Thursday, October 29, 2009

MJII...Pemantauan


Bermula pada 27hb Oktober hingga 29hb Oktober 2009, satu proses pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran telah dijalankan oleh pihak BPL(K).

Dua orang pemantau berpengalaman telah dihantar ke MJII untuk melaksanakan tugas tersebut.

Pada hari terakhir pemantauan ini, satu pembentangan hasil pemantauan telah diadakan di mana ianya turut disertai oleh Tn. Hj. Mohd Fahdil (Pengarah) dan Tn. Hj. Nuriman (Timbalan Pengarah HEA).

Antara lainnya pemantau telah mencadangkan pihak MJII meningkatkan prestasi di beberapa bahagan seperti kedudukan papan putih yang silau kerana mengadap tingkap, keperluan kepada bilik kuliah yang berhawa dingin, menambah kepelbagaian bahan bantuan pengajaran seperti model dan sebagainya dan lain-lain.



Pada keseluruhannya, hasil pemantauan adalah sangat memuaskan dari segi pengajaran, pembelajaran dan dokumentasi akademik yang lengkap.

Thursday, October 15, 2009

MJII...A New Director


Hari ini, 15hb. Oktober 2009, MJII menerima Pengarah Baru iaitu Tuan Haji Fadhil Bin Ghazali.

Beliau sebelum ini adalah Pengarah di Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak.

Dalam ucaptama beliau ketika Majlis Yassin Mingguan, beliau menyatakan kekagumannya tentang keindahan dan keunikan susun atur bangunan di MJII ini. Beliau berharap agar MJII dapat menjadi sebuah kolej yang terulung satu masa nanti.



Beliau juga berharap, semua warga MJII dapat berfungsi dengan berkesan untuk memberikan hasil yang terbaik kepada MJII.

Beliau seterusnya melawat kawasan sekitar MJII diiringi oleh Tuan Haji Nuriman, Timbalan Pengarah Aademik MJII.