Monday, June 22, 2026

EDUDIGITAL PROGRAM 2026 SIRI 1: SHARING SESSION LEVEL UP YOUR CONTENT USING NOTION AI

 









1. Nama Program : EDUDIGITAL PROGRAM 2026 SIRI 1: SHARING SESSION LEVEL UP YOUR CONTENT USING NOTION AI

2. Tarikh : 15 Mei 2026

3. Tempat : Bilik Mesyuarat Nara, MJII

4. ⁠Anjuran : Jabatan Pengajian Am, MJII

5. Sinopsis/keterangan: 

Sesi perkongsian berkaitan NOTION AI ini adalah siri perkongsian ke-2 daripada 8 perkongsian digital di bawah Program EduDigital inisiatif pendigitalan pengajian am 2026 dan telah dilaksanakan pada Jumaat 15 Mei 2026. Perkongsian ini dihadiri seramai 37 orang peserta terdiri daripada warga TVETMARA MJII, TVETMARA Petaling Jaya, TVETMARA Kuala Lumpur, Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) dan KPM Beranang. 


Notion AI adalah satu fungsi kecerdasan buatan (AI) yang disepadukan (built-in) secara terus sebagai platform pengurusan kerja yang boleh membantu pensyarah serta pendidik menghasilkan bahan PdP  dengan lebih kreatif, cepat dan efektif. Penggunaan Notion AI dapat menjimatkan masa menyediakan nota dan bahan pengajaran, menghasilkan kandungan pembelajaran dengan pantas serta dapat membantu menyediakan PdP dengan cara penyampaian yang menarik dan sistematik. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada warga pendidik IPMA khasnya.

by sensei Fazliani

Sunday, June 21, 2026

Sesi Perbincangan Kerjasama TVETMARA MJII bersama TP-Link

 






Tajuk Program: Sesi Perbincangan Kerjasama TVETMARA MJII bersama TP-Link

Tarikh: 19 Jun 2026

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat Nara, TVETMARA MJII

Pihak Terlibat: 10 Org (TP-Link - En Nafy & En Faiz, TVETMARA MJII - Timbalan Pengarah HEA, Pegawai Perhubungan Industri, Ketua-ketua Jabatan dan Pensyarah DKR)


Satu sesi perbincangan ringkas antara TVETMARA MJII dan pihak TP-Link telah diadakan pada 19 Jun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Nara, TVETMARA MJII. Perbincangan ini diadakan susulan hasrat pihak TP-Link untuk menjalinkan kerjasama secara dua hala bersama TVETMARA MJII.


Sesi ini memberi tumpuan kepada penerokaan peluang kerjasama dalam bidang pendidikan dan teknologi rangkaian, khususnya yang melibatkan program latihan profesional, pensijilan industri, perkongsian teknologi rangkaian serta pembangunan bakat pelajar. Kerjasama ini dilihat berpotensi untuk memberi nilai tambah kepada pelajar TVETMARA MJII melalui pendedahan kepada teknologi industri semasa dan keperluan sebenar pasaran kerja.


Melalui perbincangan ini, kedua-dua pihak turut menyatakan hasrat untuk membangunkan kerjasama jangka panjang secara lebih strategik melalui cadangan Memorandum of Understanding (MoU). Pelaksanaan MoU ini dijangka dapat menjadi platform rasmi bagi memperkukuh hubungan industri-akademia antara TP-Link dan TVETMARA MJII, khususnya dalam meningkatkan kemahiran teknikal, kebolehpasaran pelajar serta pembangunan ekosistem pembelajaran berasaskan industri.


Secara keseluruhannya, sesi perbincangan ini telah berjalan dengan baik dan membuka ruang kepada kerjasama yang lebih menyeluruh pada masa hadapan. Inisiatif ini selaras dengan usaha TVETMARA MJII dalam memperkukuh jaringan industri serta menyediakan pelajar yang lebih kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi perkembangan teknologi rangkaian semasa.

by sensei Azlin

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) 2025

 










Tajuk Program: Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) 2025

Tarikh: 07 Mei 2026 (Khamis)

Masa: 9.45 pagi – 1.00 petang

Lokasi: Dewan Hyogo, TVETMARA Mara-Japan Industrial Institute (MJII)

Ringkasan Program:

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) 2025 telah diadakan bagi meraikan dan menghargai pencapaian cemerlang para pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum, inovasi serta sahsiah. Majlis ini melibatkan penyampaian Anugerah Dekan, Anugerah Emas dan Anugerah Platinum kepada pelajar yang menunjukkan prestasi terbaik bagi sesi Julai–Disember 2024, Januari–Jun 2025 dan Julai–Disember 2025.


Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran pihak pengurusan, pensyarah, kakitangan dan para pelajar. Penganjuran majlis ini diharapkan dapat menjadi platform penghargaan kepada pelajar serta memberi motivasi kepada seluruh warga pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.

by sensei Linda

Friday, June 19, 2026

Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2025/2026 Bidang Electronics Peringkat Akhir

 












1. Nama aktiviti: Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2025/2026 Bidang Electronics Peringkat Akhir

2. Tarikh:  08 – 12 Jun 2026.

3. Penganjur: Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

4. Tempat: Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam.

5. Synopsis/keterangan ringkas:  


Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2025/2026 bidang Electronics peringkat akhir yang telah dijalankan selama 5 hari ini terdiri daripada 3 modul utama iaitu :


Modul 1: Hardware design

Modul 2 : Embedded System Programming

Modul 3 : Fault finding, Repair & Measurement


Daripada keseluruhan 8 peserta akhir yang bertanding, seramai 4 orang peserta merupakan pelajar dari MJII seperti berikut :


1. MUHAMMAD NURSYAFIQ - DKS SEM4 SAKURAI

2. MUHAMMAD ALIF ISKANDAR - DKS SEM4 SANYO

3. AFIQ HAKIMI - DKS SEM4 SAKURAI

4. AHMAD SALMAN - DKE SEM6 JYOUZU


Tahniah, syabas dan terima kasih kpd wira² MJII ini kerana telah melakukan yang terbaik dan memberi saingan yang hebat. Semoga mereka beroleh kejayaan yang cemerlang.

by sensei Yusof

Fiber Optic Bootcamp dan Pensijilan Kompetensi Fiber Optik CA1C & CA2C Sesi Januari-Jun 2026

 









1. Nama Program : Fiber Optic Bootcamp dan Pensijilan Kompetensi Fiber Optik CA1C & CA2C Sesi Januari-Jun 2026

2. Tarikh : 29 April 2026 (Rabu), 20 Mei 2026 (Rabu) dan 21 Mei 2026 (Khamis)

3. Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang 

4. Tempat: TVETMARA MJII Beranang  dan TM Digital Academy, Cyberjaya

5. Peserta: 33 orang pelajar Semester 4 (Shimano & Nintendo)

6. Sinopsis/Keterangan:

Program ini merupakan satu inisiatif pembangunan kompetensi yang dirancang bagi memperkukuhkan pengetahuan teori, kemahiran teknikal serta pendedahan industri kepada pelajar dalam bidang teknologi komunikasi fiber optik. Program ini dianjurkan khusus untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran praktikal yang selaras dengan kehendak industri semasa, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pensijilan kompetensi profesional yang diiktiraf dalam bidang berkaitan.


Program ini disertai oleh 33 orang pelajar Semester 4 (Shimano dan Nintendo) Jabatan Transmisi Data & Rangkaian yang telah menjalani latihan intensif serta penilaian kompetensi bagi pensijilan CA1C (Fiber Optik Pendawaian Dalaman) dan CA2C (Fiber Optik Pendawaian Luaran). 


Sebagai persediaan awal sebelum sesi pensijilan, peserta akan mengikuti Fiber Optic Bootcamp yang memberi penekanan kepada pengukuhan asas teori, teknik pemasangan, prosedur kerja standard serta amalan terbaik dalam pengendalian sistem fiber optik. Sesi bootcamp ini akan disampaikan oleh Pn Murniati Binti Imam Supaat daripada Sigtech Engineering Sdn Bhd, yang juga merupakan Panel Penasihat Industri (IAP) Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR). Penglibatan beliau memberi nilai tambah kepada program ini melalui perkongsian pengalaman industri sebenar, pendedahan kepada perkembangan teknologi terkini serta pemahaman terhadap standard kompetensi yang diperlukan oleh industri.


