Alhamdulillah, satu berita yang amat menggembirakan dan membanggakan! ❤️
Enam orang bekas pelajar dari MJII telah berjaya menamatkan peperiksaan Bahasa Jerman dan kini sedang melangkah ke fasa seterusnya dalam perjalanan akademik mereka.
Mereka bakal menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Jerman dan akan berpindah ke Fachhochschule Schmalkalden bagi meneruskan pengajian pada Winter Semester yang akan datang.
Antara pelajar yang terlibat ialah:
🇲🇾 Azamuddin Bin Zanatunnajib – DKC-Shikoku
🇲🇾 Muhammad Alif Syahmi Bin Zainal Abidin – DKM-Tohoku
🇲🇾 Syed Muhammad Bin Syed Burhanuddin Zulkarnain – DKE-Kansa
🇲🇾 Asri Bin Hilmy – DKM-Tobu
🇲🇾 Muhammad Nur Harith Bin Abd Aziz – DKS-Nankai
🇲🇾 Ahmad Afnan Husaini Bin Ayob – DKS-Nankai
Perjalanan mereka bukanlah sesuatu yang mudah. Hampir 9 bulan berada di Leipzig, Jerman, mereka kini bersedia untuk meneruskan perjuangan di tempat yang baharu.
Sebagai seorang pendidik, melihat anak-anak didik melangkah jauh untuk mengejar impian merupakan satu perasaan yang sukar digambarkan. 🥹❤️
Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi dan pembakar semangat kepada adik-adik kohai di TVET MARA, khususnya warga TVETMARA MJII, untuk terus berusaha, berani melangkah keluar dari zon selesa dan mengejar peluang pendidikan hingga ke peringkat antarabangsa.
Tiada yang mustahil jika disertai dengan usaha, kesungguhan dan keberanian untuk mengejar impian. Mungkin suatu hari nanti, giliran anda pula untuk mengharumkan nama MJII dan Malaysia di persada dunia!
Tahniah dan selamat maju jaya buat kalian semua! Teruskan melangkah, teruskan berusaha dan buktikan bahawa anak Malaysia juga mampu mencipta kejayaan di persada antarabangsa. 🇲🇾✨Semoga segala urusan pengajian kalian dipermudahkan. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan kalian! 🤲
by sensei Mutalib


.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment