Sunday, September 6, 2026

Lawatan DKS ke NATIONAL INNOVATION AND COMMERCIALISATION EXPO 2026 (NICE 2026) Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur

 













Nama Program : Lawatan DKS ke NATIONAL INNOVATION AND COMMERCIALISATION EXPO 2026 (NICE 2026) Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur 

            Satu lawatan akademik telah dilaksanakan ke National Innovation and Commercialisation Expo 2026 (NICE 2026) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur, yang melibatkan seorang pensyarah bersama empat orang pelajar jabatan DKS. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar terhadap perkembangan terkini dalam bidang inovasi, teknologi, penyelidikan, pembangunan produk dan proses komersialisasi hasil inovasi.

Antara objektif utama lawatan adalah:

1. Memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap perkembangan teknologi dan inovasi terkini.

2. Meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan aplikasi teknologi dalam industri sebenar.

3. Memberi peluang kepada pelajar melihat hasil inovasi, produk dan penyelesaian teknologi secara langsung.

4. Menggalakkan pelajar mendapatkan idea baharu bagi pembangunan projek akademik dan inovasi.

5. Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap keperluan kemahiran teknologi dan kompetensi yang diperlukan oleh industri masa kini.

Aktiviti Sepanjang Lawatan

        Sepanjang lawatan, para pelajar telah bereluang mengunjungi ruang pameran dan melihat pelbagai teknologi serta inovasi yang dipamerkan. Para pelajar turut berinteraksi dengan pihak pempamer bagi mendapatkan penerangan berkaitan fungsi, aplikasi dan potensi teknologi yang diketengahkan.

       Lawatan ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk membuat perbandingan antara pengetahuan teori yang dipelajari di dalam kelas dengan aplikasi teknologi dalam dunia sebenar. Pelajar didedahkan kepada konsep inovasi, automasi, pendigitalan serta penggunaan teknologi moden dalam menyelesaikan masalah industri dan masyarakat.

         Secara keseluruhannya, lawatan ke NICE 2026 telah memberikan pengalaman pembelajaran yang positif kepada pelajar. Program sebegini wajar diteruskan kerana ia dapat menghubungkan pembelajaran akademik dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri sebenar.

       Lawatan ini juga selaras dengan usaha MJII untuk melahirkan graduan TVET yang mempunyai pengetahuan teknikal, kemahiran inovasi, daya kreativiti serta kebolehan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi masa hadapan.

by Siti Zaleha Sensei

No comments:

Post a Comment