Tuesday, August 4, 2026

Kerjasama TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. & TVETMARA MJII

 








Kerjasama TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. & TVETMARA MJII

Tarikh: 3 Ogos 2026 | Masa: 3.00 petang | Tempat: Bilik Okinawa, TVETMARA MJII


Sempena hari pertama Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin melapor diri sebagai Pengarah TVETMARA MJII, satu sesi taklimat telah diadakan bersama Miss Sharon, Pengurus Marketing TP-Link, berkaitan cadangan kerjasama strategik antara TP-Link dan TVETMARA MJII.


Taklimat ini menyentuh cadangan penubuhan TP-Link Networking and Surveillance Academy di MJII, sebagai kesinambungan perbincangan awal yang telah dijalankan pada 21 Julai 2026 di Ibu Pejabat MARA. Sebagai sebahagian daripada komitmen kerjasama ini, pihak TP-Link turut menyatakan kesediaan untuk menaja pemasangan billboard dan information board di kawasan MJII bagi meningkatkan visibiliti jenama serta menandakan kehadiran rasmi kerjasama tersebut di kampus.


Pertemuan ini dilihat sebagai langkah awal yang positif dalam mengukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak, sekali gus memberi gambaran jelas kepada Pengarah baharu berkaitan hala tuju kerjasama industri yang sedang dibangunkan oleh MJII.

by Kj Adzhar

No comments:

Post a Comment