1. Nama Program : Fiber Optic Bootcamp dan Pensijilan Kompetensi Fiber Optik CA1C & CA2C Sesi Januari-Jun 2026
2. Tarikh : 29 April 2026 (Rabu), 20 Mei 2026 (Rabu) dan 21 Mei 2026 (Khamis)
3. Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
4. Tempat: TVETMARA MJII Beranang dan TM Digital Academy, Cyberjaya
5. Peserta: 33 orang pelajar Semester 4 (Shimano & Nintendo)
6. Sinopsis/Keterangan:
Program ini merupakan satu inisiatif pembangunan kompetensi yang dirancang bagi memperkukuhkan pengetahuan teori, kemahiran teknikal serta pendedahan industri kepada pelajar dalam bidang teknologi komunikasi fiber optik. Program ini dianjurkan khusus untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran praktikal yang selaras dengan kehendak industri semasa, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pensijilan kompetensi profesional yang diiktiraf dalam bidang berkaitan.
Program ini disertai oleh 33 orang pelajar Semester 4 (Shimano dan Nintendo) Jabatan Transmisi Data & Rangkaian yang telah menjalani latihan intensif serta penilaian kompetensi bagi pensijilan CA1C (Fiber Optik Pendawaian Dalaman) dan CA2C (Fiber Optik Pendawaian Luaran).
Sebagai persediaan awal sebelum sesi pensijilan, peserta akan mengikuti Fiber Optic Bootcamp yang memberi penekanan kepada pengukuhan asas teori, teknik pemasangan, prosedur kerja standard serta amalan terbaik dalam pengendalian sistem fiber optik. Sesi bootcamp ini akan disampaikan oleh Pn Murniati Binti Imam Supaat daripada Sigtech Engineering Sdn Bhd, yang juga merupakan Panel Penasihat Industri (IAP) Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR). Penglibatan beliau memberi nilai tambah kepada program ini melalui perkongsian pengalaman industri sebenar, pendedahan kepada perkembangan teknologi terkini serta pemahaman terhadap standard kompetensi yang diperlukan oleh industri.
Secara keseluruhannya, program ini telah meningkatkan tahap kompetensi teknikal pelajar, memperkukuhkan hubungan kerjasama antara institusi dan industri, serta melahirkan graduan yang lebih kompeten, berdaya saing dan bersedia untuk memenuhi keperluan sektor telekomunikasi dan teknologi rangkaian yang semakin berkembang pesat.
by sensei Hajar






.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment