Wednesday, November 29, 2023

Kursus Upskilling Program MikroTik RouterOS dan Penilaian Kompetensi MikroTik Certified Security Engineer

 





1. Nama aktiviti: Kursus Upskilling Program MikroTik RouterOS dan Penilaian Kompetensi MikroTik Certified Security Engineer

2. Tarikh: 15-17 November 2023

3. Tempat: MikroTik Academy, MJII

4. Penglibatan:  6orang pensyarah DKR

5. Sinopsis: 6 orang pensyarah MJII telah menduduki Persijilan MTCSE bersama Certified Mikrotik Trainer En Mohammed Khomeini. Tujuan persijilan ini adalah meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pensyarah MJII. Kesemua pensyarah telah berjaya mendapat sijil MTCSE yang diiktiraf oleh MikroTik Latvia dengan markah purata 75%. Tahniah diucapkan.

by Azlin sensei

Monday, November 27, 2023

CSR Program Smart Solat Dan Pertandingan Azan dengan Kerjasama Adab Youth Garage (AYG) Puchong dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Cawangan Petaling Jaya

 





1. Nama program: CSR Program Smart Solat Dan Pertandingan Azan dengan Kerjasama Adab Youth Garage (AYG) Puchong dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Cawangan Petaling Jaya 

2. Tarikh : 18 November 2023 

3. Masa : 7.30 pagi - 5:00 petang 

4. Tempat : Surau Al Falaq, Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor

5. Keterangan Program : Sebagai sebahagian daripada inisiatif  tanggungjawab sosial kepada komuniti, pelajar Semester 1, DKE  telah melaksankan CSR Program Smart Solat dan Pertandingan Azan dengan Kerjasama Adab Youth Garage (AYG) Puchong dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Cawangan Petaling Jaya. Skop jalinan kerjasama adalah AYG dan PEPIAS menyediakan kelengkapan dan modul program serta hadiah untuk pemenang pertandingan. Pelajar MJII bertanggungjawab untuk membantu menjadi fasilitator dan urusetia bagi program ini. Program ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan ilmu fardu ain di kalangan kanak-kanak dan belia di Pangsapuri Enggang khususnya mengenai ibadah solat yang sering dipandang enteng oleh masyarakat masa ini. Melalui program ini, pelajar  MJII dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar dalam aspek komunikasi, kepimpinan dan tanggungjawab sosial.

by sensei Azrinna

Sunday, November 26, 2023

Bengkel Edubit Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang 2023

 








1. Nama Program : Bengkel Edubit Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang 2023

2. Tarikh : 25 November 2023

3. Masa :  9.00am - 500pm

4. Tempat:  Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang, Selangor

5. Penganjur : JK PSH dan Jabatan Measurement & Control

6. Sinopsis/Keterangan: JK PSH dan Jabatan Measurement & Control telah dijemput untuk mengadakan bengkel Edubit di Sekolah. MJII telah menghantar Staf dan Pelajar untuk mengajar edubit kepada pelajar 6 Bestari dan 6 Pintar di Makmal ICT sekolah. Pelajar di dedahkan ilmu pseudokod, carta alir dan jenis-jenis sistem kawalan. Pelajar juga di ajar bagaimana untuk memprogram edubit dan serta aktiviti bermain sambil belajar di terapkan dalam bengkel ini. Diharapkan bengkel ini mempromosikan MJII sebagai TVET pilihan pelajar.

" MJII tempat Staf menabur bakti, Tempat Pelajar menimba ilmu"

by Azrul Sensei

Saturday, November 25, 2023

Pameran Robosoccer Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Sekolah Tahun 2023

 











1. Nama Program : Pameran Robosoccer Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Sekolah Tahun 2023

2. Tarikh : 24 November 2023

3. Masa :  9.00am - 12.00pm

4. Tempat:  Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang, Selangor

5. Sinopsis/keterangan:  Pihak SRAIPB telah mengundang CSR MJII untuk membuat pameran robosoccer di sekolah, MJII telah menghantar staf dan pelajar bagi menjayakan hari kanak-kanak sedunia peringkat sekolah. Pameran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mencuba mengawal robosoccer dan menimbulkan minat murid-murid menceburi bidang teknologi elektronik serta mempromosi MJII sebagai institusi pendidikan TVET.

by Azrul sensei

Thursday, November 23, 2023

Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri & Anugerah Tokoh Mahir 2023

 





1. Nama Program : Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri & Anugerah Tokoh Mahir 2023

2. Tarikh : 23 November 2023

3. Masa :  9.00am - 12.00pm

4. Tempat:  Shah Alam Convention Centre (SACC) Shah Alam

5. Sinopsis/keterangan:  

Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri & Anugerah Tokoh Mahir 2023 yang disempurnakan oleh YAB DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM, PERDANA MENTERI MALAYSIA ini merupakan wadah pengiktirafan kerajaan bagi mengiktiraf individu yang cemerlang dalam pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa iaitu pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB), WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP), Junior Skills Malaysia (JSM) bagi tahun 2023.


2 orang pelajar MARA-Japan Industrial Institute (MJII) yang turut diraikan diatas kemenangan di pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2023 bidang electronics adalah :


1. MUHAMMAD ARIFF BIN MAHZAN - PINGAT PERAK

2. AMIRUL SHARIF BIN SHARIFUDIN - PINGAT GANGSA


Tahniah diucapkan diatas kejayaan yang diperolehi.

by Yusoff sensei

Minggu Kerjaya & Aktiviti JD 2023

 




















1. Nama Program: Minggu Kerjaya & Aktiviti 2023

2. Tarikh :  14-16 November 2023

3. Tempat: Mara-Japan Industrial Institute (MJII)

4. Sinopsis/keterangan:  Pada 14-16 November 2023, Minggu Kerjaya & Aktiviti bagi sesi Jul-Dis 2023 dengan kerjasama JK KPG & Kerjaya, JK Promosi & Pameran, JK HIPP, JK CSR, JK Teknologi Hijau, JK Sukan, JK IBU, MPP, Kelab Kebudayaan Jepun kelab-kelab lain di Mjii telah dijalankan dengan penglibatan semua pelajar dan komuniti sekitar MJII. Pelbagai aktiviti dan program direncanakan antaranya Bengkel Pembuatan Rak Tanaman & Bengkel Pembuatan Sabun daripada Minyak Masak Terpakai,  Hiragana/Katakana  Interactive Chart Design Competition, Japanese  Working Culture Talk, Darumsan Game, MJII Open day & Taklimat- taklimat daripada pelbagai Institut Pendidikan Tinggi, Gerai-gerai jualan pelajar dan banyak lagi. Selain itu, bagi menyokong budaya sihat dikalangan pelajar dan staff MJII, Senamrobik, Pertandingan Bola Sepak Penalti, Jaringan Bola Jaring dikawasan D dan Petanque Tournament turut  dijalankan. Program-program yang dijalankan bukan sahaja memberi impak positif kepada pelajar bahkan mencungkil bakat dan potensi pelajar. Penutup Minggu Kerjaya & Aktiviti diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah pada hari terakhir program


#MJIIOpenday

#FitMalaysia

#HSN2023

by Sensei Khairunisa

Saturday, November 18, 2023

MJII Innovation Project Expo (MIPE) 2/2023 - JD 2023

 









1. Nama program: MJII Innovation Project Expo (MIPE) 2/2023

2. Tarikh : 1 November 2023 (Rabu)

3. Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang

4. Tempat : Dewan Hyogo

5. Penganjur : JK Penerbitan & JKPTA dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

6. Keterangan Program:


MJII Innovation Project Expo (MIPE) merupakan satu pertandingan inovasi yang menekankan FYP-Based Innovation Competition yang menyasarkan penyertaan daripada pelajar-pelajar Semester 5 . MIPE siri 2 bagi tahun 2023 telah diadakan pada 1 November lalu dan telah memperkenalkan 30 projek yang kreatif dan menarik. MIPE juga merupakan satu platform bagi pelajar mempamerkan serta memperkenalkan ciptaan inovasi atau idea-idea baharu kepada umum. 


Terdapat 15 projek yang memenangi pingat Emas, Perak dan Gangsa. Selain itu terdapat 3 projek yang memenangi 3 anugerah utama iaitu:


Best Innovation Award :

Muhammad Hazeem bin Mohd Nazri: RA2319- PRICE INDICATOR FRID TROLLEY USING ARDUINO MEGA 2560 PRO MINI WITH LCD

Best Video Award:

Khuzair Al-Hakim bin Abdullah: MA2313- BOOKING SYSTEM FOR LIBRARY’S ROOM FACILITIES USING ESP8266 VIA PHP AND MYSQL WITH RFID KEY

Director’s Choice Award:

Mohamad Naqiuddin bin Yusrizan: EA2304- FLASH FLOOD MONITOR AND ALERT SYSTEM USING ESP32 CAM WITH WIFI BUILD IN AND WATERPROOF ULTRASONIC SENSOR


Terdapat 3 panel industri luar dan 3 panel dalaman IPMa yang dilantik khas mengadili pertandingan ini. Program ini mendapat respon yang positif daripada pengadil dan disarankan ianya perlu diteruskan. Semoga MIPE dapat memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar sekaligus memberikan pengiktirafan dan pendedahan kepada para pelajar untuk menyertai pertandingan inovasi yang lebih tinggi.

by Juliana sensei