Bas Autonomous eMoovit.

 

En. Ja’aris dan Ts. Norizam kemudiannya dibawa meninjau projek Bas Autonomous milik Syarikat eMoovit Sdn Bhd. Bas ini beroperasi sepenuhnya tanpa pemandu. Ianya dilengkapi dengan sensor-sensor seperti Lidar, Pengesanan Kamera dan RADAR. Bas ini dicadangkan penggunaannya di Bandar Rawang bagi kegunaan pengunjung Taman Rekreasi Gamuda.

Dr. Shahibul kemuadiannya menjemput jabatan DKS bagi membawa pelajar-pelajar datang melawat Emoovit Technology Sdn Bhd bagi melihat sendiri kerja-kerja membangunkan kenderaan autonomous di Malaysia. Beliau juga membayangkan keterbukaan Syarikat Emoovit Technology Sdn Bhd bagi menerima pelajar-pelajar yang mahu menjalani Latihan industri di tempat beliau.

Sesi Libat Urus Bersama Ts. Ir. Dr. Shahibul. Panel Penasihat Industri Jabatan DKS berakhir pada jam 1 tengahari.


Inno-X sesi Jan - Jun 2025 (Pertandingan Rekacipta dan Inovasi FYP MJII)

 







1.Nama aktiviti: Inno-X sesi Jan - Jun 2025 (Pertandingan Rekacipta dan Inovasi FYP MJII)

2.Tarikh :  15 Mei 2025 (Khamis)

3.Tempat: Dewan Hyogo, MJII 

4.Penganjur : Jabatan Elektronik (Robotik & Automasi)

5.Penglibatan : Pelajar-pelajar FYP semester 5, Pensyarah-pensyarah dan ahli Panel Penasihat Industri (IAP) 

6.Sinopsis:

Seramai 18 orang pelajar Semester akhir MJII telah terpilih menyertai Pertandingan Rekacipta dan Inovasi FYP MJII , Inno-X 2025 ini. 3 orang ahli Panel yang dilantik ialah Ts. Syed Zaini Putra Aljamalullail (T-Robot Sdn Bhd), En. Kamaruzaman (MyInvent Techologies Sdn Bhd), Dr Mohd Azraie (UniKL BMI) dan Ir. Norhamimi (MJII)


Setiap projek akan dinilai sebanyak 3 kali iaitu :-

a. Penilaian markah FYP oleh panel penilai dalaman yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah MJII

b. Penilaian markah Inno-X oleh Panel Penasihat Industri (IAP) dan Panel Akademik dari institut luar,

c. Penilaian markah Anugerah Pengarah oleh Tuan Pengarah MJII sendiri.


Pemenang-pemenang adalah berdasarkan pemarkahan mengikut kategori seperti :-

a. Pemenang Tempat Pertama

    i. MUHAMMAD  AKMAL BIN MOHAMED FARID

       - PORTABLE SOIL NUTRIENT AND PH LEVEL DETECTION DEVICE FOR DURIAN TREES USING NPK+PH SENSOR, ESP32 AND THINGSPEAK DATABASE

b. Pemenang Tempat Kedua

  ii. AZWAN BIN RAMLI

       - SMARTPHONE-CONTROLLED SEMI-AUTOMATIC HYDRAULIC BIKE LIFITNG RAMP USING ESP-32

c. Pemenang Tempat Ketiga

   iii. SITI AISYAH NAZUHA BINTI IZHAM

      - LIFT BARROW USING AUTOMATIC JACK WITH ESP 32

d. Penerima E-Sijil Emas (80-100)

e. Penerima E-Sijil Perak (79.99-70)

f. Penerima E-Sijil Gangsa (69.99-60)

g. Penerima E-Sijil Penyertaan

h. Pemenang Video Marketing Terbaik

  iv. MUHAMMAD AMMAR HAMIZAN BIN ABDUL HAMBALI

   - PETANQUE BOULE COLLECTING ROBOT USING ARDUINO UNO AND PS2 CONTROLLER

i. Pemenang Anugerah Pengarah

  v. MUHAMMAD HAIQAL BIN RAZAHAR

    -  Iot-Based Monitoring System for Peritoneal Dialysis with ESP32 and Telegram Alerts

by Sensei Ahmado

Bootcamp dan Saringan world skills competition dalam bidang COBOT System Integration (Manila 2025)

 



















1.Nama aktiviti: Bootcamp.dan saringan world skills competition dalam bidang COBOT System Integration (Manila 2025)

2.Tarikh :  19-20 Mei 2025 (Isnin - selasa)

3.Tempat: KNX Skills Development Centre 

4.Penganjur : Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 

5.Penglibatan : 2 org pelajar semester  2 iaitu Sdr Mohd Aqil Danish Mohd Azman dan Sdr Muhammad Najmi Roslan dari Jabatan Robotik & Automasi, Sensei Ahmad Mukhlis(jurulatih) dan Sensei Norizam (jurulatih). 

6.Sinopsis:

Seramai 8 pasukan (16 pelajar) dari pelbagai institusi awam dan swasta telah menyertai bootcamp dan saringan pertandingan WORLDSKILLS COBOT SYSTEMS INTEGRATION. Training dikendalikan secara terus daripada pemenang pingat EMAS pertandingan COBOT System Integration yg lalu, Mr LEE dari Korea dengan dibantu hakim pertandingan COBOT (Mr Chooi) juga dari Korea. 


Peserta diberikan task untuk menyiapkan layout HMI (control panel) dan mengintegrasikannya dengan COBOT Doosan menggunakan LS PLC dan python programming. Antara lain, peserta turut di temuduga oleh panel hakim bagi menguji dan menilai pengetahuan tentang COBOT dan ROBOT serta penguasaan English communication skills sebagai persediaan ke luar negara. 


Peserta diberikan Masa 1 jam 30 minit untuk menyiapkan semua tasks yang diberikan dan 30 minit masa tambahan (jika perlu). 


Markah dikira secara holistik berdasarkan markah temuduga, attitude semasa latihan dan pertandingan , kerja berpasukan, keupayaan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan dan berfungsi dengan baik mengikut kehendak soalan.


Walaupun Pasukan ADTEC Shah Alam telah terpilih mewakili malaysia ke manila. Pasukan MJII telah memberikan saingan sengit kepada pemenang. Tahniah kepada peserta yang mewakili MJII ke saringan tersebut.

by Ahmado sensei