Sunday, November 15, 2026

DKS... LEARNING EXPERIENCE : LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI INDUSTRI-EMOOVIT TECHNOLOGY SDN BHD, CYBERJAYA

 









LEARNING EXPERIENCE :  LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI INDUSTRI-EMOOVIT TECHNOLOGY SDN BHD, CYBERJAYA


TVET Mara MJII sebagai salah satu pusat  penyedia Latihan Kemahiran berteraskan Teknologi Elektronik sentiasa memastikan kualiti Pembelajaran dan Pembelajaran (PdP) di tahap yang tinggi. Ianya juga harus memastikan setiap pelajar yang menjalani Latihan di sini memperoleh pengalaman pembelajaran (learning experience) yang menarik dan sentiasa terkini (latest technology). 


Ini adalah selaras dengan aspirasi Pengarah TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, untuk memperkukuh MJII sebagai pusat kecemerlangan TVET yang berteraskan inovasi, teknologi dan kolaborasi strategik industri.


Salah satu cara untuk meningkat Pengalaman Pembelajaran bagi pelajar-pelajar Elektronik Robotik & Automasi ialah dengan mengadakan sesi – sesi lawatan industri. Lawatan industri adalah merupakan satu platform pembelajaran yang bermanfaat dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap persekitaran industri sebenar.


Makanya, pihak Jabatan DKS telah mengadakan satu lawatan industry iaitu ke Syarikat eMoovit Sdn Bhd yang beroperasi di Cyberjaya. Syarikat ini adalah pengendali Kenderaan Tanpa Pemandu pertama di Malaysia.

Lawatan ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar berkaitan perkembangan teknologi automasi, kecerdasan buatan (AI) dan sistem kenderaan autonomi yang sedang digunakan serta dibangunkan untuk memenuhi keperluan industri masa hadapan.


Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelajar terhadap teknologi dan aplikasi sebenar dalam industri, malah membuka ruang kepada pensyarah untuk memahami perkembangan teknologi terkini serta keperluan kompetensi industri. 


Aktiviti dan Dapatan Lawatan

Sepanjang lawatan, pelajar telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan teknologi Autonomous Vehicle, termasuk:

* Automated Guided Vehicle (AGV) bagi aplikasi pengangkutan dan logistik automatik.

* Autonomous Buggy yang menggunakan sistem navigasi dan kawalan autonomi.

* Bas tanpa pemandu (Autonomous Bus) serta konsep mobiliti pintar.

* Teknologi Robot Operating System (ROS) sebagai platform pembangunan dan integrasi sistem robotik.

* Penggunaan LiDAR untuk pemetaan persekitaran, pengesanan objek dan navigasi kenderaan autonomi.

* Integrasi Artificial Intelligence (AI), sensor, sistem kawalan dan pemprosesan data dalam pembangunan sistem autonomi.

Pelajar juga dapat melihat hubungan antara teori yang dipelajari di institusi dengan aplikasi sebenar dalam industri, khususnya dalam bidang robotik, automasi, AI dan mobiliti pintar.


Impak kepada Pelajar

Lawatan ini telah memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih praktikal dan membuka perspektif pelajar terhadap perkembangan teknologi industri. Pelajar dapat memahami bahawa kemahiran seperti *AI, robotik, sensor, LiDAR, ROS, pengaturcaraan dan sistem kawalan semakin penting dalam memenuhi keperluan pekerjaan masa hadapan. Selain itu, pendedahan kepada teknologi sebenar industri dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan meningkatkan kemahiran teknikal, penyelesaian masalah dan pembelajaran sepanjang hayat.


