Tuesday, September 8, 2026

SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA TAHUN 2026

 








SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA TAHUN 2026


Program Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Tahun 2026 telah melabuhkan tirainya pada 4 September 2026 (Jumaat).  Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Pusat Darah Negara, Pihak Pengurusan TVETMARA MJII, Kelab PROSIS dan seluruh warga TVETMARA MJII yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan program ini.


Antara aktiviti yang berlansung adalah : 


๐ŸฉธKempen Derma Darah

Terima kasih kepada semua penderma yang menjadi wira penyelamat nyawa.. Donate Blood, Save Lives


๐Ÿฅ— Pameran Pemakanan Sihat dan Pameran Pencegahan Denggi ๐ŸฆŸ

Penting dalam memberi pendedahan tenatang pengambilan makanan sihat serta langkah proaktif yang perlu kita ambil dalam membanteras tempat pembiakan nyamuk Aedes dalam persekitaran MJII.


๐Ÿฉบ Pemeriksaan Saringan Kesiahatn

Sesi pemeriksaan diadakan untuk mengetahui tahap kesihatan iaitu BMI, kadar gula dalam darah, kadar kolestrol, tekanan darah dan juga ujian minda sihat.


๐Ÿ‘“ Pemeriksaan mata kerjasama dengan Cean Blue Optical

Sesi pemerikasaan mata percuma tawaran menarik bagi yang berminat membuat cermin mata.


๐Ÿš๐ŸŽฎ Permainan Interaktif dan aktiviti Wellness On Wheels

Kunjungi 6 check point aktiviti fizikal dan mental dan dapatkan hadiah menarik bagi yang berjaya.


๐Ÿšญ Ceramah Kesedaran Bahaya Rokok dan Vape

Sesi kesedaran akan bahayanya rokok dan vape terhadap kesihatan fizikal dan mental semua.


'Kesihatan Milik Bersama, Sejahtera Untuk Semua'


Semoga ilmu dan amalan gaya hidup sihat yang diperoleh terus dibudayakan dalam kehidupan seharian di TVETMARA MJII ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ

by kaunselor Noriahani

No comments:

Post a Comment