Thursday, October 29, 2009

MJII...Pemantauan


Bermula pada 27hb Oktober hingga 29hb Oktober 2009, satu proses pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran telah dijalankan oleh pihak BPL(K).

Dua orang pemantau berpengalaman telah dihantar ke MJII untuk melaksanakan tugas tersebut.

Pada hari terakhir pemantauan ini, satu pembentangan hasil pemantauan telah diadakan di mana ianya turut disertai oleh Tn. Hj. Mohd Fahdil (Pengarah) dan Tn. Hj. Nuriman (Timbalan Pengarah HEA).

Antara lainnya pemantau telah mencadangkan pihak MJII meningkatkan prestasi di beberapa bahagan seperti kedudukan papan putih yang silau kerana mengadap tingkap, keperluan kepada bilik kuliah yang berhawa dingin, menambah kepelbagaian bahan bantuan pengajaran seperti model dan sebagainya dan lain-lain.



Pada keseluruhannya, hasil pemantauan adalah sangat memuaskan dari segi pengajaran, pembelajaran dan dokumentasi akademik yang lengkap.

No comments:

Post a Comment