Friday, February 28, 2025

PROGRAM USAHAWAN DIGITAL YPM SELANGOR

 







NAMA PROGRAM:  PROGRAM USAHAWAN DIGITAL YPM SELANGOR

TARIKH: 21 FEBRUARI 2025

LOKASI: UNIVERSITI POLY-TECH MALAYSIA (UPTM), KUALA LUMPUR

SINOPSIS: 

Taklimat Program Usahawan Digital ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai peluang keusahawanan dalam era digital. Program ini membincangkan strategi dan kaedah untuk memanfaatkan teknologi digital bagi mengembangkan perniagaan, termasuk penggunaan platform secara dalam talian.

Seramai 33 orang pelajar yg terlibat sebagai peserta didedahkan dengan trend terkini dalam perniagaan digital. Taklimat ini juga menyediakan sesi soal jawab untuk membolehkan peserta mendapatkan maklumat lanjut dan berkongsi pengalaman.

by Huda sensei

Latihan Pengungsian Bangunan MJII Kali Pertama Tahun 2025

 








1. Nama Program: Latihan Pengungsian Bangunan MJII Kali Pertama Tahun 2025

2. Tarikh : 20 Februari 2025

3. Tempat: MJII Beranang

4. Anjuran: AJK MERT MJII

5. Penglibatan: Semua Warga Kerja MJII, pelajar, OISCA, UNIKL JUP & MJHEP

4. Sinopsis/keterangan: Latihan pengungsian bangunan di MARA-Japan Industrial Institute (MJII) pada 20 Februari 2025 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan pelajar dan staf MJII, serta pelajar dari OISCA, UniKL JUP, dan MJHEP. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan dan memastikan prosedur kecemasan difahami oleh semua peserta. Penggera kecemasan dibunyikan pada jam 10:30 pagi, diikuti dengan pengungsian teratur ke kawasan selamat, pemeriksaan kehadiran, serta taklimat keselamatan oleh AJK MERT MJII. Semua peserta berjaya keluar dalam masa yang ditetapkan tanpa sebarang insiden, menunjukkan keberkesanan latihan ini. Namun, beberapa penambahbaikan dicadangkan, termasuk membaiki penggera keselamatan dan memastikan alat bantuan penyelamatan mudah dicapai. Secara keseluruhan, aktiviti ini berjaya dan diharapkan latihan berkala dapat terus meningkatkan kesiapsiagaan warga MJII dalam menghadapi kecemasan.

by Radzi sensei

Program Literasi Kesihatan Siri 2/2025- Pendakian Bukit Broga.

 









1. Nama Program: Program Literasi Kesihatan Siri 2/2025- Pendakian Bukit Broga.

2. Tarikh : 26 Februari 2024

3. Tempat: Semenyih, Selangor

4. Sinopsis/keterangan: Seramai 14 orang staf MJII Beranang telah mendaki Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Aktiviti ini diadakan bagi meningkatkan lagi stamina, enduran, kesedaran dalam menjaga kesihatan dengan melakukan aktiviti fizikal secara outdoor. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan sifat kerja berpasukan, tidak mudah putus asa, saling bantu membantu dikalangan staf MJII Beranang.

Diharap pada masa akan datang lebih ramai yang dapat menyertai program seumpama ini.

by Sensei Sajidah

Tuesday, February 18, 2025

Pertandingan Kreativiti Dan Inovasi (CITEC) 2025... Lantikan Juri

 





1. Nama Program: Pertandingan Kreativiti Dan Inovasi (CITEC) 2025

2. Tarikh : 12 & 13 Feb 2025

3. Tempat: Adtec, Jerantut Pahang

4. Anjuran: Jabatan Tenaga Manusia

5. Penglibatan : 2 orang Pengajar MJII

6. Sinopsis/keterangan: Urusetia CITEC 2025 telah melantik 2 orang staff MJII untuk menjadi juri pertandingan inovasi peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh JTM bertempat di ADTEC,Jerantut Pahang. Pertandingan ini disertai oleh institut pendidikan tvet, badan kerajaan dan swasta. Terdapat 6 Bidang telah  dipertandingan. Diharapkan penilaian yang dikendalikan oleh 2 orang staff MJII mengangkat hasil projek inovasi ini ke peringkat yang lebih tinggi

by Azrul sensei

SIRI CERAMAH FIQH WANITA : Darah: Haid, Nifas & Istihadoh

 





1. Nama Program: SIRI CERAMAH FIQH WANITA : Darah: Haid, Nifas & Istihadoh

2. Tarikh : 14 Feb 2025

3. Tempat: Tokyo Hall

4. Anjuran: Jabatan Pengajian Am

5. Penglibatan : Semua pelajar perempuan MJII

6. Sinopsis/keterangan:


Terdapat 6 Siri ceramah fiqh wanita yang dimulai dengan siri 1 khusus berkaitan perbezaan antara Haid, Nifas & Istihadoh. Ustazah Hajah Yusnah Yusuf selaku penceramah telah berkongsi ilmu berkaitan beberapa istilah penting yang perlu diketahui. Antaranya air mazi, air mani, keputihan, air ketuban, haid, fasad & nifas.

