1. Nama Program : EDUDIGITAL PROGRAM 2026 SIRI 1: SHARING SESSION LEVEL UP YOUR CONTENT USING NOTION AI
2. Tarikh : 15 Mei 2026
3. Tempat : Bilik Mesyuarat Nara, MJII
4. Anjuran : Jabatan Pengajian Am, MJII
5. Sinopsis/keterangan:
Sesi perkongsian berkaitan NOTION AI ini adalah siri perkongsian ke-2 daripada 8 perkongsian digital di bawah Program EduDigital inisiatif pendigitalan pengajian am 2026 dan telah dilaksanakan pada Jumaat 15 Mei 2026. Perkongsian ini dihadiri seramai 37 orang peserta terdiri daripada warga TVETMARA MJII, TVETMARA Petaling Jaya, TVETMARA Kuala Lumpur, Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) dan KPM Beranang.
Notion AI adalah satu fungsi kecerdasan buatan (AI) yang disepadukan (built-in) secara terus sebagai platform pengurusan kerja yang boleh membantu pensyarah serta pendidik menghasilkan bahan PdP dengan lebih kreatif, cepat dan efektif. Penggunaan Notion AI dapat menjimatkan masa menyediakan nota dan bahan pengajaran, menghasilkan kandungan pembelajaran dengan pantas serta dapat membantu menyediakan PdP dengan cara penyampaian yang menarik dan sistematik. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada warga pendidik IPMA khasnya.
by sensei Fazliani


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

No comments:
Post a Comment