Saturday, December 13, 2025

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PLC S7-1500 DAN APLIKASI IOT NODE-RED BAGI PELAJAR MJII

 









PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PLC S7-1500 DAN APLIKASI IOT NODE-RED BAGI PELAJAR MJII

1. Tarikh: 4 December 2025 (Khamis)

2. Anjuran: DKC

3. Tempat: PLC LAB 1

4. Penglibatan: Pelajar SEM 5 & SEM 6 DKC

5. Sinopsis:

Program ini berjaya dilaksanakan dengan penyertaan para pelajar Semester 5 dan Semester 6 DKC yang hadir untuk mengukuhkan kemahiran automasi industri. Sepanjang sesi sehari, peserta didedahkan kepada pembangunan logik kawalan menggunakan PLC S7-1500, latihan amali projek mini, serta integrasi sistem automasi dengan platform Node-RED untuk membina dashboard pemantauan masa nyata. Para peserta menunjukkan komitmen tinggi, berjaya menyiapkan tugasan hands-on, dan memahami aplikasi sebenar teknologi automasi moden dalam industri. Suasana latihan berjalan lancar, interaktif dan produktif membuktikan keberkesanan modul, fasilitator serta sokongan peralatan makmal. Program ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi peserta dalam teknologi PLC dan IoT, tetapi turut membuka ruang kepada penggunaan data masa nyata untuk meningkatkan efisiensi operasi industri. Program ini berjaya mencapai objektifnya dengan sokongan Pihak Pengurusan MJII dalam meyokong program DEEP+ serta menerima maklum balas positif daripada semua peserta.

by sensei Achnas

Friday, December 12, 2025

Siemen EDA Competency Examination Course

 






Siemen EDA Competency Examination Course 


Tarikh/Hari : 3 Disember 2025 

Tempat : Makmal IC Design,MJII

Penglibatan : 28 orang pelajar semester 3 Program Mikroelektronik

 

Peperiksaan kompetensi dalam penggunaan perisian Siemen EDA ini melibatkan semua pelajar semester 3 program Mikroelektronik. Perisian Siemen EDA ini merupakan salah satu Electronic Design Automation (EDA) tools yang digunakan oleh industri dalam merekabentuk Integrated Circuit (IC). Peperiksaan ini dikendalikan oleh En. Mohamad Hazeeq dari Emerald System.  


Seramai 27 orang pelajar telah berjaya lulus dari 28 pelajar yang menduduki peperiksaan ini.  Pelajar yang lulus telah menerima sijil kompetensi bagi perisian Siemen EDA. Semoga dengan penilaian dan kejayaan ini menjadi nilai tambah buat pelajar DKM. Tahniah buat yang berjaya.

by sensei Haida

Tuesday, December 9, 2025

World Skill Asia 20205... Taipei... Majlis Anugerah Wira

 



Isnin, 8 Disember 2025... ada majlis meraikan Pemenang World Skill Asia 2025 Taipei di Bangi Avenue.

Pelajar Menduduki Ujian JLPT N4 & N5... Disember 2025

 





1. Nama aktiviti:  Pelajar Menduduki Ujian JLPT N4 & N5

2. Tarikh: 7 Disember 2025 (Ahad)

3. Anjuran : JK Pembudayaan Jepun & Unit Bahasa Jepun

4. Tempat: Confucian Private School, KL

5. Penglibatan:  Pelajar MJII 

6. Sinopsis: 

Seramai 67 pelajar telah menduduki peperiksaan JLPT N5 kertas Disember 2025 bertempat di Kuala Lumpur. Rombongan pelajar adalah diiringi oleh Najwan  sensei. Diharapkan semoga pelajar MJII beroleh kejayaan dalam peperiksaan JLPT N5.

by Hana sensei

Monday, December 8, 2025

Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Muslim dan Multaqa Huffaz TVETMARA 2025

 






Aktiviti : Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Muslim dan Multaqa Huffaz TVETMARA 2025

Tarikh : 5 Disember - 8 Disember 2025

Tempat : Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading


Telah berlangsung Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Muslim dan Multaqa Huffaz TVETMARA 2025, anjuran Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA dengan penyelarasan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading serta kerjasama YADIM di KKTM Sri Gading. Seramai 6 orang pelajar MJII terlibat dari 200 orang pelajar TVETMARA dari seluruh IPMa. 


Program ini bertujuan memperkasa pembudayaan Islami dalam kalangan pelajar TVETMARA melalui pengukuhan aspek kepimpinan, sahsiah, adab, akhlak dan nilai murni yang diterapkan melalui bimbingan dan aktiviti berstruktur. Inisiatif ini turut memperkukuh elemen RISE bagi melahirkan generasi TVETMARA yang berilmu, berdaya saing dan berkarakter unggul.


Antara pengisian lain dalam program ini termasuk penyampaian Anugerah Ikon Huffaz Profesional, Ikon Kepimpinan Muslim, Institusi TVET Tahfiz Cemerlang, serta Ikon Dakwah. Untuk makluman, Ikon Dakwah disampaikan oleh Saudara Ahmad Muhaimin dari kelas Fushigi.

by Ustaz Azim