Secara keseluruhannya, program ini telah meningkatkan tahap kompetensi teknikal pelajar, memperkukuhkan hubungan kerjasama antara institusi dan industri, serta melahirkan graduan yang lebih kompeten, berdaya saing dan bersedia untuk memenuhi keperluan sektor telekomunikasi dan teknologi rangkaian yang semakin berkembang pesat.

by sensei Hajar

Thursday, June 18, 2026

Network Insight: Power BI Skills for Work Series 1

 







Nama Aktiviti: Network Insight: Power BI Skills for Work Series 1

Tarikh: 15 Mei 2026

Tempat: Library TVETMARA MJII

Anjuran: Center of Innovation and Training for Advanced Networking (CITRAN), DKR

Penglibatan: 10 orang pelajar (SHOWA)


Sinopsis:

Kursus Network Insight: Power BI Skills for Work Series 1 telah dilaksanakan pada 15 Mei 2026 bertempat di Library TVETMARA MJII. Kursus ini telah disertai oleh seramai 10 orang pelajar Program Transmisi Data dan Rangkaian daripada kelas Showa.


Kursus ini merupakan inisiatif Jabatan Transmisi Data dan Rangkaian, TVETMARA MJII dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan penggunaan Microsoft Power BI sebagai platform pembangunan pelaporan digital dan visualisasi data. Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran asas dalam membangunkan laporan berasaskan Power BI, memberi nilai tambah kepada kemahiran teknikal pelajar serta meningkatkan kebolehpasaran mereka agar lebih bersedia menghadapi alam pekerjaan.


Sepanjang kursus, pelajar telah diperkenalkan dengan asas penggunaan Microsoft Power BI, termasuk kaedah menyediakan data, membina visualisasi dan menghasilkan dashboard interaktif yang ringkas, kemas dan mudah difahami. Pendekatan latihan secara praktikal turut memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari secara langsung.


Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan memberi impak positif kepada pelajar dalam memperkukuh kemahiran digital, khususnya dalam aspek pelaporan data dan visualisasi maklumat. Program seumpama ini wajar diteruskan sebagai usaha berterusan dalam melahirkan pelajar TVETMARA MJII yang lebih kompeten, berdaya saing dan relevan dengan keperluan industri semasa.

by sensei Azlin

Kursus Pembangunan Pelaporan Berasaskan Microsoft Power BI Siri 2

 







Nama Aktiviti: Kursus Pembangunan Pelaporan Berasaskan Microsoft Power BI Siri 2

Tarikh: 27 hingga 29 April 2026

Tempat: Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur

Penglibatan: 20 orang peserta


Sinopsis


Kursus Pembangunan Pelaporan Berasaskan Microsoft Power BI Siri 2 telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT), TVETMARA MJII, TVETMARA KKTM Petaling Jaya dan TVETMARA Kuala Lumpur. Kursus ini turut dibimbing oleh seorang pengajar dan seorang fasilitator dari TVETMARA MJII.


Pelaksanaan kursus ini memberi penekanan kepada pembangunan pelaporan data secara digital menggunakan Microsoft Power BI, dengan fokus utama kepada visualisasi data, integrasi data dan penyediaan papan pemuka interaktif. Peserta didedahkan kepada kaedah memperoleh data daripada Microsoft Forms, memindahkan data tersebut ke Microsoft Lists secara automatik melalui Microsoft Power Automate, serta menstrukturkan data mengikut keperluan pelaporan khusus masing-masing.


Sepanjang kursus, peserta telah mempelajari cara membangunkan aliran kerja automatik menggunakan Power Automate bagi mengumpulkan respons borang dan menyimpannya dalam Microsoft Lists secara lebih sistematik. Seterusnya, data tersebut diimport ke dalam Power BI untuk dibangunkan sebagai laporan dan papan pemuka interaktif yang boleh disesuaikan mengikut keperluan organisasi.


Secara keseluruhannya, kursus ini telah meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam mengintegrasikan data daripada Microsoft Forms ke Power BI secara lebih lancar, seterusnya menghasilkan visualisasi data serta analitik yang lebih bermakna bagi menyokong proses pemantauan, pelaporan dan pembuatan keputusan.


Hasil daripada pelaksanaan kursus ini, peserta telah berupaya untuk:

1. Melaksanakan proses pengumpulan data secara automatik menggunakan Microsoft Forms dan Microsoft Power Automate.

2. Mengimport, menstruktur dan mengintegrasikan data ke dalam Microsoft Power BI.

3. Membangunkan laporan serta papan pemuka interaktif yang informatif, kemas dan mudah dianalisis.

4. Menghasilkan pelaporan data yang lebih sistematik, efisien dan bersesuaian dengan keperluan tugas masing-masing.

by sensei Azlin