π KESEMPURNAAN SOLAT: MEMBINA JIWA, MEMBENTUK PERIBADI
“Solat bukan sekadar kewajipan, tetapi asas pembentukan disiplin, ketenangan jiwa dan kekuatan peribadi seorang Muslim.”
TVETMARA MJII melalui Unit Pengajian Islam telah menganjurkan Kesempurnaan Solat sebuah program penghayatan yang memberi penekanan terhadap kepentingan memahami, memperbaiki dan menyempurnakan ibadah solat dalam kehidupan seharian.
πProgram yang berlangsung di Surau Riyadus Solihin, TVETMARA MJII ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Zakiy bin Misbari. Pengisian program bukan sahaja memberi kefahaman mengenai kesempurnaan pelaksanaan solat, malah mengajak para pelajar untuk bermuhasabah tentang hubungan dengan Allah SWT serta menjadikan solat sebagai sumber kekuatan dalam menghadapi cabaran kehidupan.
πDalam mengejar kecemerlangan akademik, kemahiran dan kerjaya, aspek kerohanian dan pembentukan sahsiah tidak boleh dipinggirkan. TVETMARA MJII percaya bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui pencapaian ilmu dan kemahiran teknikal, tetapi turut tercermin melalui akhlak, disiplin, integriti dan kekuatan spiritual.
πSemoga program ini menjadi titik perubahan untuk kita terus memperbaiki ibadah, kerana kesempurnaan diri bermula dengan kesungguhan menyempurnakan hubungan dengan Sang Pencipta.
Program ini juga adalah inspirasi Pengarah TVETMARA MJII iaitu Ir Ts Dr Mohd Nazif Bin Mohd Baharuddin untuk menjadikan pusat pendidikan TVET yang mampu menjadi penyumbang kepada pembentukan modal insan bertaraf dunia bagi kemajuan industri Elektronik negara.
Jaga solat, Perbaiki diri, Bina masa depan
Insan yang hebat bukan hanya hebat pada kemahirannya, tetapi juga teguh pada nilai dan prinsip kehidupannya.
by sensei Azarina PAM


.jpeg)

.jpeg)

No comments:
Post a Comment