Wednesday, September 2, 2026

DKR Industrial Talk Series 3/2026

 









1. Nama Program: DKR Industrial Talk Series 3/2026

2. Tarikh: 21 Ogos 2026 (Jumaat)

3. Penceramah: En. Amirul Asyraf bin Abd Majid, Senior Equipment Development Engineer dari Sandisk Storage Malaysia Sdn. Bhd

4. Penglibatan:  Semua pelajar semester 1-5 DKR

5. Anjuran : Jabatan Data Transmission & Network (DKR)

6. Sinopsis / Keterangan Aktiviti :


Program ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR) mengenai realiti, cabaran dan peluang dalam dunia industri, khususnya dalam bidang kejuruteraan. Perkongsian daripada penceramah yang mempunyai pengalaman dalam industri telah memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelajar berkaitan peranan seorang jurutera, perkembangan kerjaya serta kepentingan membina kemahiran dan sikap profesional sebelum melangkah ke alam pekerjaan.


Sepanjang sesi, penceramah turut berkongsi pengalaman dan pandangan berkaitan perjalanan kerjaya serta memberikan inspirasi kepada pelajar untuk menetapkan matlamat yang lebih besar dan berani mengambil langkah untuk mencapainya. Tema “Dream Big. Start Small. Important Is To Start.” menjadi salah satu mesej utama program yang menekankan kepentingan memulakan sesuatu usaha secara berperingkat, konsisten dan tidak takut untuk mencuba.


Program ini telah memberikan manfaat kepada para pelajar melalui perkongsian ilmu, pengalaman industri dan motivasi secara langsung daripada seorang profesional. Sesi interaksi dan perkongsian turut membantu pelajar memahami dengan lebih baik hubungan antara pembelajaran akademik di institusi dengan keperluan sebenar di alam pekerjaan. Secara keseluruhannya, DKR Industrial Talk 3.0 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam memperkukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dan pihak industri serta meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan motivasi pelajar DKR terhadap pembangunan kerjaya dalam bidang kejuruteraan.

by Sensei Hajar Raman

No comments:

Post a Comment