Showing posts with label perpindahan staff. Show all posts
Showing posts with label perpindahan staff. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

MJII...Perpindahan Staff

23hb Disember 2014, MJII kehilangan 3 orang lagi kakitangannya. Mereka ialah Puan Maznah (Penolong Pegawai Tadbir Kanan) yang akan berpindah ke Pejabat MARA Daerah (PMD) Cheras, Puan Rohana (Pembantu Tadbir Kanan ) akan ke Bahagian Kawalan Kredit (HQ MARA) atas kenaikan pangkat ke PPTK dan Azhar sensei akan berpindah ke Cawangan Pengajian BKT (HQ MARA). Tahniah kepada mereka semua.

Monday, December 1, 2014

MJII...Majlis Perpisahan Encik Zukri

28hb November 2014, MJII kehilangan seorang lagi staffnya yang akan berpindah ke MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin Melaka. Encik Zukri akan mula bertugas di sana mulai 1hb Disember 2014, beliau telah bersama-sama dengan MJII sejak 2008 lagi. Tahniah dan selamat maji jaya.

Saturday, March 29, 2014

MJII...Majlis Perpisahan Staff Encik Yoshimi Ota dan Puan Ruslinda

21hb Mac 2014, MJII telah mengadakan majlis perpisahan untuk dua orang kakitangannya iaitu Encik Yoshimi Ota dan Puan Ruslinda Ruslee. Encik Yoshimi Ota akan pulang ke Jepun setelah berada selama lebih 3 tahun di MJII sebagai penasihat teknikal dan Puan Ruslinda kaan menyambung pelajaran di peringkat Phd di Glasgow Scotland. Minasan Ganbatte kudasai.

Sunday, March 9, 2014

MJII...Majlis Perpisahan Encik Abd Walid dan Puan Syakirah

Jumaat 7 Mac 2014, MJII kehilangan dua orang lagi staffnya iaitu Encik Abd Walid bin Abd Hamid, Timbalan Pengarah (KP HEP) dan Puan Syakirah binti Mohammad Taib (pensyarah). Encik Abd Walid akan berpindah ke tempat baharu iaitu IKM Kuala Lumpur dan Puan Syakirah akan menyambung pelajarannya di peringkat Phd di Brunell University di London. Mina san ganbatte kudasai.

Friday, December 20, 2013

MJII...Majlis Perpisahan Jalil Sensei...

20hb Disember 2013, Jalil Sensei akan berpindah ke KKTM Ledang, Muar Johor dan mula bertugas pada minggu hadapan. Semoga beliau akan lebih berjaya di sana kelak. Segala jasa dan perkihdmatan beliau di MJII selama 4 tahun ini , pihak MJII mengucapkan Arigatou Gozaimashita...

Friday, September 6, 2013

KKTMB...Majlis Perpisahan Azrinna sensei





25hb November 2011, bertempat di surau Riyadusolihin KKTM Beranang, telah berlangsung majlis ringkas sempena perpindahan seorang lagi kakitangan KKTM Beranang iaitu Azrinna sensei dari jabatan Measurement and Control.

Beliau akan bertugas di unit alatan MARA Kuala Lumpur. Kepada beliau, selamat maju jaya.

Thursday, September 5, 2013

MJII...Majlis Perpisahan Ustaz Samad Abdul Hamad

05hb September 2013, MJII sempat mengadakan Majlis Perpisahan untuk Ustaz Samad ketika Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 di Dewan Hyogo. Beliau akan berpindah ke Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur mulai 09hb September 2013. Kepada Ustaz Samad, terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa dan khidmat beliau di MJII sepanjang beliau bertugas di sini.

Wednesday, July 17, 2013

MJII...Majlis Perpisahan Puan Faridah Bte Darus

13hb Julai 2013, Puan Faridah Bte Darus, Ketua Jabatan Pengajian Am akan bertukar ke KKTM Rembau Negeri Sembilan mulai 22hb Julai 2013. Beliau telah berkhidmat di MJII selama genap 3 tahun. Terima kasih atas segala sumbangan dan jasa yang beliau taburkan di MJII selama ini. KKTM Rembau de ganbatte kudasai.

Tuesday, July 9, 2013

MJII...Jamuan Perpisahan Hajah Halimaton sensei Bersama Pelajar Robotik

09hb Julai 2013, Pelajar-pelajar Robotik mengadakan satu majlis perpisahan untuk Ketua Jabatan Robotik iaitu puan Hajah Halimaton sensei yang akan berpindah ke KKTM Petaling Jaya. Kepada pelajar-pelajar Robotik terima kasih kerana menghargai jasa dan pengorbanan beliau sepanjang memimpin Jabatan Robotik dan Automasi MJII ini.

Saturday, July 6, 2013

Majlis Perpisahan Puan Hajah Halimaton dan Puan Rokiah

MJII akan kehilangan 2 orang lagi kakitangan akademiknya iaitu Puan Hajah Halimaton Dewa dan Puan Rokiah Endut yang akan berpindah tempat kerja. Puan Hajah Halimaton (Ketua Jabatan Robotik dan Automasi) akan berpindah ke KKTM Petaling Jaya dan Puan Rokiah Endut akan berpindah ke KKTM Kuantan kerana kenaikan pangkat. Tahniah kepada mereka berdua dan semoga lebih berjaya di tempat baru. Mina san ganbatte kudasai.

Sunday, June 30, 2013

MJII...Majlis Perpisahan Hiza sensei

28hb Jun 2013, satu majlis perpisahan Hiza sensei telah diadakan. Hiza sensei telah berkhidmat di MJII lebih kurang 5 tahun dan beliau akan berpindah ke KKTM Kuantan mulai 1 Julai 2013. Semoga beliau akan lebih berjaya di tempat baharu nanti.