Saturday, February 28, 2026

Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan MPP sesi 2026/2027

 




1. Nama Program: Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan MPP sesi 2026/2027

2. Tarikh : 27 Februari 2026

3. Tempat: Dewan Hyogo, MJII Beranang

4. Sinopsis/keterangan: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan sebuah organisasi yang dianggotai oleh pelajar dilantik melalui perlembagaan MPP. MPP berfungsi sebagai perantara kepada pelajar dengan pihak pentadbiran. Ianya juga berperanan sebagai badan yang menjaga kebajikan semua pelajar di samping membantu pihak pengurusan dan pentadbiran KKTM, MJII dan IKM meningkatkan kualiti akademik, pembangunan sikap dan kerohanian serta menjayakan pelbagai agenda semasa KKTM, MJII dan IKM. 


Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah MJII, iaitu Tuan Hj Rusli bin Abd Rahman dan berlangsung dengan lancar dengan kehadiran barisan pengurusan, pensyarah dan para pelajar.


Antara pengisian utama majlis ialah penyampaian watikah pelantikan kepada barisan MPP Sesi 2026/2027, penyampaian sijil penghargaan kepada mantan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Ahli Perwakilan Pelajar (APP) sebagai penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka, serta penyampaian sumbangan kebajikan kepada pelajar terpilih.


Pengarah MJII menegaskan bahawa pelantikan sebagai MPP merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan disiplin. 


Majlis Pelantikan Watikah MPP Sesi 2026/2027 telah mencapai objektif yang ditetapkan dan diharap dapat melahirkan barisan kepimpinan pelajar yang berwibawa, bertanggungjawab dan berdaya saing

by ustad Azim

Wednesday, February 25, 2026

Majlis penyampaian sijil pelajar Oisca oleh TKPP, Ir Dr Mahzan bin Teh

 



Isnin, 23 Feb 2025.... Majlis penyampaian sijil pelajar Oisca oleh TKPP, Ir Dr Mahzan bin Teh di bilik Osaka MJII. gambar drpd Pengarah MJII dan Abe Ahmad Mukhlis yang hadir majlis tersebut.

Lawatan Penanda Aras oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasionall Kementerian Pendidikan Malaysia

 







1. Nama aktiviti:  Lawatan Penanda Aras oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasionall Kementerian Pendidikan Malaysia


2. Tarikh:  9 Februari 2026 (Isnin)


3. ⁠Masa : 10.00 am - 14.00 pm


4. Sinopsis/keterangan ringkas:

    MJII telah menerima kunjungan deligasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengadakan lawatan Benchmarking program Robotik & Automasi MJII (DKS)


Ianya adalah berikutan, Unit Vokasional KPM bercadang untuk membuka pusat Pembelajaran Mekatronik di Kolej - kolej Vokasional mereka.


Sesi dimulakan dengan pengenalan kepada MJII oleh TPHEA MJII Hj Nizam dan seterusnya Pembentangan Pelaksanaan Program Robotik & Automasi (DKS) oleh Kj DKS sendiri.


Seterusnya, ketua deligasi KPM telah membentangkan serba sedikit pelan perancangan penubuhan Program Mekatronik di KV-KV mereka.


Akhir sekali, deligasi KPM telah dibawa melawat fasiliti pembelajaran Program DKS iaitu Makmal Robotik, Makmal Pneumatic & Hydraulic dan Makmal Industrial Automation (CFS)

by Kj Jaa

Monday, February 23, 2026

Gotong-Royong Perdana MJII dan Masjid Kampung Rinching Hulu

 










1. Nama aktiviti: Gotong-Royong Perdana MJII dan Masjid Kampung Rinching Hulu

2. Tarikh:  14 Feb 2026(Sabtu)

3. ⁠Masa : 7.30 pagi - 12.30 tghr

4. ⁠Tempat: Masjid Kampung Rinching Hulu

4. Sinopsis/keterangan ringkas:  


Seramai 20 orang sukarelawan dari kalangan pelajar MJII telah menyertai Gotong-royong Perdana yang diadakan di Masjid Kampung Rinching. Tujuan aktiviti ini adalah kerja-kerja pembersihan sekitar kawasan Masjid sempena menyambut Ambang Ramadhan. Diharapkan penglibatan pelajar MJII ini dapat memupuk semangat muhibah dan mempromosi TVET MARA sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran diperingkat diploma

by sensei Azrul

Friday, February 6, 2026

Taklimat OBE sesi Jan - Jun 2026...

 





1. Nama aktiviti: Taklimat OBE 

2. Tarikh:  23 Januari 2026(Jumaat)

3. ⁠Masa : 11.00 pagi - 12 tghr

4. ⁠Tempat: Surau Riyadatus Solihin

4. Sinopsis/keterangan ringkas:  

Sesi taklimat OBE kepada semua pelajar MJII anjuran J/Kuasa ETAC MJII telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Surau Riyadatus Solihin. Panel penceramah adalah Pn. Zalina bt. Zulkabli daripada KKTM Ledang (mantan KJ DKC) dijemput sebagai panel penceramah. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada pelajar berkenaan OBE. Sepanjang taklimat ini, beberapa soalan quiz di ajukan kepada pelajar bagi menilai tahap kefahaman pelajar memahami perkara berkaitan OBE. Secara keseluruhan, taklimat ini telah berjaya dijalankan dan telah mencapai objektif yang ditetapkan. Syabas dan tahniah.

bu nurhana sensei