Blog ini adalah untuk memaparkan aktiviti warga MARA Japan Industrial Institute yang dulu dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang. MJII menempatkan Program Diploma Elektronik, Japan Associate Degree Program dan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA
Wednesday, May 31, 2023
Sayounara Senpai 2023
1. Nama Aktiviti : Sayounara Senpai 2023
2. Tarikh : 26 Mei 2023 (Jumaat)
3. Masa : 8.45 malam
4. Tempat : Dewan Hyogo, MJII
Terima kasih senpai semester 5 diatas kerjasama dan penglibatan dalam pelbagai aktiviti sepanjang di MJII sehingga tercipta kejayaan. Selamat menjalani Latihan Industri dan semoga sukses dan cemerlang dimasa akan datang.
'Pesanan Buat Senpai'
Dari sini kami titipkan doa
Agar kalian semua terus maju dan jaya
Menjadi manusia yang mulia
Bermanfaat bagi sesamanya
Ke mana pun kalian pergi
Selalulah menjaga diri
Akhlak mulia senantiasa menghiasi
Patuh dan taat pada suruhan Ilahi
Jasa sensei jangan dilupakan
Silaturrahim jangan diputuskan
Semoga cerah masa hadapan
Itu lah doa dari kami untuk kalian semua
Sayounara Senpai
Tphea
by Pn. Hidayah Library
Perbincangan antara MJII dan University of South Australia UniSA
1. Nama Aktiviti : Perbincangan antara MJII dan University of South Australia
2. Tarikh : 29 Mei 2023 (Isnin)
3. Masa : 10.00 pagi
4. Tempat : Bilik Mesyuarat Nara, MJII
5. Synopsis/keterangan ringkas:
Satu sesi perbincangan telah diadakan antara pihak MJII dengan wakil daripada University of South Australia (UniSA) iaitu Mr. Jackson Jaensch, Manager, International Business Development UniSA STEM dan Ms. Melanie Pan, Manager E&M Education Counselling Centre. Perbincangan merangkumi sesi pengenalan tentang MJII dan UniSA di samping membincangkan tentang peluang pelajar untuk perolehi 'transfer credit' sekiranya pelajar MJII melanjutkan pengajian ke UniSA dan peluang untuk bekerjasama. Mr. Jackson dan Ms. Melanie juga dibawa melawat Robotic Lab dan Cleanroom untuk melihat kemudahan pembelajaran di MJII.
by Kaunselor Hani
Tuesday, May 30, 2023
Pertandingan WSMB 2023 peringkat pra kelayakan.
Saturday, May 27, 2023
Pertandingan Pra Kelayakan Worlskill Belia 2023
Tuesday, May 23, 2023
Program Hari MARA Bersama Rakyat dan Jelajah Pendidikan Luar Bandar
1. Nama Aktiviti : Program Hari MARA Bersama Rakyat dan Jelajah Pendidikan Luar Bandar
2. Tarikh : 19 – 21 Mei 2023
3. Masa : 9.00 Pagi – 4.00 petang
4. Penganjur : Pejabat MARA Negeri Selangor
5. Tempat : UTC Selangor@Anggerik Mall, Shah Alam
6. Synopsis/keterangan ringkas:
Program ini merupakan saluran informasi yang dibawakan terus kepada rakyat berkaitan fungsi MARA di bawah Sektor Keusahawanan, Pendidikan dan Pelaburan. Program yang dihadiri oleh Pengerusi MARA Ybhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki adalah program MARA bersama rakyat dan jelajah pendidikan sehingga ke peringkat akar umbi yang mensasarkan pelajar lepasan SPM dan STPM.
Pihak MARA mengambil inisiatif untuk menyalurkan maklumat dan menawarkan peluang pendidikan lanjutan kepada pelajar di semua peringkat lanjutan atau ingin mempelbagaikan bidang kemahiran.
