1. Nama aktiviti: MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MINGGU SUAI KENAL PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA INDUSTRI EVE ENERGY KOHORT 1 2026
2. Tarikh: 29 SEPTEMBER 2026
3. Tempat: KYOTO HALL
Sesi dimulakan dengan Taklimat Akademik yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, En. Mohd Nizam bin Ali. Seterusnya, sesi diteruskan dengan Taklimat Kaunseling oleh Unit Kaunseling yang bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan pengurusan tekanan serta membina motivasi dan keyakinan diri dalam menempuh alam pengajian.
Selain itu, satu sesi khas bersama Syarikat EVE Energy turut diadakan secara dalam talian bersama pelajar-pelajar baharu. Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai syarikat, industri serta peluang yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka.
Majlis Perasmian Penutup Minggu Suai Kenal ini disempurnakan oleh Ir. Ts. Dr Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin bagi meraikan pelajar-pelajar baharu Program Diploma Industri Kohort 1setelah dua hari menjalani sesi suai kenal.Dalam amanatnya, Pengarah berharap agar pelajar-pelajar baharu dapat memanfaatkan setiap peluang pembelajaran yang disediakan, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti akademik dan pembangunan diri, serta menjadi perintis kepada kejayaan kohort-kohort yang akan datang.
by sensei Hamirah

.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment