Monday, July 31, 2023

Majlis Jasamu Dikenang dan Budimu Disanjung Pn Aznira bt Abdullah dan Ustaz Dr Khairol Asrof bin Hassan

 







1. Nama aktiviti: Majlis Jasamu Dikenang dan Budimu Disanjung Pn Aznira bt Abdullah dan Ustaz Dr Khairol Asrof bin Hassan

2. Tarikh: 14 Julai 2023

3. Penganjur: Badan Kebajikan dan Kakitangan MJII Beranang

4. Tempat:  Tokyo Hall, MJII

5. Sinopsis:  Satu Majlis Perpisahan "Jasamu Dikenang dan Budimu Disanjung" telah diadakan bagi meraikan perpisahan warga kerja MJII dengan Pn Aznira Bt Abdullah dan Ustaz Khairol Asrof Bin Hassan. Selamat bertugas ditempat baharu, semoga terus cemerlang. Juga sentiasa dikurniakan keafiatan, diberkati, dirahmati dan dipermudahkan setiap urusan. Semoga ukhuwah berpanjangan.

by Fatma sensei

Majlis Persaraan Puan Siti Aida

 











1. Nama aktiviti: Majlis Persaraan Puan Siti Aida

2. Tarikh: 13 Jun 2023

3. Penganjur: Badan Kebajikan dan Kakitangan MJII Beranang

4. Tempat:  Pusat Wasenta MJII

5. Sinopsis:  Satu Majlis Persaraan telah diadakan bagi meraikan persaraan Pn Siti Aida, yang telah berkhidmat di Unit Penilaian dan Pensijilan (UPP) dari tahun 2009-2023. Pada kali ini, BKK telah mengadakan kelainan dengan mengadakan konsep majlis yang lebih santai dengan menyajikan durian dan serawa durian. 


Salam persaraan diucapkan kepada Puan Siti Aida, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia selalu. Terima kasih atas segala dedikasi, komitmen, dan khidmat bakti Puan Siti Aida selama berada di MJII. 

Ikhlas daripada seluruh warga MJII.

by Fatma sensei

Sunday, July 30, 2023

WorldSkills ASEAN Singapore 2023

 








1. Nama Program : WorldSkills ASEAN Singapore 2023

2. Tarikh : 22-27 Julai 2023

3. Tempat : Suntec Singapore International Convention and Exhibition Centre, Singapore

4. Sinopsis / Keterangan ringkas :


13th WorldSkills ASEAN Competition Singapore 2023 telah mempertandingkan 22 bidang kemahiran termasuk CNC maintenance, Electrical Installation, Electronics, Industrial Automation, Industrial Control, Mechanical Engineering CAD, Mechatronics, Mobile Robotics, Refrigeration & Air conditioning, dan banyak lagi. 


Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 25 orang peserta telah menyertai 15 bidang kemahiran yang dipertandingkan dan berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 3 pingat perak, 5 pingat gangsa, 5 medallion dan 8 sijil penyertaan.


2 wakil peserta negara bidang Electronics dari MARA iaitu MOHAMMAD ABDUL WAHID BIN HARIS (MJII) dan NOR AINA NAJIHAH BINTI AHMAD HILMI (KKTM LEDANG) telah berjuang sedaya upaya dan berjaya memberi saingan yang sengit kepada semua peserta dari negara lain namun terpaksa berpuas hati dengan keputusan sijil penyertaan.


Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang mewakili negara kerana telah menyahut cabaran dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Semoga Malaysia terus cemerlang dan lebih berjaya di masa hadapan.

by Yusof sensei

Saturday, July 29, 2023

Program Promosi Sempena Hari Pameran Pendidikan Kerjaya dan Latihan Tahun 2023

 








1. Nama Aktiviti : Program Promosi Sempena Hari Pameran Pendidikan Kerjaya dan Latihan Tahun 2023

2. Tarikh         :  18 Julai 2023

3. Masa         : 8.30 pagi – 12.30 t/hari

4. Penganjur : Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Kelang

5. Tempat : Dewan SMK Meru, Kelang

6. Synopsis/keterangan ringkas:  


Promosi & Pameran MARA Japan Industrial Institute (MJII), Beranang telah membuka kaunter bagi memperkenalkan TVETMARA dan mempromosikan program yang ditawarkan di MJII Beranang kepada pelajar-pelajar sekolah dan bakal pelajar SPM 2023.  


Petugas MJII yang hadir telah menyampaikan dan menyalurkan maklumat mengenai program pengajian yang terdapat di MJII Beranang dan di TVETMARA. Maklumat kemasukan, pendaftaran dan program antaranya maklumat yang dapat di salurkan dan disampaikan terus kepada pelajar dan guru-guru.