Turut dibincangkan bagaimana mengenal perbezaan antara Haid & Istihadoh. Penting untuk semua wanita mencatat maklumat berkaitan dengan kitaran haid, termasuk tarikh, waktu, dan sifat darah yang keluar, seperti hitam, merah, coklat, atau kuning keruh.

Siri ke-2 fiqh wanita dijangka pd 21/2/2025 akan membincangkan perkara berkaitan mengenalpasti tempoh masa kedatangan Haid yang betul dan bagaimana menentukan sifat darah Haid tersebut.

by Kj Linda

Monday, February 17, 2025

Perbincangan Pemetaan Kredit Antara MJII Beranang dan UniKL Malaysian Institute of Industrial Technology

 





1. Nama aktiviti: Perbincangan Pemetaan Kredit Antara MJII Beranang dan UniKL  Malaysian Institute of Industrial Technology

2. Tarikh: 14.1.2025, 10.00 pagi. 

3. Tempat: Bilik Mesyuarat Sendai, MJII

4. Penglibatan: Jawatankuasa Pemetaan Silibus

5. Sinopsis: Perbincangan pemetaan kredit ini merupakan satu inisiatif untuk menyelaras pemindahan kredit dari program Diploma MJII ke program Bachelor of Engineering Technology (Hons) in Instrumentation and Control Engineering (BET ICE) di UniKL MITEC. Matlamat utama perbincangan ini adalah untuk mengemaskini draf pemetaan kredit bagi memastikan kesinambungan pembelajaran yang lebih lancar antara kedua-dua institusi. Wakil dari pihak UniKL MITEC terdiri daripada 

1. Head of Section Instrumentation and Control Engineering, Ts Dr Mohd Ismail bin Yusof

2. ⁠ Senior Lecturer, Ts Dr. Mohd Aliff Afira Bin Sani

Secara keseluruhan, perbincangan ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan diharapkan akan memudahkan proses artikulasi serta pemindahan kredit antara kedua-dua institusi dengan lebih berkesan.

by Akma Sensei

Kejohanan Ragbi 10's Piala Dato' Sri Ketua Pengarah MARA Tahun 2025

 




1. Nama Program: Kejohanan Ragbi 10's Piala Dato' Sri Ketua Pengarah MARA Tahun 2025

2. Tarikh : 7 - 9 Februari 2025

3. Tempat: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor 

4. Sinopsis/keterangan: Pada 7-9 Februari 2025, pasukan ragbi MARA-Japan Industrial Institute (MJII) telah menyertai Kejohanan Ragbi 10’s Piala Dato' Sri Ketua Pengarah MARA yang berlangsung di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor. Kejohanan ini melibatkan 16 pasukan dari pelbagai institusi di bawah MARA, menyaksikan persaingan sengit sepanjang kejohanan.Pasukan MJII yang terdiri daripada 20 orang pelajar telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan dan berjaya meraih tempat ketiga bersama dalam kategori Plate. Para pemain telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi serta daya juang yang luar biasa dalam setiap perlawanan yang dihadapi. Penyertaan dalam kejohanan ini bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada pelajar dalam bidang sukan, malah turut memperkukuhkan semangat berpasukan dan disiplin dalam kalangan peserta. Diharapkan kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pasukan MJII dalam kejohanan akan datang.

by Radzi sensei

CERAMAH ISRA’ DAN MIKRAJ

 






1. Nama aktiviti:  CERAMAH ISRA’ DAN MIKRAK

2. Tarikh: 13 Februari 2025 (Khamis)

3. Anjuran : Surau Riyadussolihin MJII

4. Tempat: Surau Riyadussolihin MJII(Selepas solat Maghrib)

5. Penglibatan:  pelajar MJII

6. Sinopsis: 

Ceramah sempena Isra dan Mikraj ini telah di sampaikan oleh Ustaz Khairul Rizal yang membicarakan tentang ibrah peristiwa Isra dan Mikraj. Penceramah juga menyentuh tentang kelebihan malam nisfu Syaban yang kebetullan jatuh pada malam Jumaat tersebut. Selesai solat isya para pelajar dihidangkan dengan sedikit jamuan daripada pihak Surau Riyadussolihin MJII Beranang.

by norizam sensei

Sunday, February 16, 2025

PROGRAM GOTONG ROYONG MASJID RAJA ALANG PEKAN BERANANG

 










1. Nama aktiviti:  PROGRAM GOTONG ROYONG MASJID RAJA ALANG PEKAN BERANANG

2. Tarikh: 16 Februaro2025 (Rabu)

3. Anjuran : CSR MJII dan Masjid Raja Alang

4. Tempat: Masjid Raja Alang

5. Penglibatan:  pelajar MJII

6. Sinopsis: 

Pihak Masjid Raja Alang Pekan Beranang telah memohon pelajar MJII untuk membantu membersihkan persekitaran Masjid bagi menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba. Seramai 18 orang pelajar telah terlibat membantu pihak masjid untuk membersihkan kawasan masjid.. Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim antara qariah masjid raja alang dan mjii.

by Azrul sensei