Kesimpulan

Secara keseluruhannya, lawatan sambil belajar ke EMooVit Technology Sdn. Bhd. telah mencapai objektif yang ditetapkan. Aktiviti ini memberi peluang kepada 35 orang pelajar dan 2 orang pensyarah untuk memahami perkembangan teknologi autonomous vehicle serta aplikasinya dalam industri. Pendedahan seperti ini amat penting bagi membantu pelajar mempersiapkan diri dengan kemahiran AI, robotik dan automasi yang relevan dengan keperluan industri masa hadapan


#TVETMARA #MJII #TVETPilihanUtama

by Kj Jaa

Friday, November 13, 2026

Fiber Optic CA1C & CA2C Preparation Boot Camp and Competency Examination for July–December 2026 Session

 








Fiber Optic CA1C & CA2C Preparation Boot Camp and Competency Examination for July–December 2026 Session


The Fiber Optic CA1C & CA2C Preparation Boot Camp was conducted on 13 November 2026 (Friday), from 9.00 a.m. to 12.00 noon at the Fiber Optic Lab, TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII). The programme was organised by the Data Transmission & Network Department (DKR) and involved Semester 4 students from Oka Class in preparation for the Fiber Optic Competency Certification examinations, namely CA1C (Internal Wiring) and CA2C (External Wiring).


The programme aimed to enhance students' theoretical knowledge and practical competencies in fiber optic installation, cable preparation, splicing techniques, testing, measurement, and troubleshooting in accordance with industry practices and technical standards. It also provided students with valuable exposure to the competency requirements and examination procedures for both certifications.


The training session was conducted by Pn. Murniati Binti Imam Supaat from SigTech Engineering Sdn. Bhd., who also serves as an Industry Advisory Panel (IAP) member for the Data Transmission & Network Department (DKR), TVETMARA MJII. Her involvement provided an opportunity for students to gain valuable technical insights, industry knowledge, and professional guidance directly from an industry practitioner.


Among the key areas covered during the boot camp were:

1. Fiber Optic Installation Procedures – Understanding the requirements and techniques involved in internal and external fiber optic cable installation.

2. Fiber Optic Cable Preparation – Learning proper cable handling, stripping, cleaving, and fiber preparation techniques.

3. Fiber Optic Splicing Techniques – Understanding the fusion splicing process and techniques to achieve optimum splice quality.

4. Testing and Measurement – Familiarisation with fiber optic testing equipment and measurement procedures to evaluate installation quality and link performance.

5. Competency Assessment Preparation – Understanding the practical assessment requirements, working procedures, safety practices, and examination expectations for CA1C and CA2C certification.

Beyond technical training, this programme also serves as a testament to the strong and continuous industry–academia collaboration between TVETMARA MJII and SigTech Engineering Sdn. Bhd. The involvement of an IAP representative in delivering competency-based training demonstrates the department's commitment to maintaining close industry engagement, ensuring that teaching and training practices remain relevant, up to date, and aligned with current industry requirements and standards.


Through this collaboration, TVETMARA MJII continues to strengthen the quality of its technical training, bridge the gap between academic learning and industry practices, and produce competent graduates equipped with industry-recognised skills and professional competencies in fiber optic technology.

by sensei Hajar

DKR... PORTAL INNO-X: SATU PLATFORM DIGITAL, DARI GALERI PROJEK HINGGA PENGUMUMAN PEMENANG INNO-X JD2026

 













PORTAL INNO-X: SATU PLATFORM DIGITAL, DARI GALERI PROJEK HINGGA PENGUMUMAN PEMENANG INNO-X JD2026


📅 Tarikh: 11 November 2026 (Rabu) 

🕘 Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang 

📍 Tempat: Hyogo Hall, TVETMARA MJII, Beranang, Selangor 

🏢 Anjuran: Jawatankuasa INNO-X JD2026 bersama Jabatan DKR, TVETMARA MJII 


🌐 Portal: https://inno-x.citran.org/


💡 Inovasi:


Portal web INNO-X Innovation Expo JD2026 dibangunkan oleh tenaga  pengajar DKR merangkap ahli jawatankuasa Inno-X TVETMARA MJII sesi JD2026, sebagai platform rasmi ekspo. Portal ini menghimpunkan maklumat program, galeri projek pelajar, penilaian panel serta keputusan pertandingan dalam satu laman yang boleh diakses melalui komputer dan telefon pintar.


