Monday, August 21, 2023

Bengkel Jawatankuasa Penasihat Akademik MARA-Japan Industrial Institute Beranang 2023

 







1. Nama aktiviti : Bengkel Jawatankuasa Penasihat Akademik MARA-Japan Industrial Institute Beranang 2023

2. Tarikh:  1 - 3 Ogos 2023 

3. Masa : 8.30 pagi – 10.30 malam 

4. Anjuran : MJII

5. Tempat: RHR Hotel Kajang

6. Synopsis/keterangan ringkas:  

Bengkel Jawatankuasa Penasihat Akademik MARA (JKPAM) telah diadakan selama 3 hari bertujuan memantau, menilai serta membuat kajian semula program pengajian di MJII dimana ia perlu dilaksanakan bagi memastikan kualiti graduan yang tamat mengikuti program pengajian terbabit mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Seramai 12 orang panel telah dilantik sebagai panel akademik dan panel industri bagi menilai semula kurikulum dan mencadangkan kurikulum baru agar bersesuaian dengan perubahan masa dan kehendak pihak industri. Bengkel JKPAM ini juga membantu untuk menerapkan elemen profesionalisme kejuruteraan yang akan memenuhi aspirasi negara dalam meningkatkan kebolehpasaran di samping menghasilkan tenaga kerja mahir yang berpendapatan tinggi selari dengan Dasar Revolusi Perindustrian ke-4 (4IR) Negara.

bu Nurhafizah Sensei

Wednesday, August 16, 2023

Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2023

 























1. Nama aktiviti: Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2023

2. Tarikh:  15 Ogos 2023 

3. Masa : 8.00 Pg – 5.00 Petang 

4. Penganjur: Majlis Perbandaran Kajang

5. Tempat: Dewan Komuniti Semenyih

6. Synopsis/keterangan ringkas:  

Penilaian awal bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Tahun 2023 dibawah Majlis Perbandaran Kajang. 

Mara-Japan Industrial Institute menyertai 9 projek inovasi bagi saringan pertama AINS 2023, 

terdapat 25 penyertaan dari pelbagai sektor seperti Agensi awam, IPT, Swasta dan Sekolah.

Pertandingan Ains memberi peluang kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang meliputi individu / orang perseorangan / penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam mencetus idea baru yang kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi di Negeri Selangor.

by Fadzly sensei

Tuesday, August 8, 2023

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Penjara Malaysia

 




1. Nama program : Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Penjara Malaysia

2. Tarikh : 5 Ogos 2023

3. Tempat : Muzium Penjara Malaysia, Melaka

4. Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar MJII

5. Sasaran : 36 orang pelajar semester 1 hingga 5

6. Sinopsis : Muzium Penjara Malaysia merupakan bekas penjara Melaka yang diubahsuai menjadi muzium.

Program lawatan ini dirancangkan dan dikendalikan oleh Exco Disiplin dan Keselamatan bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai hukuman dan kehidupan di penjara.

Pelajar juga dapat melihat sendiri ruangan sel penjara yang sempit , tempat hukuman gantung serta cara hukuman sebatan dilakukan.

Program ini dapat memberi peringatan kepada pelajar agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah.

Secara tidak langsung program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar untuk mensyukuri kehidupan yang bebas.

by Asiq sensei

Lawatan Delegasi MPP MJII ke KKTM Lenggong dan UUM

 









1. Nama program: Lawatan Delegasi MPP MJII ke KKTM Lenggong dan UUM

2. Tarikh: 21 - 23 Julai 2023

3. Tempat : KKTM Lenggong dan Universiti Utara Malaysia

4. Anjuran: Majlis Perwakilan Pelajar MJII

5. Sasaran: melibatkan 35 orang pelajar yang terdiri daripada MPP, AJK MPP, AJK Kelab

6. Sinopsis: Program lawatan delegasi bagi tahun 2023 ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan dan fasiliti yang terdapat di institusi lain. Selain daripada itu, MPP bagi setiap institusi dapat berdiskusi dan bertukar pendapat mengenai kaedah pelaksanaan program yang dianjurkan di tempat masing-masing. Mereka juga dapat menjalinkan hubungan kerjasama bagi merancang program pada masa hadapan.

by Asiq sensei

CSR Jabatan DKS - Sempena Karnival STEM SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang

 









1. Nama Program : CSR Jabatan DKS - Sempena Karnival STEM SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang


2. Tarikh : 7 Ogos 2023


3.  Masa : 8:00 pagi – 13.00 petang 


4. Tempat : Bengkel RBT 3, SMK BTK 


5. Anjuran : Jabatan Robotik & Automasi  dan SMK BTK 


6. Sinopsis/Keterangan :


Pihak  SMK BTK telah menjemput Jabatan Robotik & Automasi mengadakan satu bengkel Asas Robotik kepada 20 orang pelajar mereka bersempena dengan sambutan Minggu STEM.


Seramai 19 orang pelajar Jabatan Robotik telah menyertai CSR ini iaitu 12 orang daripada kelas Pikachu DKS 2A, 3 orang daripada kelas Sugoi DKS 1A dan 4 orang daripada kelas Shinken DKA 1B. Pelaksanaan bengkel ini adalah dikendalikan sepenuhnya oleh kumpulan pelajar-pelajar terbabit.


Peserta-peserta bengkel telah didedahkan cara membuat kenderaan robotik autonomous dengan kawalan Arduino dan Motor Driver.


Kemudian mereka diajar membina kenderaan robot dengan kawalan Arduino, Motor Driver dan PS2 remote controller.


Alhamdulillah, bengkel tersebut telah mendapat maklum balas yang baik daripada pihak peserta dan SMK BTK sendiri.

by Ismail sensei

Monday, August 7, 2023

Bengkel Aplikasi Terapi Warna dalam Pengurusan Stress

 











1. Nama program:  Bengkel Aplikasi Terapi Warna dalam Pengurusan Stress

2. Penceramah : Puan Tengku Noorhidayati bt Tengku Mohamed

3. Tarikh : 4 Ogos 2023

4. Masa : 3. 00 - 5.00 petang

5. Tempat: Bilik Hiroshima, MJII Beranang

6. Penganjur:  Unit Kaunseling dan Bimbingan MJII Beranang dengan kerjasama Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA 

7. Sasaran : melibatkan 13 orang pelajar dari  Pusat Bahasa Jepun MARA - OISCA


Bengkel "Aplikasi Terapi Warna dalam Pengurusan Stress" anjuran Unit Kaunseling dan Bimbingan MJII Beranang dengan kerjasama Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA telah dilaksanakan di Bilik Hiroshima, MJII Beranang.  Program ini melibatkan 13 orang pelajar dari Pusat Bahasa Jepun MARA – OISCA. 


Aktiviti Terapi Warna juga telah dilaksanakan dan perkongsian ilmu cara menangani pengurusan stress di kalangan pelajar. Diharapkan melalui program sebegini,  mampu membantu dan memberi kesedaran kepada individu dan pelajar untuk mengurus stres dengan pendekatan yang sesuai, praktikal dan lebih teraputik di masa akan datang.

by Kaunselor hidayati