Makluman pengajian ke MJII Beranang yang merupakan pusat pengajian TVET MARA dalam bidang kejuruteraan elektronik boleh layari laman web http://mjii.kktm.edu.my/


#mjiiberanang

#tvetmara

#buildingtalentgeneratingfuture

#JomMasukKKTMMJIIIKM

by Nazmi sensei

Program Promosi & Pameran Jelajah Pendidikan Luar Bandar 2023 (Daerah Hulu Langat)

 






1. Nama Aktiviti : Program Promosi & Pameran Jelajah Pendidikan Luar Bandar 2023  (Daerah Hulu Langat)

2. Tarikh         :  10 Jun 2023

3. Masa         : 10.00 pagi - 4.00 petang

4. Penganjur : Pejabat MARA Negeri Selangor

5. Tempat : Lotus Semenyih

6. Synopsis/keterangan ringkas:  


Promosi & Pameran MARA Japan Industrial Institute (MJII), Beranang telah membuka kaunter bagi memperkenalkan TVETMARA dan mempromosikan program yang ditawarkan di MJII Beranang kepada pengunjung, pelajar dan ibu bapa yang hadir.


Petugas MJII yang hadir telah menyampaikan dan menyalurkan maklumat mengenai program pengajian yang terdapat di MJII Beranang dan di TVETMARA. Maklumat kemasukan, pendaftaran dan program antaranya maklumat yang dapat di salurkan dan disampaikan terus kepada mereka yang hadir.


Program yang berlangsung bermula pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang tersebut telah menerima kunjungan orang yang rata-ratanya daripada penduduk sekitar semenyih, beranang, kajang dan bangi.


Makluman pengajian ke MJII Beranang yang merupakan pusat pengajian TVET MARA dalam bidang kejuruteraan elektronik boleh layari laman web http://mjii.kktm.edu.my/


#mjiiberanang

by Nazmi sensei

Friday, July 28, 2023

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang MJII 2023

 











1. Nama Program : Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang MJII 2023

2. Tarikh : 28 Julai 2023

3.  Masa : 8:00 pagi – 12.00 t/hari 

4. Tempat : Dewan Hyogo 

5. Anjuran : Jabatan Robotik & Automasi  dan Pentadbiran 

6. Sinopsis/Keterangan : Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf kejayaan dan pencapaian cemerlang pelajar MJII dalam akademik, kokurikulum dan Inovasi . Seramai 289 orang   penerima Anugerah Dekan   terdiri  daripada program 3 tahun. Seramai 23 orang   penerima Anugerah Emas dan  seramai 17 orang  penerima Anugerah Platinum, kedua-duanya  terdiri daripada program  2.5 tahun. Seramai 273 orang   penerima telah menghadiri majlis ini. Tokoh Pelajar 2023  serta Pelajar Terbaik  Inovasi 2023 dinobatkan kepada saudari  Irtiya Hana bt Nazirman. Manakala bagi  Pelajar Terbaik Kokurikulum 2023  dinobatkan kepada saudari Nur Irdiena Natasya  bt Barni.

by Ismail Sensei

Wednesday, July 26, 2023

Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Julai-Disember 2023

 













1. Nama aktiviti: Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Julai-Disember 2023

2. Tarikh:  24-25 Julai 2023

3. Tempat: Hyogo Hall, Tokyo Hall & Surau Riyaddussolihin

4. Sinopsis/keterangan ringkas:  

Minggu Silaturahim (MSR) adalah merupakan program pengambilan pelajar baharu, di mana ia memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang sistem pengajian di MJII. Terdapat 148 orang pelajar baharu yang terdiri daripada lima jabatan yang mendaftar pada sesi kali ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan disepanjang MSR bagi meraikan para pelajar. Antara aktiviti-aktiviti sepanjang MSR ialah: Sesi bersama Pengurusan MJII, Slot bersama MPP, Taklimat bersama Ketua-Ketua Jabatan, Taklimat Akademik, Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Taklimat Jabatan Pengajian Am,Taklimat Disiplin, Taklimat Felo, Taklimat Unit Peperiksaan, Taklimat Kaunselor, Taklimat Pembudayaan Jepun, Taklimat Perpustakaan, Taklimat Koperasi dan Slot Kerohanian. Kerjasama antara AJK MSR dan Urusetia Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku fasilitator telah menjayakan program ini dengan baik. Semoga para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dalam menimba ilmu di MJII.

by Fathiyah sensei