📊 Portal dalam Angka


* 30 projek pelajar Tahun Akhir (FYP) • 5 jabatan: DKC, DKE, DKM, DKR dan DKS • 9 tema inovasi • 10 panel industri jemputan • 20 ahli jawatankuasa • 2 bahasa: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris


🖥️ Paparan Awam


Laman Utama: Kiraan detik ke hari ekspo, poster dan video promosi acara serta "Innovation Orbit" yang memaparkan sembilan tema inovasi dan menapis galeri projek mengikut tema.


Aturcara Program: Aturcara tentatif hari ekspo, bermula pendaftaran peserta, ketibaan panel industri dan sesi penjurian sehingga Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah, lengkap dengan lokasi setiap slot.


Galeri Projek: Kesemua 30 projek boleh dicari dan ditapis mengikut jabatan, teknologi dan tema, contohnya ESP32, Raspberry Pi, Jetson Nano, YOLOv8 dan CMOS 250 nm.


Halaman Projek: Setiap projek mempunyai halaman tersendiri yang memaparkan poster, video projek, nama pelajar dan penyelia, teknologi, tema serta objektif projek.


Panel Industri: Profil 10 panel industri jemputan yang memaparkan jawatan, organisasi dan pengalaman setiap panel.


Jawatankuasa: Senarai 20 ahli jawatankuasa mengikut unit, bermula Penaung, Penasihat dan Pengerusi hingga unit-unit kerja, lengkap dengan carian nama.


Hall of Fame: Keputusan pingat emas, perak dan gangsa bagi setiap kategori serta anugerah khas (Best Video Award, Best Innovation Award dan Director's Choice Award) dipaparkan secara langsung sebaik sahaja jawatankuasa menerbitkan keputusan.


🔐 Paparan Panel dan Admin


Paparan Panel (Judge Marking): Setiap panel log masuk dan melihat senarai projek yang ditugaskan mengikut kategori, berserta status penilaian dan markah daripada 100. Panel boleh menyemak dan membetulkan markah sehingga penilaian dimuktamadkan; selepas itu markah dikunci. Markah terus dikumpul oleh sistem, sekali gus mengurangkan penggunaan borang bercetak dan mempercepat proses pengiraan keputusan.


Paparan Admin: Admin mengurus portal melalui empat menu utama: Homepage (kad poster dan video, maklumat edisi, susunan seksyen dan logo), Content, Marking dan Site. Kad di laman utama boleh ditambah, disusun semula serta dipapar atau disembunyikan dengan satu suis, dan papan pemuka tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Akses log masuk dihadkan kepada jawatankuasa, admin dan panel sahaja, manakala laman awam boleh dilayari tanpa akaun.


📝 Sinopsis / Ringkasan Aktiviti


Sempena INNO-X Innovation Expo Sesi Julai–Disember 2026 yang berlangsung pada 11 November 2026 di Hyogo Hall, TVETMARA MJII, portal INNO-X telah digunakan sebagai platform digital rasmi ekspo. Portal ini menghimpunkan maklumat acara, aturcara program serta galeri 30 projek pelajar Tahun Akhir daripada lima jabatan dalam satu laman. Profil 10 panel industri dan 20 ahli jawatankuasa turut dipaparkan.


Pengunjung, pelajar dan pensyarah dapat melayari projek mengikut jabatan, teknologi dan tema, serta melihat poster dan video setiap projek melalui telefon pintar tanpa perlu mendaftar akaun. Pada hari ekspo, panel industri menilai projek yang ditugaskan secara digital melalui portal, dan markah dikunci sebaik sahaja penilaian dimuktamadkan, manakala jawatankuasa memantau penilaian dan mengurus keputusan melalui papan pemuka admin.


Selepas penjurian, keputusan pertandingan termasuk pemenang pingat dan anugerah khas diterbitkan terus di halaman Hall of Fame semasa Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah. Pendekatan ini menjadikan pengurusan ekspo lebih tersusun, telus dan mesra alam, di samping memudahkan rujukan semula hasil inovasi pelajar selepas program.


