Nama Program: IoT Innovation Bootcamp: Build, Connect & Automate with ESP32 & Node-RED
Tarikh: 14 September 2026
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat:
TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII)
Anjuran:
Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian, TVETMARA MJII bersama-sama Department of Communication Technology, UniKL BMI
Penglibatan:
Seramai 36 orang pelajar DKR daripada kelas SAME, FUGU dan OKA serta 9 orang pensyarah TVETMARA MJII. Turut terlibat daripada UniKL BMI ialah Dr. Nor Khairiah Binti Ibrahim, Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komunikasi, Dr. Suraya selaku Pengurus Program IoT Innovation Bootcamp, Dr. Safyzam selaku penceramah, 3 orang pensyarah kanan dan 3 orang pelajar UniKL BMI sebagai pembantu fasilitator.
Sinopsis:
Program ini merupakan inisiatif kolaborasi antara TVETMARA MJII dan UniKL BMI yang memberi pendedahan secara hands-on kepada peserta dalam pembangunan sistem berasaskan Internet of Things (IoT) menggunakan ESP32 dan Node-RED.
Sepanjang program, peserta didedahkan kepada proses membina, menghubungkan, memantau dan mengautomasikan sistem pintar melalui integrasi sensor, mikropengawal, rangkaian dan aplikasi. Program ini turut menjadi platform perkongsian kepakaran dan knowledge transfer antara pensyarah serta pelajar kedua-dua institusi.
Selain meningkatkan kompetensi teknikal dalam bidang IoT, embedded systems, connectivity dan automation, program ini turut memperkukuh jaringan kolaborasi antara TVETMARA MJII dan UniKL BMI serta membuka ruang kepada pelaksanaan program susulan seperti latihan lanjutan, projek inovasi bersama dan pembangunan modul berkaitan teknologi IoT.
Program ini memberi impak positif dari segi peningkatan kemahiran teknikal pelajar dan pensyarah, khususnya dalam aplikasi ESP32, Node-RED dan pembangunan sistem IoT. Aktiviti hands-on membantu peserta menghubungkan pengetahuan teori dengan aplikasi sebenar serta meningkatkan kefahaman dalam aspek integrasi perkakasan, rangkaian, data dan automasi.
Program ini juga menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan perkongsian kepakaran antara TVETMARA MJII dan UniKL BMI, di samping memperkukuh jaringan institusi. Dari sudut akademik, pendedahan yang diperoleh boleh dimanfaatkan dalam PdP, projek pelajar, aktiviti inovasi dan pembangunan kandungan kurikulum yang lebih relevan dengan teknologi semasa.
by sensei Hajar Raman
.jpeg)




.jpeg)
.jpeg)

No comments:
Post a Comment