Wednesday, September 2, 2026

Lawatan Penanda Aras Program Diploma Kompetensi Rangkaian (DCN) ke TVETMARA Ledang

 











Lawatan Penanda Aras Program Diploma Kompetensi Rangkaian (DCN) ke TVETMARA Ledang


TVETMARA MJII telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) Program Diploma Kompetensi – Computer Networking & System Administration (DCN) ke TVETMARA Ledang pada 26 Ogos 2026.


Delegasi TVETMARA MJII diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Nizam bin Ali, Timbalan Pengarah Akademik (HEA). Lawatan ini bertujuan mendapatkan perkongsian pengalaman, amalan terbaik dan pandangan daripada TVETMARA Ledang berhubung pelaksanaan Program Diploma Kompetensi Rangkaian di bawah Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah:

1. Kurikulum – perkongsian struktur, kandungan dan kaedah pelaksanaan kurikulum program Diploma Kompetensi Rangkaian.

2. Upskilling Pensyarah – perkongsian berkaitan peningkatan kompetensi dan kemahiran pensyarah dalam bidang rangkaian serta teknologi berkaitan.

3. Keperluan Alatan – perbincangan mengenai peralatan, kemudahan makmal dan teknologi yang diperlukan bagi menyokong pelaksanaan program.

4. Proses Pentauliahan – perkongsian pengalaman berkaitan keperluan, dokumentasi dan proses pentauliahan program di bawah SPKM.

Lawatan ini menjadi platform strategik kepada TVETMARA MJII untuk mempelajari amalan terbaik TVETMARA Ledang, seterusnya dijadikan input dalam perancangan, pembangunan dan pelaksanaan Diploma Kompetensi Rangkaian di MJII.

bu sensei Hajar

DKR Industrial Talk Series 3/2026

 









1. Nama Program: DKR Industrial Talk Series 3/2026

2. Tarikh: 21 Ogos 2026 (Jumaat)

3. Penceramah: En. Amirul Asyraf bin Abd Majid, Senior Equipment Development Engineer dari Sandisk Storage Malaysia Sdn. Bhd

4. Penglibatan:  Semua pelajar semester 1-5 DKR

5. Anjuran : Jabatan Data Transmission & Network (DKR)

6. Sinopsis / Keterangan Aktiviti :


Program ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR) mengenai realiti, cabaran dan peluang dalam dunia industri, khususnya dalam bidang kejuruteraan. Perkongsian daripada penceramah yang mempunyai pengalaman dalam industri telah memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelajar berkaitan peranan seorang jurutera, perkembangan kerjaya serta kepentingan membina kemahiran dan sikap profesional sebelum melangkah ke alam pekerjaan.


Sepanjang sesi, penceramah turut berkongsi pengalaman dan pandangan berkaitan perjalanan kerjaya serta memberikan inspirasi kepada pelajar untuk menetapkan matlamat yang lebih besar dan berani mengambil langkah untuk mencapainya. Tema “Dream Big. Start Small. Important Is To Start.” menjadi salah satu mesej utama program yang menekankan kepentingan memulakan sesuatu usaha secara berperingkat, konsisten dan tidak takut untuk mencuba.


Program ini telah memberikan manfaat kepada para pelajar melalui perkongsian ilmu, pengalaman industri dan motivasi secara langsung daripada seorang profesional. Sesi interaksi dan perkongsian turut membantu pelajar memahami dengan lebih baik hubungan antara pembelajaran akademik di institusi dengan keperluan sebenar di alam pekerjaan. Secara keseluruhannya, DKR Industrial Talk 3.0 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam memperkukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dan pihak industri serta meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan motivasi pelajar DKR terhadap pembangunan kerjaya dalam bidang kejuruteraan.

by Sensei Hajar Raman