PERINTIS TEKNOUSAHAWAN SEMIKONDUKTOR MARA | LANGKAH PERTAMA BERMULA DI TVETMARA MJII
9 September 2026 menjadi titik permulaan kepada satu perjalanan baharu apabila 10 peserta Program Inkubator Elektronik Semikonduktor secara rasmi mendaftarkan diri di TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Beranang.
Mereka bukan sekadar peserta program. Mereka adalah kumpulan perintis teknousahawan semikonduktor MARA yang membawa kepakaran, pengalaman dan potensi daripada pelbagai cabang dalam rantaian nilai industri semikonduktor.
10 syarikat yang menyertai program ini ialah:
1. Elvira System Sdn. Bhd.
2. ATSE Solution Sdn. Bhd.
3. Mynano Design Sdn. Bhd.
4. Umorie Graphene Technology Sdn. Bhd.
5. FZ Global Network
6. WISS Technology Solution
7. Fices Technology
8. KBYE Ventures
9. EAC Services
10. Rezhir Solutions Sdn. Bhd.
Program ini menghimpunkan generasi muda yang berani melangkah ke hadapan, bukan sahaja untuk membina perniagaan sendiri, tetapi membawa aspirasi lebih besar — memperkukuh penyertaan dan keupayaan usahawan Bumiputera dalam industri semikonduktor negara.🇲🇾
Daripada teknologi, inovasi dan kepakaran teknikal kepada pembangunan perniagaan serta pengkomersialan, kebersamaan 10 peserta ini membuka ruang kepada perkongsian ilmu, kolaborasi dan pembentukan peluang baharu dalam ekosistem semikonduktor.
10 peserta. 10 potensi. Satu pasukan. Satu aspirasi.
✨ Bersama kita membina. Bersama kita berkembang. Bersama kita mengubah landskap industri semikonduktor Bumiputera.
Selamat datang ke TVETMARA MJII dan selamat memulakan perjalanan sebagai Perintis Teknousahawan Semikonduktor MARA!💡
by sensei NorulHuda

.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)




No comments:
Post a Comment