Wednesday, September 9, 2026

Mesyuarat Perkongsian Keperluan Pentauliahan Program Diploma Kompetensi Rangkaian

 




1. Nama Program: Mesyuarat Perkongsian Keperluan Pentauliahan Program Diploma Kompetensi Rangkaian

2. Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)

3. Penglibatan:  TPHEA, Pegawai BKT dan 5 orang Pensyarah DKR

4. Sinopsis / Keterangan Aktiviti :

Dalam sesi mesyuarat perkongsian tersebut, En. Ahmad Suzairy, Pegawai Bahagian Kemahiran Teknikal MARA, telah menerangkan berkenaan panduan pentauliahan program berasaskan Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA), termasuk keperluan dan aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam persediaan pentauliahan program. Perbincangan turut memberi fokus kepada keperluan dokumentasi, penyediaan bukti sokongan serta pematuhan terhadap standard pentauliahan yang ditetapkan. Sesi ini telah memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pihak pengurusan dan pensyarah DKR dalam membuat persediaan serta tindakan susulan bagi memastikan Program Diploma Kompetensi Rangkaian memenuhi keperluan pentauliahan yang ditetapkan.

by sensei Hajar Raman

No comments:

Post a Comment