1. Nama Program: Minggu Aktiviti Pelajar Sesi Jan-Jun 2025
2. Tarikh : 24-28 Februari 2025
3. Tempat: Mara-Japan Industrial Institute (MJII)
4. Sinopsis/keterangan: Minggu aktiviti pelajar telah dilaksanakan pada 24-28 Februari 2025 dengan penglibatan dan penyertaan daripada semua pelajar dengan kerjasama MPP, JK CSR, Unit Kaunseling, Kelab Jepun, Rakan Musolla dan lain-lain bertempat di sekitar kawasan di MJII. Pelbagai aktiviti dan program dilaksanakan dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelajar antaranya pertandingan Badminton Match, Derma Darah, Dodgeball, Explorace, Ekspo MJII Club, Galau Night, Iron Chef, ceramah Literasi Kewangan, Ceramah Kenegaraan Malaysia Madani, pertandingan silat dan penglibatan gerai-gerai jualan pelajar dan banyak lagi. Program-program yang dijalankan bukan sahaja memberi impak positif kepada pelajar bahkan mencungkil bakat dan keupayaan bahkan potensi sebenar dalam diri pelajar.Minggu Aktiviti Pelajar bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi manfaat besar kepada perkembangan diri pelajar. Ia membantu mereka mengimbangi kehidupan akademik dan aktiviti luar bilik darjah, serta memperkukuh hubungan antara pelajar, guru, dan masyarakat. Penutup Minggu Aktiviti Pelajar diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah oleh Pengarah MJII Ts. Dr. Hj Mahazani bin Ali dan juara keseluruhan Minggu Aktiviti Pelajar adalah milik Jabatan DKM.
by Kaunselor Yati