Di bawah kepimpinan Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, inisiatif pendigitalan ini diharapkan dapat diteruskan bagi sesi INNO-X akan datang serta menyokong budaya inovasi dan penggunaan teknologi dalam pengurusan program di TVETMARA MJII.

by sensei Hajar

DKR... PEMBENTANGAN CADANGAN PENUBUHAN ICOE CITRAN & FOTEC BAGI PROJEK SAMBUNGAN RMK-13 RP3 TAHUN 2028 KEPADA KKDW

 









PEMBENTANGAN CADANGAN PENUBUHAN ICOE CITRAN & FOTEC BAGI PROJEK SAMBUNGAN RMK-13 RP3 TAHUN 2028 KEPADA KKDW


📍 Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands

🗓️ 12 November 2026


TVETMARA MJII telah membentangkan cadangan peruntukan perolehan bagi projek sambungan penubuhan dua Industry Centre of Excellence (ICoE) kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW):

▪️ CITRAN – Center of Innovation and Training for Advanced Networking

▪️ FOTEC – Fiber Optic Technology Excellent Center

Kedua-dua pusat ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan tenaga kerja mahir Bumiputera dalam bidang Fiber, Networking dan Surveillance, seiring dengan keperluan industri dan agenda pendigitalan luar bandar.


MJII diwakili oleh Haji Mohd Nizam bin Ali (Timbalan Pengarah HEA) dan Ts. Mohd Khairul Adzhar bin Umar (Ketua Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian).


Terima kasih kepada KKDW atas peluang yang diberikan. Semoga usaha ini dipermudahkan. 🤲

by sensei Hajar

DKE... BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PEMURNIAN GARIS PANDUAN NEW EMERGING TECHNOLOGY (NET) BIL. 1/2026

 








BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PEMURNIAN GARIS PANDUAN NEW EMERGING TECHNOLOGY (NET) BIL. 1/2026


📍 TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Beranang, Selangor

📅 28 hingga 30 Oktober 2026


TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII) berbesar hati menjadi tuan rumah bagi Bengkel Pembangunan dan Pemurnian Garis Panduan New Emerging Technology (NET) Bil. 1/2026 yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).


Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, turut meluangkan masa untuk bersama-sama peserta pada hari pertama bengkel sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program ini. Selain itu, Pn. Noor Hakima binti Ahmad turut berkesempatan bersama-sama peserta pada hari terakhir bengkel.


Bengkel selama tiga hari ini bertujuan untuk membangunkan dan memurnikan draf garis panduan pelaksanaan teknologi baharu secara komprehensif. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan, termasuk perbincangan kumpulan, pembentangan hasil perbincangan, semakan standard teknikal serta penyelarasan dokumen induk bagi memastikan garis panduan yang dibangunkan bersifat sistematik, relevan dan berdaya laksana.


Program ini telah menghimpunkan peserta daripada pelbagai institusi latihan kemahiran di bawah kementerian dan agensi berkaitan, termasuk CIAST, Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Manusia (JTM), ADTEC JTM Kampus Taiping, Kuala Lumpur dan Mersing, Politeknik Banting, Politeknik Melaka, Politeknik Seberang Perai, TVETMARA MJII, TVETMARA Lumut, TVETMARA Kuantan, TVETMARA Sik serta Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).


Penganjuran bengkel ini mencerminkan semangat kerjasama dan perkongsian kepakaran dalam memperkukuh ekosistem TVET negara, khususnya dalam menghadapi perkembangan teknologi baharu yang semakin pesat.


Selaras dengan aspirasi Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, untuk memperkukuh institusi ini sebagai pusat kecemerlangan TVET, penganjuran program seperti ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada TVETMARA MJII untuk menjadi pusat pilihan bagi pelaksanaan kursus dan program berkaitan teknologi baharu. Usaha ini juga diharapkan dapat memperluas jaringan kerjasama dengan pemain industri serta institusi berkaitan pada masa hadapan.

Terima kasih kepada CIAST atas kepercayaan memilih TVETMARA MJII sebagai lokasi penganjuran, serta kepada semua peserta dan pihak yang telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini.

