Tuesday, November 24, 2009

MJII...Pelarasan Buku Panduan Pelajar


Pada 17hb November yang lalu, satu mesyuarat Pelarasan Buku Panduan Pelajar telah diadakan di MJII.

Wakil - wakil dari IKM, KKTM dan BPL(K) telah hadir untuk memberikan buah fikiran dalam menggubal buku panduan pelajar tersebut.

Wakil dari IKM Jasin ialah Timbalan Pengarah (HEA) En. Roshidi, Pn. Norsham (KKTM Petaling Jaya), En. Shabudin (KKTM Masjid Tanah),En. Dullah (IKM Lumut), En. Khairul Naim (KKTM Rembau), Pn. Shahrom (BPLK) dan Pn. Nik Rohayati (BPLK).


Manakala dari pihak MJII ialah Tn Haji Fadhil, Tn Haji Nuriman dan Pn. Hajah Siti Noor.

Thursday, November 5, 2009

MJII...Majlis Jamuan C.I.C.


05hb November 2009, Creative and Inovative Club MJII telah mengadakan majlis jamuan akhir sesi julai disember 2009 di Pizza Hut Semenyih.

Majlis bukan sahaja untuk meraikan ahli-ahli CIC sesi ini, tetapi juga untuk menghargai ahli-ahli CIC yang telah menyertai beberapa pertandingan peringkat IKM/KKTM, MARA dan sebagainya.


Hadir bagi pihak pengarah MJII ialah Tn. Hj. Nuriman (TPHEA) dan Pn. Hjh. Siti Noor (TPHEP) disamping penyelaras CIC En. Zaudin bin Saad.

Sijil-sijil penyertaan kejohanan kemahiran, pertandingan inovasi dan rekacipta serta sijil penyertaan Basic Robot Construction Workshop telah disampaikan oleh Tn. Hj. Nuriman.

Diharapkan ahli-ahli CIC selepas ini dapat menumpukan perhatian terhadap peperiksaan akhir yang akan menjelang dalam masa 2 minggu lagi.

Gambate ne...

Monday, November 2, 2009

MJII...Majlis Perkenalan


02hb November 2009, satu majlis berkenal-kenalan dengan tuan pengarah baru MJII, Tuan Haji Mohd fadhil bin Ghazali telah diadakan.

Tuan pengarah mengambil kesempatan ini bukan sahaja untuk berkenal-kenalan dengan kakitangan akademik tetapi juga untuk menyampaikan amanat beliau tentang hala tuju MJII sepanjang tempoh pengurusan beliau nanti.

Beliau turut menganjurkan setiap pensyarah di MJII untuk meningkatkan tahap kreativiti dalam pengajaran masing-masing supaya menceriakan suasanan pembelajaran di MJII ini.

Thursday, October 29, 2009

MJII...Pemantauan


Bermula pada 27hb Oktober hingga 29hb Oktober 2009, satu proses pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran telah dijalankan oleh pihak BPL(K).

Dua orang pemantau berpengalaman telah dihantar ke MJII untuk melaksanakan tugas tersebut.

Pada hari terakhir pemantauan ini, satu pembentangan hasil pemantauan telah diadakan di mana ianya turut disertai oleh Tn. Hj. Mohd Fahdil (Pengarah) dan Tn. Hj. Nuriman (Timbalan Pengarah HEA).

Antara lainnya pemantau telah mencadangkan pihak MJII meningkatkan prestasi di beberapa bahagan seperti kedudukan papan putih yang silau kerana mengadap tingkap, keperluan kepada bilik kuliah yang berhawa dingin, menambah kepelbagaian bahan bantuan pengajaran seperti model dan sebagainya dan lain-lain.



Pada keseluruhannya, hasil pemantauan adalah sangat memuaskan dari segi pengajaran, pembelajaran dan dokumentasi akademik yang lengkap.

Thursday, October 15, 2009

MJII...A New Director


Hari ini, 15hb. Oktober 2009, MJII menerima Pengarah Baru iaitu Tuan Haji Fadhil Bin Ghazali.

Beliau sebelum ini adalah Pengarah di Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak.

