Technology Scouting & Eksplorasi EdTech TVETMARA MJII di Bett Asia 2026
Seramai enam (6) orang pensyarah TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII), iaitu Norhafizan binti Mohd Hanib, Nur Amalina binti Zainal, Noor Nadiah binti Mohd Azali, Norhaida binti Mustafa, Wan Saidatulakma binti Meor Zainol dan Juliana binti Baharudin, telah menjalankan lawatan technology scouting ke Bett Asia 2026 pada 23 September 2026 di Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
Lawatan ini bertujuan meneroka perkembangan terkini dalam Educational Technology (EdTech), Artificial Intelligence (AI), digital learning, digital assessment, gamification, student engagement serta pelbagai penyelesaian teknologi pendidikan yang dipamerkan oleh penyedia teknologi. Melalui lawatan ke booth-booth teknologi pendidikan yang terlibat, para pensyarah berpeluang mendapatkan pendedahan secara langsung terhadap teknologi, inovasi dan amalan terkini yang berpotensi menyokong pengajaran dan pembelajaran dalam konteks TVET.
Maklumat dan idea yang diperoleh sepanjang lawatan ini akan dikumpulkan, dirumuskan dan dibincangkan bersama Team Pendigitalan TVETMARA MJII bagi mengenal pasti teknologi yang bersesuaian untuk diterokai, dinilai dan berpotensi dilaksanakan dalam inisiatif pendigitalan PdP MJII. Usaha ini diharapkan dapat menyumbang kepada pengukuhan budaya technology scouting, inovasi dan transformasi digital di TVETMARA MJII.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Muhamad Nazif bin Mohd., atas sokongan dan galakan dalam memperkasa penerokaan teknologi pendidikan serta usaha berterusan ke arah pendigitalan dan inovasi pendidikan TVETMARA MJII.
#tvetmara #tvetmaramjii #BuildingTalentGeneratingFuture
by sensei Amalina

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
No comments:
Post a Comment