Monday, November 24, 2014

Lawatan Mengejut Pengarah Bahagian Kemahiran & Teknikal

24hb November 2014, Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA, Tuan Haji Roseli telah melakukan satu lawatan ke MARA-Japan Industrial Institute. Beliau datang bagi memeriksa kemudahan alatan yang terdapat di MJII bagi memastikan tiada alatan yang tidak digunakan untuk pembelajaran di MJII ini, kerana baginya ianya adalah satu pembaziran wang rakyat. Beliau juga sempat melawat kemudahan makmal komputer baharu di OISCA. Beliau mencadangkan Pusat Bahasa OISCA terlibat sama dalam mengajar Bahasa Jepun kepada pelajar-pelajar diploma MJII.

No comments:

Post a Comment