Thursday, September 10, 2026

From Classroom to Industry: Preparing Future Electronic Engineers for the Real Interview” bersama PERKESO

 

Nama Program: “From Classroom to Industry: Preparing Future Electronic Engineers for the Real Interview” bersama PERKESO

Tarikh : 8/9/2026 (9.30 am)

Penglibatan : 3 orang Pegawai PERKESO Cawangan Selangor dan Unit Bahasa  Inggeris, Jabatan Pengajian Am 

Sinopsis : 

Program Mock Interview Simulation dengan Kerjasama PERKESO dan pihak industri telah dirangka untuk pelajar semester 5 sesi Julai-Disember 2026. Penglibatan golongan profesional ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan pihak yang mempunyai pengalaman dalam dunia pekerjaan yang sebenar. 

Melalui program ini, pelajar dapat mengenalpasti kekuatan diri serta perkara yang perlu diperbaiki, khususnya dari segi komunikasi, keyakinan diri, cara menjawab soalan dan penampilan professional semasa menghadiri temuduga. Pendedahan seperti ini amat berguna sebagai persediaan sebelum mereka menjalani latihan industri dan seterusnya melangkah ke alam pekerjaan.

Selain memberi manfaat kepada pelajar, program ini turut membuka ruang untuk institusi mengeratkan hubungan dan kerjasama dengan PERKESO serta rakan-rakan industri. Kerjasama ini diharapkan dapat mewujudkan hubungan yang berterusan antara institusi pendidikan dan pihak industri dalam usaha bersama melahirkan graduan yang lebih yakin, berketerampilan dan benar-benar bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

bu Teacher Azlah

No comments:

Post a Comment