Monday, June 26, 2023

MJII.... Pengarah Baharu MJII melaporkan diri... walaupun sedang bercuti sebenarnya

 


Isnin, 26 Jun 2023.... walaupun sebenarnya beliau masih bercuti sehingga 3 Julai 2023... beliau hadir untuk melawat tapak.

Thursday, June 22, 2023

Kursus 'IOT DASHBOARD DATA VISUALIZATION'

 






1. Nama aktiviti: Kursus 'IOT DASHBOARD DATA VISUALIZATION'

2. Tarikh: 23 -25 Mei 2023

3. Penganjur: Jabatan DKC, MJII Beranang

4. Tempat: Makmal Electric Circuit

5. Pengendali Kursus : Ts. Mohamad Ariffin bin Zulkifli dan Mr. Ahmad Syazwan Khaireza dari Myinvent Technologies Sdn Bhd. 

7. Sinopsis: Kursus ini dihadiri oleh 10 orang pengajar Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan. Antara objektif kursus ini adalah untuk melengkapkan skill tenaga pengajar berkenaan  dengan ilmu pengetahuan berkaitan pengawal mikro & Data Dashboard menggunakan platform Internet of Thing 'IOT' yang kerap digunakan pelajar di dalam kursus dan pembangunan projek tahun akhir.Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pengetahuan & kemahiran pengajar Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan dengan kemahiran dan kompetensi untuk memprogram perisian pengawal mikro (menulis, menyusun, memuatkan fail Hex) dengan pelbagai input & output PIC (sensor) yang diintegrasi dengan pengaturcaraan peranti loT industri (loT Dashboard Data Visualization) bagi teknologi IR4.6.

by Akma Sensei


Tuesday, June 20, 2023

Kursus Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) Sukan Spesifik Silat Tahap 1 & 2

 










1. Nama aktiviti: Kursus Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) Sukan Spesifik Silat Tahap 1 & 2

2. Tarikh: 14 - 18 Jun 2023

3. Penganjur: Kelab Silat MJII dan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan

4. Kerjasama: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Institut Sukan Negara dan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan

5. Tempat: MJII

6. Sinopsis: Program ini dijalankan selama 5 hari yang melibatkan 122 orang peserta tahap 1 dan 21 orang peserta tahap 2. Secara keseluruhan, penyertaan adalah seramai 143 orang peserta dari seluruh negara dan merupakan penyertaan teramai yang pernah dianjurkan di negara kita. Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan pertubuhan/institusi. Ada juga dikalangan peserta adalah atlit negara dan negeri yang ingin mendapatkan persijilan kejurulatihan. Kursus ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah peraturan pertandingan, teknik dan taktik, kemahiran silat, kesihatan dan permakanan serta kaedah perancangan jurulatih. Peserta juga perlu menyelesaikan tugasan serta lulus ujian penilaian teori dan praktikal bagi memperoleh Sijil Kejurulatihan.

Seramai 2 orang tenaga pengajar dan 3 orang atlit MJII telah menyertai kursus ini dan lulus dengan jayanya. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan berjaya dilaksanakan cemerlang. Diharapkan agar program pembangunan sukan silat ini akan ada kesinambungan lagi seperti penganjuran kursus wasit juri mahupun penganjuran kejohanan silat peringkat kebangsaan di MJII kelak.

by Asiq sensei

Monday, June 12, 2023

Sesi Temuduga Prasarana Malaysia Berhad (Rapid Rail).

 





1. Nama aktiviti: Sesi Temuduga Prasarana Malaysia Berhad (Rapid Rail).

2. Tarikh:  31 Mei 2023

3. Masa : 10.00 Pagi – 3.00 Petang 

4. Penganjur: Prasarana (Rapid Rail) / MJII

5. Tempat: Shizuoka Library , MJII

6. Synopsis/keterangan ringkas:  

Satu sesi temudaga khas Prasarana Malaysia Berhad (Rapid Rail) yang telah diadakan di MJII di mana telah dihadiri oleh graduan MJII, pelajar MJII dan calon-calon awam.