Dalam ucaptama beliau ketika Majlis Yassin Mingguan, beliau menyatakan kekagumannya tentang keindahan dan keunikan susun atur bangunan di MJII ini. Beliau berharap agar MJII dapat menjadi sebuah kolej yang terulung satu masa nanti.



Beliau juga berharap, semua warga MJII dapat berfungsi dengan berkesan untuk memberikan hasil yang terbaik kepada MJII.

Beliau seterusnya melawat kawasan sekitar MJII diiringi oleh Tuan Haji Nuriman, Timbalan Pengarah Aademik MJII.

Thursday, September 17, 2009

MJII...Pertandingan Buat Kad Raya



17hb Sept 2009, Aktiviti Minggu Aktiviti hari ini dianjurkan oleh Creative and Inivative Club (CIC).

Pertandinganya ialah Mari Membuat Kad Hari Raya Gergasi dan Deko-deko...iaitu menghias sudut tertentu dengan suasana hari raya.

Kelima-lima kelab telah bertungkus lumus menyiapkan tugasan dan berjaya menyiapkannya pada jam 4.00 petang.

Setiap kelab juga telah melantik 2 orang wakil bagi membentangkan konsep dan kreativiti hasil kerja kelab mereka kepada puan-puan hakim yang dilantik.

InsyaAllah, video-video pelajar-pelajar MJII menyiapkan tugasan ini boleh didapati di youtube dengan pangkal carian...MJII - ???.

esok hali laye...esok hali laye...

Saturday, August 29, 2009

MJII...Aktiviti Ramadhan


MJII menyambut Ramadhan untuk kali yang kedua.

Bulan Ramadhan ini, MJII banyak manganjurkan aktiviti-aktiviti memperbanyakkan ibadah seperti solat terawikh, taddarus dan iftar.


Alhamdulillah ramai warga MJII yang melibatkan diri tanpa mengira Pengarah, pensyarah, kakitangan pentadbiran, pensyarah baru dan pelajar-pelajar sendiri.

Pada 10hb September nanti akan diadakan Iftar Jamaie yang mana satu majlis berbuka puasa bersama-sama Pengarah Kanan Pendidikan, Timbalan Pengarah Pendidikan dan Latihan, Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran)akan dijalankan bertempat di Dewan Besar Hyogo MJII.



Berikut ialah sedikit gambar-gambar kenangan memasak untuk berbuka puasa.

Tuesday, August 25, 2009

MJII...Midterm Exams



Isnin, 24hb Ogos 2009...

Peperiksaan / Ujian 1 bagi beberapa subjek telah bermula...

Walaupun bilangan pelajar telah bertambah, tetapi bilik ujian 1 dan 2 masih boleh menempatkan bilangan yang sedia ada.

Kepada sempai-sempai...dah biasa dah dengan exam. Kohai-kohai pula masih terkial-kial nak biasakan diri dengan peperiksaan di MJII.


Gambate neh...

Thursday, July 16, 2009

MJII...kenduri Encik Ariff Putra



11hb. Julai yang lalu, Pensyarah MJII En. Ariff Putra mengadakan kenduri perkahwinannya di rumah keluarga beliau di Sungai Buluh, Selangor.



Beberapa orang pelajar terpilih MJII telah mengikuti rombongan ke kenduri beliau dengan menaiki van MJII. Deligasi diketuai oleh Sensei Rasaudeen dan Encik Zukri.

Suasana kenduri meriah dan ramai rakan-rakan kakitangan MJII yang hadir seperti sensei Azmin, Rosnani, Zaudin, (Cik)Ustazah, Cik Raudah, Pn. Anis, tak ketinggalan Bos MJII En Shaharudin dan isteri...dan ramai lagi...Pn Rokian, Kakak Asmah, Kakak Siti Aida...ada lagi...



Diharapkan selepas ini akan ada deligasi kunjungan sebegini untuk penganting MJII di Tanjung Karang atau Jengka...sedia menanti...

owarimasu...

Wednesday, June 24, 2009

MJII ni terletak di mana ya..?!!

Konichiwa Minna san...

Minggu hadapan pada hari Isnin atau lebih spesifiknya pada 29 Jun 2009,MJII akan menerima pelajar baru untuk Semester 1 Sesi Jun 2009.

