Nama Program: Program Khidmat Masyarakat Sempena Bulan Kemerdekaan
Anjuran : Unit CSR TVET MARA MJII dan PIBG SRAIPB
Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 8 pagi – 1.00 petang
Tempat: Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang
Penglibatan : 1. Azrul Erdy B Zakaria
2. Nor Hidayah Binti Adimun
3. 28 orang pelajar sem1 dan sem 2
Ringkasan :
Pihak Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang telah memohon kerjasama tenaga kerja daripada para pelajar TVET MARA MJII bagi melaksanakan aktiviti mengecat bangunan surau serta menceriakan kawasan sekitar sekolah.
Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan. Seramai 28 orang pelajar TVET MARA MJII daripada Semester 1 dan Semester 2 telah menyertai aktiviti tersebut.
Selain membantu meningkatkan keceriaan dan keselesaan persekitaran sekolah, program ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Penglibatan seperti ini dapat memupuk nilai kerjasama, tanggungjawab, semangat kesukarelawanan, patriotisme dan keprihatinan terhadap masyarakat.
Diharapkan pengalaman ini dapat membentuk pelajar TVET MARA MJII bukan sahaja sebagai graduan yang berkemahiran tinggi, malah sebagai individu yang mempunyai kesedaran sosial serta bersedia untuk menyumbang dan berkhidmat kepada negara, bangsa dan agama.
by sensei Azrul



.jpeg)


.jpeg)

No comments:
Post a Comment