Friday, February 17, 2023

Bengkel Penulisan & Penerbitan Bersama CMN Global Consultant Sdn. Bhd.

 








1. Program : Bengkel Penulisan & Penerbitan Bersama CMN Global Consultant Sdn. Bhd.

2. Tarikh : 9/02/2023 (Khamis)

3. Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang

4. Tempat: Bilik Yushu Nerai 

4. Penganjur : Jawatankuasa Penerbitan Bahan Pembelajaran

5. Peserta : 13 orang pensyarah

6. Sinopsis/Keterangan :


Satu bengkel penulisan dan penerbitan bersama CMN Global Consultant Sdn. Bhd. telah diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pensyarah supaya menulis modul sendiri. Pensyarah juga diberi ilmu pengetahuan menggunakan aplikasi yang sesuai untuk merekabentuk kulit modul, dan membuat video pembelajaran yang menarik. Pelbagai kaedah dan teknik yang dikongsikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman dalam penulisan dan penerbitan modul.  Selain itu, pensyarah juga berpeluang untuk membuat live di media sosial masing-masing semasa bengkel sedang berlangsung. Pensyarah digalakkan berkongsi bahan pembelajaran yang kreatif dan inovatif di media sosial sama ada dalam bentuk e-book, video ataupun live untuk menarik  minat pelajar untuk belajar. Semoga bengkel ini dapat membantu ramai lagi pensyarah MJII menulis dan menerbitkan modul dengan baik.

by Juliana Sensei

No comments:

Post a Comment