Blog ini adalah untuk memaparkan aktiviti warga MARA Japan Industrial Institute yang dulu dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang. MJII menempatkan Program Diploma Elektronik, Japan Associate Degree Program dan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA
Tuesday, June 21, 2011
KKTMB...Perjumpaan dengan Pengarah dan Timbalan Pengarah
20hb Jun 2011, satu majlis dialog dan penerapan halatuju KKTM Beranang telah diadakan di Theateratte 4 yang dihadiri oleh pensyarah-pensyarah KKTM Beranang.
Dalam perjumpaan ini, Timbalan Pengarah (HEA) Tuan Haji Nuriman bin Yusop telah membentangkan kembali kurikulum KKTM Beranang kepada para pensyarah sebagai persediaan KKTM Beranang menghadapi proses akreditasi MQA pada bulan Julai 2011 nanti.
Majlis diteruskan dengan sesi taklimat daripada Tuan Pengarah, Tuan Haji Wan Sabri bin Wan Ismail yang membentangkan Kerangka Plan & Strategi Transformasi MARA 2011 - 2020.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment