Tuesday, October 31, 2023

EXPLORING AND CLEANING TAMAN LAUT MELAKA WITH DKR(CSR KESATRIA SEMESTER 1)

 






1. Nama program: EXPLORING AND CLEANING TAMAN LAUT MELAKA WITH DKR(CSR KESATRIA SEMESTER 1)

2. Tarikh : 28 October 2023

4. Masa : 7.00 pagi - 9.00 mlm.

5. Tempat : Pulau Nangka  Melaka

6. Penganjur : Pelajar kesatria sem 1(DKR) bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sempena Tahun melawat Melaka 2024

7. Aktiviti: Membersih Pantai dan Mandi laut


Keterangan Program : 

Pelajar kesatria semester 1 terutamanya  jabatan DKR telah melakukan CSR di Pulau Nangka, Melaka. Ianya dilakukan bersama Majlis Bandaraya Bersejarah sempena persediaan kerajaan negeri Melaka menyambut Tahun Melawat Melaka Tahun 2024. Ianya diadakan untuk memupuk amalan gotong royong dikalangan pelajar  serta sebagai persediaan menghadapi Tahun melawat Melaka tahun 2024. Disamping itu pelajar dapat 10 jam CSR untuk di masukkan dalam kesatria 1.


Pelajar yang terlibat adalah 38 orang dari Jabatan DKR 2 orang dari Jabatan DKM dan satu orang dari Jabatan DKS dan DKE.

by samsuri sensei

Monday, October 30, 2023

FAMILY DAY MJII 2023

 


1. Nama Program: FAMILY DAY MJII 2023 

2.Tarikh : 28-29 Oktober 2023 (Sabtu-Ahad)

3. Masa :  7.30 pagi(Sabtu) - 12:00 tgh hari(Ahad) 

4. Lokasi : MJII & Morib Gold Coast Resort Banting Selangor

5. Anjuran: BKK MJII 

6. Sinopsis/keterangan: Aktiviti hari keluarga telah diadakan secara bersama dengan aktiviti Jom Sihat bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga besar MJII Beranang. Antara  aktiviti yang telah diadakan termasuklah telematch, pertandingan mewarna, treasure hunt,  pertandingan langkah terbanyak, aktiviti bebas di Water Theme Park,cabutan bertuah dan gotong royong BBQ (malam). Program berkembar Family Day dan Jom Sihat ini adalah bertujuan untuk menggalakkan  pengamalan cara hidup sihat  selain mengeratkan hubungan silaturahim dan membentuk team dinamik dikalangan warga MJII. Majlis hari keluarga MJII 2023 telah dirasmikan oleh Pengarah MJII iaitu Ts. Dr. Mahazani bin Ali. Aktiviti ini dihadiri oleh 73 buah keluarga staf MJII Beranang. 


#JomsihatMJII

#FamDayMJII2023

by Ahmad Mukhlis sensei

Pertandingan Robot Tempur Y-Roboc23 Anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS)

 











1. Nama Program:  Pertandingan Robot Tempur Y-Roboc23 Anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS)

2.Tarikh : 27 - 29 Oktober 2023 (Jumaat, Sabu dan Ahad)

3. Masa :  8:00 pagi - 6:00 petang

4. Lokasi : Dewan C , MAEPS Serdang Selangor 

5. Anjuran: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 

6. Sinopsis/keterangan:

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) bersempena dengan Pameran TVET Institut Latihan Kementerian Belian dan Sukan dan Majlis Graduasi lepasan-lepasan TVET IKBN dan IKTBN.

Mara-Japan Industrial Institute telah menyertai pertandingan robot tempur ini dalam 2 kategori iaitu kategori 5kg Tower Conquer dan 8kg Rumble  2 vs 2 Robot.

Sebanyak 32 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Bagi kategori 5kg pasukan MJII hanya mampu bersaing diperingkat kumpulan, manakala bagi kategori 8kg pasukan MJII telah berjaya memasuki peringkat kalah mati dan menduduki kelompok 16 pasukan terbaik.

Peserta-peserta dari MJII ialah :-

5kg Tower Conquer - 

1. Ahmad Anwar Hudzaifah Bin Fadzil (Aki)

2. Muhammad Ikhwan Fikri Bin Ghazali (Fuyu)

3. Muhammad Irfan Bin Abdul Khalid (Goku)

4. Valerie David (Aki)


8kg Rumble 2 vs 2 robots -

1. Nur Irdiena Natasya Binti Barni (Kanto)

2. Wan Nur Etzzah Binti Wan Atzwa (Kanto)

3. Asfar Haris Bin Mohd Farid (Aki)

4.Azan Nur Aimal bin Aizan (sugoi)

5. Siti NurZarina Binti Kasa (Pikachu)

6.Siti Aisyah Nasuha Binti Izham (Pikachu) 

7.Umar Danish Bin Izamudin (Toshiba) 

8. Muhammad Aliff Thoha Bin Mohamad Fauzi (Toshiba)

by Jaa sensei

Wednesday, October 25, 2023

Senamrobik Perdana Sempena Majlis Penutup Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat MARA-Japan Industrial Institute (MJII) 2023

 












1. Nama Program: Senamrobik Perdana Sempena Majlis Penutup Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat MARA-Japan Industrial Institute (MJII) 2023 

2.Tarikh : 25 Oktober 2023 (Rabu)

