Monday, October 21, 2013

MJII...Lawatan Kerja Nippon Kayaku

21hb Oktober 2013, Nippon Kayaku Safety Systems (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat pembekal beg udara keselamatan kenderaan (air bag) telah berkunjung ke MJII iaitu Mr. Shinji Ichikawa (Managing Director) dan Puan Ramlah Mohd Nor (Senior Manager Human Resources Management). Tujuan mereka adalah untuk meninjau bekalan tenaga kerja bagi syarikat mereka yang akan beroperasi pada tahun 2015 nanti di Taman Perusahaan Seremban 2, Negeri Sembilan. Kepada sesiapa yang beruntung untuk bekerja dengan syarikat ini nanti, akan dihantar mengikuti latihan di Ibu Pejabat syarikat ini di Jepun.

No comments:

Post a Comment