Nama Aktiviti: Kursus Pembangunan Pelaporan Berasaskan Microsoft Power BI Siri 2
Tarikh: 27 hingga 29 April 2026
Tempat: Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur
Penglibatan: 20 orang peserta
Sinopsis
Kursus Pembangunan Pelaporan Berasaskan Microsoft Power BI Siri 2 telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT), TVETMARA MJII, TVETMARA KKTM Petaling Jaya dan TVETMARA Kuala Lumpur. Kursus ini turut dibimbing oleh seorang pengajar dan seorang fasilitator dari TVETMARA MJII.
Pelaksanaan kursus ini memberi penekanan kepada pembangunan pelaporan data secara digital menggunakan Microsoft Power BI, dengan fokus utama kepada visualisasi data, integrasi data dan penyediaan papan pemuka interaktif. Peserta didedahkan kepada kaedah memperoleh data daripada Microsoft Forms, memindahkan data tersebut ke Microsoft Lists secara automatik melalui Microsoft Power Automate, serta menstrukturkan data mengikut keperluan pelaporan khusus masing-masing.
Sepanjang kursus, peserta telah mempelajari cara membangunkan aliran kerja automatik menggunakan Power Automate bagi mengumpulkan respons borang dan menyimpannya dalam Microsoft Lists secara lebih sistematik. Seterusnya, data tersebut diimport ke dalam Power BI untuk dibangunkan sebagai laporan dan papan pemuka interaktif yang boleh disesuaikan mengikut keperluan organisasi.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam mengintegrasikan data daripada Microsoft Forms ke Power BI secara lebih lancar, seterusnya menghasilkan visualisasi data serta analitik yang lebih bermakna bagi menyokong proses pemantauan, pelaporan dan pembuatan keputusan.
Hasil daripada pelaksanaan kursus ini, peserta telah berupaya untuk:
1. Melaksanakan proses pengumpulan data secara automatik menggunakan Microsoft Forms dan Microsoft Power Automate.
2. Mengimport, menstruktur dan mengintegrasikan data ke dalam Microsoft Power BI.
3. Membangunkan laporan serta papan pemuka interaktif yang informatif, kemas dan mudah dianalisis.
4. Menghasilkan pelaporan data yang lebih sistematik, efisien dan bersesuaian dengan keperluan tugas masing-masing.
by sensei Azlin

.jpeg)

.jpeg)


No comments:
Post a Comment