3. Masa :  8:00 pagi - 9:00 pagi

4. Lokasi : Dewan Hyogo MJII

5. Anjuran: JK Sukan & MPP MJII 

6. Sinopsis/keterangan: Aktiviti senamrobik perdana telah diadakan bersempena dengan majlis penutup Hari Sukan Negara Peringkat MJII tahun 2023.  Aktiviti senamrobik ini telah diketuai oleh jurulatih bertauliah Kementerian Belia & Sukan iaitu En Khanafiah bin Abu Samah dan dibantu oleh Pn Suriati binti Abdullah dari  Kelab Jom Sihat Body Fit. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakan staf dan pelajar mengamalkan cara hidup sihat dengan selalu bersenam dan menjaga kesihatan badan. Majlis penutup sambutan Hari Sukan Negara peringkat MJII telah dirasmikan oleh Pengarah MJII iaitu Ts. Dr. Mahazani bin Ali. Turut hadir dalam majlis ini adalah Pn Nordiana binti Awang, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan  dan Hal Ehwal Pelajar MJII. Aktiviti ini dicadangkan untuk menjadi aktiviti bulanan MJII kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf dan pelajar.


#FitMalaysia 

#HSN2023

by radzi sensei

Sunday, October 22, 2023

 


















1. Nama Aktiviti : Program  Ceramah Sambutan Bulan Kaunseling MJII "Kesihatan Mental: Cakna Diri dan Orang Lain"

2. Tarikh         : 20 Oktober 2023

3. Masa         : 10.30 pagi – 12.30 tengahari

4. Penganjur : Unit Bimbingan dan Kaunseling, AKRAB dan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar MJII Beranang.

5. Tempat : Dewan Hyogo, MJII Beranang.

6. Synopsis/keterangan ringkas:  


Program Ceramah "Kesihatan Mental: Cakna Diri dan Orang Lain" telah dilaksanakan di Dewan Hyogo sempena sambutan Program Bulan Kaunseling Kebangsaan di MJII. 


Ceramah ini telah disampaikan oleh  Dr. Nur Hafidah bt Ishak, pensyarah perubatan & pakar psikiatri dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.


Majlis dimulai dengan bacaan Yasin terlebih dahulu.Bacaan Yassin juga telah disedekahkan di atas pemergian arwah allahyarham Haji Mohd Azman bin Haji Mohd Rafaie, mantan TPHEA MJII.


Antara perkongsian menarik dari ceramah beliau menyentuh mengenai tips dan bagaimana menjaga kesihatan mental kerana ia menjadi teras pemacu kepada kesejahteraan individu. 


Kesihatan mental yang baik membolehkan individu berupaya untuk menyesuaikan diri dan hidup dalam pelbagai persekitaran dan tekanan hidup.


Adalah penting mengukuhkan sokongan sosial dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam menangani masalah kesihatan mental kerana ia akan membantu meningkatkan kesejahteraan dan keharmonian dalam diri individu dan juga masyarakat.


Semoga dengan perkongsian dari ceramah ini dapat membantu memupuk dan meningkatkan lagi pemahaman individu dan warga MJII agar menjaga dan seterusnya meningkatkan kesihatan diri terutamanya aspek kesihatan mental khususnya.

by Kaunselor hidayati

Saturday, October 21, 2023

PROGRAM INSPIRASI ILMU: LAWATAN KE KILANG PEMASANGAN VOLKSWAGEN MALAYSIA DAN CSR STEM DI SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH PEKAN

 
















1. Nama Program: PROGRAM INSPIRASI ILMU: LAWATAN KE KILANG PEMASANGAN VOLKSWAGEN MALAYSIA DAN CSR STEM DI SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH PEKAN

2. Tarikh : 19-20 Oktober 2023 (Khamis dan Jumaat)

3. Tempat:  MJII

4. Sinopsis/keterangan: Jabatan Embedded System telah mengadakan satu program kembara ilmu melalui Lawatan ke Kilang Pemasangan Volkswagen yang bertempat di HICOM Peramu, Pekan dan Program CSR STEM di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan. 


Program CSR STEM ini terbahagi kepada tiga slot. Slot pertama adalah taklimat Promosi MJII yang disampaikan oleh En Muhammad Nazmi, dan ceramah "Embedded System and IoT: Revolutionising Digital Age" yang disampaikan oleh Pn Norhamimi melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4. 

Slot kedua adalah Bengkel Rekabentuk Elektronik yang dikendalikan oleh Pn Fatma Syazana dan Saudara Muhammad Abdul Wahid, beserta fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada pelajar Semester 5 DKE. Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 2 yang mengambil kursus RBT. 

Slot ketiga adalah "CSR Green" dibawah kendalian En Afifuddin dan pelajar-pelajar DKE semester 5 bersama pelajar-pelajar SHAH Pekan. 

Bersama ini juga, Jabatan Embedded System, dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Alumni SHAH Pekan) telah menyumbangkan "Basic Microcontroller Trainer Board" bagi kegunaan Pelajar-pelajar SHAH Pekan yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan DKE kepada Puan Pengetua. Board ini telah direka bentuk oleh Pelajar Semester 5 DKE (Keihan) yang diketuai oleh Saudara Muhammad Abdul Wahid. 

Semoga program ini akan dapat membantu pelajar meningkatkan minat mereka dalam bidang STEM umumnya, dan bidang elektronik khasnya. 

Tahniah kepada semua pelajar Keihan serta Pensyarah-pensyarah DKE atas komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.

bu Fatma sensei