Tenaga kerja MJII tengah memerah tenaga & kudrat membuat persiapan untuk menyambut pelajar-pelajar baru ni. Bila keriuhan dan kemeriahan warga kerja MJII yang tengah sibuk ni memenuhi ruang udara kampus,terubat juga rindu di hati kami ni. Maklumlah, pelajar senior sekarang ni tgh bercuti.... Sunyi aje bila diorang ni takda... Dan kepada tenaga kerja MSR,"Gambate ne" & terima kasih daun keladi.

Kepada individu-individu yang masih tercari-cari & tertanya-tanya dimana terletaknya MJII,bolehlah rujuk map yang disertakan dibawah. Kepada pelajar-pelajar senior pula,kalo dah terlupa MJII ada dimana sbb dah lama tinggalkan kami.... Jangan segan tengok map dibawah ya bila nak naik sem nanti..

Saturday, June 6, 2009

MJII...Japan song...

Today I want to share with you guys a wonderful song from SoulJa - Sotsugyo.

Thank you to my lovely friend from Kobe Gakuin University, Miss Sayako Murakami.

昔遊んだあのブランコ コンビニ前待ち合わせの場所
はじめて告白した人 思い出つまったあのグラウンド
川辺に沿ってくあの道 思い出せば歩いてた毎日
昔暑い日にした水遊び 夏休みの終わりの祭り、花火

君と蒔いた花の種みのり 色褪せないため心に
大事にするmemory 誓い 無くしたくない 離さない
未来のこと これからのこと
何が起こるかわからないけれど
扉の向こうに待つ景色の方へと 歩き出そう
僕たちはこれからどこへ行き そこでは何を見る
今までのこと 今までの顔 忘れずに前を進む

いつの間にか時は流れた 過去の日々はどこへと消えた
短いようで長かった日々が 流れるのが早すぎた
少年時代の夢は無限大 広がる世界に希望がいっぱい
この気持ちneva wanna say "good-bye" My 一生涯忘れたくはない

休むことなく地球はまわる その上で僕たち前進む
それを見る太陽道照らす 夜には月が僕たち励ます
これから会う明日よ 君は僕たちと共にどこへどう
導くだろう 過去よ今まで マジありがとう

僕たちはこれからどこへ行き そこでは何を見る
今までのこと 今までの顔 忘れずに前を進む (x4)

A Japan electronic dictionary will help much to translate the kanjis...then you will the pronounciation of some of the words. Hope you will enjoy it.

Sayako san...arigato...

Friday, June 5, 2009

MJII...mula cuti...

Mulai 8 Jun 2009, pelajar-pelajar akan pulang bercuti. Diharapkan pelajar-pelajar dapat menggunakan tempoh cuti yang panjang ini dengan aktiviti yang berfaedah.

Aktiviti yang dikatakan berfaedah itu seperti :-
a. Kerja part time di kedai repair kereta atau motorsikal.
b. Kerja part time di kedai repair alat-alat elektrik/elektronik
c. Kerja part time di mana-mana tempat yang mengasah bakat kepimpinan, kerja berpasukan dan seumpama denganya.

Kerja part time ini tidak semestinya dibayar gaji...free of charge pun tidak mengapa.
"Ape yang penting???..." - Dapat Pengalaman dan Kemahiran.

"Do things that make you happy, money will follow"-petikan dari internet...

Selamat bercuti...dan jangan lupa lapor diri semula 5 Julai 2009 (kot?)...

Take care...kirim salam sama mak ayah dan anggota rela di kampung awak semua...
Gambar Exam...

Sunday, May 31, 2009

MJII the begins...

A'kum wbt,

Mulai esok, Isnin 1 Jun 2009, secara official KKTM Beranang akan bertukar nama, imej dan segala-galanya kepada MJII iaitu Malaysia Japan Industrial Institute.

Perkara ini adalah selari dengan surat daripada Pengarah Mara, Datuk Nam Bin Marthinin yang menjelaskan perkara tersebut.

Sehubungan dengan itu, semua warga KKTM Beranang akan memulakan proses tranformasi secara drastik demi memastikan kolej ini menjadi kolej yang tersohor dalam masa terdekat ini. InsyaAllah.

Wassalam...wbt...