Objektif utama sesi temuduga ini ialah bagi mengisi kekosongan penjawatan juruteknik di Prasarana Malaysia Berhad dan juga mengenalpasti pelajar-pelajar yang bakal menjalankan Latihan industri di syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Rapid Rail) bermula pada Julai 2023.

by Najwan Sensei

Lawatan ke Karnival Kerjaya Negeri Selangor 2023

 





1. Nama aktiviti: Lawatan ke Karnival Kerjaya Negeri Selangor 2023

2. Tarikh:  6 Mei 2023 (Sabtu)

3. Masa: 9.00am - 3.00pm

4. Penganjur: PERKESO Selangor

5. Tempat: Dewan Hamzah Klang, Selangor


6. Synopsis/keterangan ringkas:  

Seramai 7 orang pelajar MJII berserta seorang pegawai pengiring bersama Puan Aznira Binti Abdullah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik MJII, telah membuat lawatan ke Karnival Kerjaya Negeri Selangor 2023  pada 6 Mei 2023. Karnival berlansung pada 6 & 7 Mei 2023 ini menawarkan lebih 7500 peluang pekerjaan yang ditawarkan dari 38 majikan. Kaunter Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dibuka. 

Pelbagai agensi lain yang turut serta untuk memeriahkan lagi program ini seperti KWSP, NIOSH dan Program Saringan Kesihatan.

by Najwan sensei

Program Promosi & Pameran MARA – Japan Industrial Institute Beranang di Jom Masuk U 2023

 






1. Nama Aktiviti : Program Promosi & Pameran MARA – Japan Industrial Institute Beranang di Jom Masuk U 2023

2. Tarikh         :  4 - 5 Jun 2023

3. Masa         : 8.30 pagi – 5.00 petang

4. Penganjur : Kementerian Pendidikan Tinggi serta MARA

5. Tempat : Dewan Tunku Canselor, UM

6. Synopsis/keterangan ringkas:  


Promosi & Pameran MARA Japan Industrial Institute (MJII), Beranang di Booth Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka kaunter bagi memperkenalkan TVETMARA dan mempromosikan program yang ditawarkan di MJII Beranang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2022.  


Beberapa petugas menyampaikan dan menyalurkan maklumat mengenai program pengajian yang terdapat di MJII Beranang dan di TVETMARA. Maklumat kemasukan, pendaftaran dan program antaranya maklumat yang dapat di salurkan dan disampaikan terus kepada pengunjung, pelajar dan ibu bapa.


Bagi pelajar yang berminat meneruskan pengajian ke MJII Beranang yang merupakan pusat pengajian TVET MARA dalam bidang kejuruteraan elektronik yang telah melahirkan ramai pelajar cemerlang boleh mendaftar segera di https://apponline.mara.gov.my/Spupim_1/ dan https://bit.ly/BorangKemasukanMJII.


#mjiiberanang

#tvetmara

#buildingtalentgeneratingfuture

#JomMasukKKTMMJIIIKM

by Nazmi sensei

Pengarah Baharu MJII

 


Beliau mula melaporkan diri pada 12 Jun 2023... 

Friday, June 9, 2023

Program Promosi & Pameran MARA – Japan Industrial Institute Beranang ke Sekolah-Sekolah

 










Nama Program : Program Promosi & Pameran MARA – Japan Industrial Institute Beranang ke Sekolah-Sekolah

Tarikh : 08 Jun 2023 (Khamis)

Tempat : Sekolah- Sekolah yang telah terpilih (MRSM, SBP, SMS, Teknik & Sekolah Harian) 

Sinopsis : Promosi & Pameran MARA Japan Industrial Institute, Beranang telah membuka kaunter  bagi memperkenalkan TVET  MARA dan mempromosikan program yang ditawarkan di MJII Beranang kepada pelajar-pelar yang telah mendapat keputusan SPM 2023. 


Pegawai Promosi telah menyalurkan maklumat mengenai peluang pendidikan yang ditawarkan kepada pengunjung antaranya para pelajar sekolah, guru dan ibu bapa yang hadir. Antara sekolah sekolah yang telah dihadiri adalah:

MRSM : 12 

SMS   : 2

SBP     : 1

Teknik : 1

Sekolah Harian: 6  


Bagi pelajar yang berminat meneruskan pengajian ke MJII Beranang yang merupakan pusat pengajian TVET MARA dalam bidang kejuruteraan elektronik yang telah melahirkan ramai pelajar cemerlang boleh mendaftar segera di https://apponline.mara.gov.my/Spupim_1/ dan https://bit.ly/BorangKemasukanMJII.

#mjiiberanang

#tvetmara

#buildingtalentgeneratingfuture

#JomMasukKKTMMJIIIKM

by Puan Zamzurina HEP