Thursday, April 27, 2023

Jom Infaq Ramadhan, Meraikan Lebaran 2023

 







1. Program : Jom Infaq Ramadhan, Meraikan Lebaran 2023

2. Tarikh : 18 April 2023 

3. Masa : 10:00 pagi 5:00 ptg

4. Penganjur : Badan Kebajikan Kakitangan MJII (BKK) dengan kerjasama Jawatankuasa CSR MJII

5. Tempat : Surau Riyadussolihin & Sekitar Beranang

6. Peserta : Pelajar & Staf

7. Sinopsis/Keterangan : Sempena Bulan Ramadhan, Badan Kebajikan Kakitangan dan CSR MJII telah mengumpul hasil sumbangan dari staff dan pelajar MJII untuk di agihkan kepada pelajar MJII yatim/piatu, rumah kebajikan orang orang tua, rumah anak yatim piatu dan balu di sekitar beranang. Diharapkan sumbangan diberikan dapat memberi sinar harapan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri

by Azrul sensei

Tuesday, April 25, 2023

Iftar Jamai'e MJII 2023

 










1. Program : Iftar Jamai'e MJII 2023

2. Tarikh : 12 April 2023 /21 Ramadhan 1444H

3. Masa : 6.00 petang - 10.00 malam

4. Penganjur : Badan Kebajikan Kakitangan (BKK) dengan kerjasama Jawatankuasa Rakan Musolla

5. Tempat : Surau Riyadussolihin & Dewan Hyogo

6. Peserta : Pelajar & Staf

7. Sinopsis/Keterangan : 

Bulan Ramadhan adalah anugerah dari Allah swt untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan. Justeru itu, Badan Kebajikan Kakitangan (BKK) MJII mengambil inisiatif mengadakan Iftar Jamai'e 2023. Program Iftar Jamai'e ini adalah program berbuka puasa gabungan antara staf dan pelajar MJII. Program ini  bertujuan merapatkan silaturrahim sesama staf bersama keluarga, dan pelajar MJII. Disamping memanfaatkan bulan Ramadhan dengan menghidupkan malamnya dengan solat sunat terawih.

by Puan Aznira TPHEA

Friday, April 14, 2023

World#QuranHour 2023

 





















1. Program : World#QuranHour 2023

2. Tarikh : 13 April 2023 /22 Ramadhan 1444

3. Masa : 12.00-1.00 tengahari

4. Penganjur : Pengurusan MJII dengan kerjasama Rakan Musolla

5. Tempat : Surau Riyadussolihin

6. Peserta : Pelajar & Staf

7. Sinopsis/Keterangan : Program anjuran Kumpulan Media Karangkraf & Rumah Ngaji serta disokong Badan Ugama & Kebajikan MARA. MJII turut serta bersama menyertai prog ini yang bertujuan memertabatkan al-Quran agar ianya dibaca, difahami dan diamalkan sehingga al-Quran menjadi manual kehidupan dan melahirkan karektor Muslim sejati. Bagi mencapai misi masuk syurga bersama sekeluarga. Dapat membina karakter dalam diri seseorang untuk menjadi insan berkebajikan (al-Abrar).

by Ustaz Dr. Khairol Asyraf

Kursus PSH - Physics Around You Dan Rektifikasi Tingkatan 4 Dan 5 Tahun 2023 Dalam Program ‘Career Hunt’ Pakej Pemilihan Stem

 












1.Nama aktiviti: 

Kursus PSH - Physics Around You Dan Rektifikasi Tingkatan 4 Dan 5 Tahun 2023 Dalam Program ‘Career Hunt’ Pakej Pemilihan Stem 


2.Tarikh: 05 April 2023

3.Masa: 8.30pg hingga 10.10pg

4.Tempat: SMK Khir Johari

5.Penganjur: Jabatan Mikroelektronik (DKM),MJII dengan Kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Khir Johari

6.Peserta: 42 orang

7.Sinopsis:

Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Mikroelektronik MJII dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Khir Johari bagi memberi kursus berkenaan Physics Around You dan Rektifikasi Tingkatan 4 dan 5 serta tatacara penggunaan kit pembelajaran rektifikasi untuk topik semikonduktor diod bagi subjek Fizik Tingkatan 5. Kit pembelajaran Rektifikasi ini dibina sepenuhnya oleh Puan Shafini Binti Abdul Bar dan Jabatan Mikroelektronik MJII sebagai alat bantuan mengajar untuk pelajar-pelajar memahami konsep diod rektifikasi di dalam aplikasi elektronik. Kursus ini dijalankan secara bersemuka yang melibatkan 41 orang pelajar dan 1 orang guru dari SMK Khir Johari. Penerangan secara teori disampaikan oleh sensei Norhafizan Binti Mohd Hanib dan praktikal tatacara penggunaan kit pembelajaran rektifikasi di laksanakan oleh 3 orang pensyarah dari jabatan Mikroelektronik (DKM) serta dibantu oleh 10 orang pelajar dari kelas Keisei dan 2 orang dari kelas Tobu. Topik-topik yang telah diajar merangkumi pengenalan kepada litar asas semikonduktor diod, rektifikasi gelombang separuh dan rektifikasi gelombang penuh beserta fungsi kapasitor di dalam litar. Kit pembelajaran rektifikasi ini juga membantu para pelajar mengenal simbol, polariti komponen dan cara pemasangan daripada litar ke peralatan “oscilloscope” dan “function generator” untuk mendapat gelombang keluaran serta memahami konsep dan aplikasi semikonduktor diod semasa voltan arus terus dan voltan ulang-alik. Di harap kursus ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam memahami konsep diod serta fungsinya. Semoga kursus yang diberikan di SMK Khir Johari ini dapat meningkatkan kecemerlangan para pelajar di dalam SPM.

by Sharfini sensei

Wednesday, April 12, 2023

Innovation, Invention & Entrepreneurship Carnival (IIEC) 2023

 







1. Nama aktiviti: Innovation, Invention & Entrepreneurship Carnival (IIEC) 2023

2. Tarikh:  12 April 2023

3. Masa : 10 pagi

4. Penganjur: Kolej MARA Kuala Nerang, KMKN

5. Tempat: Penstriman secara langsung di youtube rasmi KMKN (Official KMKN By BPMK)

6. Synopsis/keterangan ringkas:  MJII menghantar 2 penyertaan Pertandingan Innovation, Invention & Entrepreneurship Carnival (IIEC) 2023 bagi mengekalkan momentum Inovasi di kalangan pelajar & penyarah di MJII. Pelbagai institusi pendidikan dan sekolah dalam negeri yang menyertainya antaranya, Kolej MARA, Kolej Profesional MARA, IPMA ,Kolej Vokasional (KV), Kolej Poly-Tech MARA dan juga sekolah-sekolah.


Kategori yang disertai adalah seperti berikut;

1.  Innovation Project (Product) - Judging is based on YouTube presentation.


Keputusan keseluruhan adalah seperti berikut ; 


*IIEC GOLD AWARD - 

IOT BABY LIFE-SAVING CAR SEAT ALARM SYSTEM WITH GPS TRACKER USING NODE MCU ESP8266*

Team Members:

Muhamad Yusuf Bin Zulkefly (SV)

Mohd Amyrul Bin Ardin 

Muhammad Afiq Danial Bin Sa’arum 

Irtiya Hana Binti Nazirman 

Nur Khalisah NabilaH Binti Zulbaidi


*IIEC SILVER AWARD - 

AUTOMATED CONTROL BARRIER FOR IN/OUT CUSTOMER COUNTER WITH ADJUSTABLE LIMITATION WITH MIT APP INTERFACE USING ESP32*

Team Members:

Muhamad Yusuf Bin Zulkefly (SV)

Irtiya Hana Binti Nazirman 

Nur Khalisah NabilaH Binti Zulbaidi


Tahniah diucapkan kepada pensyarah & pelajar yang terlibat.

by fadzly sensei