1. Nama aktiviti: Pertandingan Propitch2026
2. Tarikh: 4 & 5 Ogos 2026
3. Tempat: Dewan Seri Nilam IKTBN Sepang,Selangor
4. Penglibatan: 1 orang staf TVET Mara MJII
5. Sinopsis:
Pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, Selangor (IKTBN Sepang) telah mengadakan Pertandingan Pitching 2026 peringkat Kebangsaan bertempat di IKTBN Sepang.. Pertandingan ini telah disertai oleh pelbagai institut kemahiran dari serata negeri. Tujuan pertandingan ini adalah mencungkil bakat peserta menyampaikan idea dan pertandingan projek tahun akhir. Seramai 10 orang hakim dari pelbagai agensi awam dan swasta telah dipilih bagi membuat penilaian persembahan dan hasil projek tahun akhir peserta. Tidak ketinggalan, seorang staf dari TVET Mara MJII telah dilantik untuk memikul amanah menilai hasil projek yang diketengahkan. Penganjuran ini memberi ruang dan peluang 1 orang staff TVET Mara MJII melihat idea² terkini dari kalangan peserta dan dibawa balik untuk berkongsi dengan para pelajar TVET MARA MJII. Perasmian penutup di rasmikan oleh SUK Kementerian Belia Dan Sukan pada 5 Ogos 2026.
by sensei Azrul

.jpeg)

No comments:
Post a Comment