DARI MAKMAL TVETMARA MJII KE PENTAS INOVASI ANTARABANGSA!
📅 September 2026
📍 Microcontroller Lab 2, TVETMARA-MJII
🎯 3rd Artificial Intelligence & Internet of Things International Innovation Expo 2026 (AIoTIE 2026)
TVETMARA MJII terus memperkukuh peranan dalam membimbing dan mencorakkan generasi muda berasaskan teknologi apabila seorang pengajar daripada Jabatan Sistem Terbenam, Ir. Zaid bin Yaakob, diberi kepercayaan sebagai jurulatih bagi membimbing lima orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik (SMKBTK) menyertai 3rd Artificial Intelligence & Internet of Things International Innovation Expo 2026 (AIoTIE 2026).
Program bimbingan yang berlangsung di Microcontroller Lab 2, TVETMARA-MJII ini memberi peluang kepada para pelajar mendapatkan pendedahan secara langsung dalam pembangunan idea, teknologi Artificial Intelligence (AI) dan Internet of Things (IoT) serta penyediaan bahan pertandingan inovasi.
🌏 AIoTIE 2026 merupakan platform inovasi antarabangsa yang menghimpunkan projek-projek berteraskan AI dan IoT, merangkumi produk inovatif, idea kreatif serta penyelesaian teknologi. Pertandingan ini turut menyaksikan penyertaan 171 projek daripada 38 institusi dari 3 buah negara.
Pertandingan dilaksanakan secara dalam talian melalui poster digital dan video pembentangan, yang dinilai oleh panel juri. Penyertaan turut melibatkan pelbagai institusi pendidikan termasuk universiti, penyelidik dan institusi TVET.
🏆 Hasilnya, kelima-lima pelajar SMKBTK berjaya memperoleh Sijil Inovasi di peringkat antarabangsa!
Pencapaian ini bukan sahaja menjadi satu pengalaman berharga buat para pelajar, malah boleh dimanfaatkan sebagai pencapaian kokurikulum melalui PAJSK.
✨ Daripada pembelajaran di sekolah, dibimbing di makmal MJII, seterusnya melangkah ke pentas inovasi antarabangsa.
Inilah antara usaha TVETMARA MJII dalam berkongsi kepakaran, membina bakat muda dan memperluaskan ekosistem inovasi AI & IoT bersama institusi pendidikan.
by sensei Rahman