MARA Japan Industrial Institute, MJII Beranang telah turut serta dalam program ini dengan membuka booth pameran bagi memperkenalkan TVET MARA dan mempromosikan program yang ditawarkan di MJII Beranang serta menyalurkan maklumat mengenai peluang pendidikan yang ditawarkan kepada pengunjung antaranya para pelajar sekolah, guru dan ibu bapa yang hadir.
Bagi pelajar yang berminat meneruskan pengajian ke MJII Beranang yang merupakan pusat pengajian TVET MARA dalam bidang kejuruteraan elektronik yang telah melahirkan ramai pelajar cemerlang boleh mendaftar segera di https://apponline.mara.gov.my/Spupim_1/ dan https://bit.ly/BorangKemasukanMJII.
#mjiiberanang
#tvetmara
#buildingtalentgeneratingfuture
#JomMasukKKTMMJIIIKM
by Nazmi sensei
Thursday, May 18, 2023
Program CSR Jabatan Data Transmisi Data dan Rangkaian - Explorace STEM
1. Program : Program CSR Jabatan Data Transmisi Data dan Rangkaian - Explorace STEM
2. Tarikh : 17 Mei 2023 (Rabu)
3. Masa : 8.00 pagi – 1.30 petang
4. Penganjur : Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR)
5. Tempat : Sekolah Kebangsaan Kampung Rinching
6. Peserta : 50 orang pelajar darjah 4 SK Kampung Rinching
7. Sinopsis/Keterangan Ringkas :
Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian dalam usaha untuk menarik minat pelajar-pelajar sekolah kebangsaan terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. Program ini dibantu oleh 18 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar semester 2 (kelas Daikin) dari Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian. Antara aktiviti STEM yang dilaksanakan ialah Magic Ballon, Puzzle Sifir, Cup Stack Challenge, Cargo Plane Challange, Oobleck Experiment dan Congak Minda. Majlis penutup dan penyampaian hadiah dimeriahkan lagi dengan kehadiran En Mohd Faizal bin Abd Aziz (Guru Besar, Sk Kampung Rinching), Pn Suhana binti Rashid (Ketua Jabatan, Transmisi Data dan Rangkaian) serta guru-guru SK Kampung Rinching dan pensyarah-pensyarah jabatan Transmisi Data dan Rangkaian. Diharap program ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan selain daripada memupuk minat para peserta terhadap Sains dan Matematik.
by Hajar sensei
Majlis Sambutan Aidilfitri MJII 2023
1. Nama aktiviti: Majlis Sambutan Aidilfitri MJII 2023
2. Tarikh: 12 Mei 2023
3. Masa : 2.30 ptg
4. Penganjur: Badan Kebajikan Kakitangan MJII & Majlis Perwakilan Pelajar MJII
5. Tempat: Dewan Hyogo, MJII
6. Synopsis/keterangan ringkas:
Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat MJII telah diadakan melibatkan Kakitangan dan Pelajar MJII, serta kakitangan kontraktor kawalan keselamatan dan kontraktor pembersihan MJII.
Tema sambutan hari raya pada tahun ini ialah #ootd. Majlis dimeriahkan dengan pertandingan Dekorasi Booth Tercantik yang dimenangi oleh Unit Pentadbiran MJII.
Disamping menu utama iaitu nasi hujan panas oleh Haji Chief, setiap jabatan dan unit, termasuk Surau Riyadus Solihin dan Koperasi turut bersama-sama memeriahkan suasana dengan menyediakan juadah, seperti lemang dan rendang, laksa, sate, cendol, roti jala dan pelbagai kuih muih serta biskut raya.
Majlis dimulai dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, Puan Aznira yang sedang menjalankan tugas pengarah MJII disususli dengan sesi persembahan daripada pelajar-pelajar MJII dan satu persembahan istimewa daripada kakitangan MJII. Majlis tamat pada jam 5.00 petang.
by Fatma sensei