Bersama Memacu Kecemerlangan TVET dan Mendepani Teknologi Masa Hadapan!

by sensei Rahman

KEJAYAAN PELAJAR TVET MARA MJII RAIH ANUGERAH KECEMERLANGAN DALAM PERTANDINGAN PIDATO BAHASA JEPUN AEON 1% CLUB 2026

 










🎙️ KEJAYAAN PELAJAR TVET MARA MJII RAIH ANUGERAH KECEMERLANGAN DALAM PERTANDINGAN PIDATO BAHASA JEPUN AEON 1% CLUB 2026


📌 Program : Pertandingan Pidato Bahasa Jepun AEON 1% Club 

📅 Tarikh  : 12 November 2026 (Khamis)

📍 Tempat : AEON Hall Shah Alam, Selangor

🏢 Anjuran : AEON 1% Club


👥 Penglibatan TVETMARA MJII

* Pelajar : Zunnur Aizayurie binti Zaeime & Nor Aidatul Nadhirah binti Ropandi

* Pensyarah : Pensyarah Bahasa Jepun, Jabatan Pengajian Am, TVETMARA MJII


🎬 Dari rakaman video ke pentas pidato

Pertandingan yang mula diadakan pada tahun 2024 ini memasuki edisi ketiga pada tahun 2026. Pada saringan pertama ( 17 Julai 2026), lima orang pelajar TVETMARA MJII telah menghantar video pidato  berdurasi 1.5 minit  bertemakan 「日本語を通じて広がった私の世界」 (Dunia Saya yang Semakin Luas Melalui Bahasa Jepun).


Daripada 21 penyertaan video di peringkat Malaysia, 10 peserta terpilih untuk mara ke saringan kedua secara bersemuka yang diadakan pada  12 November 2026 .Mereka terdiri daripada dua peserta Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dua peserta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), seorang peserta Universiti Malaya (UM), tiga peserta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan dua peserta TVETMARA MJII.


🎤 Tiga minit berpidato, dua minit menjawab soalan

Pada saringan kedua, setiap peserta menyampaikan pidato selama tiga minit bertemakan 「地域とともに作るサステナブルな未来」 (Membina Masa Depan Lestari Bersama Komuniti). Selepas berpidato, mereka menjawab soalan juri secara spontan dalam bahasa Jepun.


🏆 Keputusan pertandingan peringkat Malaysia

🥇 Tempat pertama ( Anugerah Terbaik 最優秀賞): Peserta  daripada Universiti Kebangsaan Malaysia

🥈 Tempat kedua ·( Anugerah Kecemerlangan 優秀賞): Peserta daripada Universiti Malaya

🥉 Tempat ketiga ( Anugerah Kecemerlangan 優秀賞): Nor Aidatul Nadhirah binti Ropandi daripada kelas KAREI (DKE)


🏆 Hadiah kemenangan

Ketiga-tiga pemenang dijemput mengikuti program latihan selama empat hari di Jepun dengan tajaan penuh AEON 1% Club. Program dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 20 Februari 2027.Pemenang tempat pertama akan mewakili Malaysia dalam pertandingan pidato peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada 18 Februari 2027 di Tokyo, bersama-sama peserta dari negara-negara ASEAN lain


👏 Tahniah kepada kesemua 10 peserta khususnya buat pelajar TVETMARA MJII, Nor Aidatul Nadhirah atas kejayaan meraih tempat ketiga dan Zunnur Aizayurie atas pencapaian mara ke saringan kedua.


👩‍🏫 Excellent Instructor Award

Ketiga-tiga guru pembimbing kepada tiga orang pemenang turut menerima pengiktirafan 優秀指導者 (Excellent Instructor Award) atas kejayaan dan bimbingan yang diberikan termasuk Cik Fadzliani, Guru Bahasa Jepun, Jabatan Pengajian Am TVETMARA MJII selaku guru pembimbing kepada Nor Aidatul.


Setinggi-tinggi penghargaan kepada AEON 1% Club atas penganjuran pertandingan dan tajaan program latihan. 

Terima kasih kepada Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, atas sokongan terhadap penyertaan pelajar, serta kepada Pensyarah Bahasa Jepun, Jabatan Pengajian Am, atas bimbingan dalam persediaan pertandingan pidato ini.

by sensei Norilawati